Laman Webantu   KM2A1: 2677 File Size: 8.4 Kb *



TJ: MGG - Mengata Dulang Paku Serpih
By Marhain Tua

31/8/2000 8:24 am Thu

MGG 63

ETIKA BERPAKAIAN KETIKA KUNJUNGAN PERDANA MENTERI?

(MGG: Is There A Proper Dress Code For Prime Ministerial Visits?) MGG 2655

Pada Julai 28 yang lalu, Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Khalil Yakob, dikatakan telah mengedarkan satu surat perkeliling kepada semua cawangan dan bahagian UMNO tentang etika berpakaian di majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri. Tiga minggu kemudiannya dia sendiri yang mengatakan surat pekeliling itu adalah surat palsu. Tetapi tidak ramai yang mempercayainya kali ini. Terpaksalah timbalan perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat kenyataan bahawa; ?Semua itu adalah kerja golongan yang tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah melainkan menabur fitnah dan berbuat bohong.? Kepada timbalan perdana menteri itu kita ingin bertanya adakah hubung-kaitnya di antara manusia yang dikatakan menabur fitnah ini dengan mereka yang berkeliaran selama ini ketika pilihanraya dulu dan ketika mencaci cela pihak pembangkang? Nampaknya perdana menteri sendiri terpaksa masuk campur untuk menjernihkan suasana yang keruh ini.


Kalaulah surat itu palsu seperti yang banyak menyetujuinya kini, ia boleh dianggap sebagai satu alat yang pintar untuk menggugat kestabilan pucuk pimpinan parti. Tambahan lagi setelah kenyataan kepalsuan itu dibuat beberapa minggu selepas surat itu tersebar luas.

Sebenarnya apakah tujuan menyatakan kepalsuan surat itu sedangkan ramai yang tidak pun mendapat peluang melihatkan surat itu dulu? Saya telah mendengar perkara ini di awal bulan dulu dan memikirkan tentu sekali UMNO tidak sebodoh itu. Tetapi, satu kumpulan pegawai tinggi Melayu yang masih lagi berkhidmat dan juga sudah pun bersara yang telah saya temui dua minggu dulu selepas satu solat Jumaat telah memberitahu saya betapa salinan surat itu telah diedarkan selepas majlis berjumaat itu. Jelaslah betapa masjid yang berkenaan merupakan antara beberapa masjid di mana surat itu telah diedarkan.

Tentu kita merasa hairan kenapa ibupejabat UMNO tidak mengetahui akan perkara ini sehinggalah dua minggu kemudiannya. Kenapakah pula bahagian dan cawangan UMNO sanggup membisu dan tidak menghubungi ibupejabat mengenainya? Kalau adapun sesiapa yang membuat perhubungan itu kenapakah perkara itu dipengapkan sahaja? Walau apapun, surat yang disebutkan itu menunjukkan adanya kelemahan dalam parti itu. Apabila tidak ada sesiapa yang sanggup menghubungi Setiausaha Agong itu secara peribadi, ia membuatkan parti itu sebagai satu institusi yang bodoh sahaja.

Siapa yang menulis surat itu sebenarnya tidaklah relevan sangat. Adalah selamat kalau kita katakan pihak yang menentang, tidak semesmtinya secara rasmi, mungkin juga sesuatu kumpulan seperti kumpulan Tahan Lasak, yang melakukannya. Perkara semacam ini mesti dihadapi oleh UMNO seperti cara UMNO melakukan kerja-keraja mengkucar-kacirkan pihak lawan. Kalaulah perkara seperti ini dilakukan oleh pihak pembangkang, kira-kira lima tahun yang lalu, ibupejabat UMNO tentu sudah menyedarinya sebelum perkara itu merebak dan tindakan memeranginya pun sudah dilakukan dalam satu waktu yang singkat. Tetapi kali ini, Timbalan Perdana Menteri pun tidak mampu meyakinkan rakyat akan pembabitan pihak pembangkang.


UMNO tidak boleh meraih simpati dengan berlagak seperti kumpulan orang alim. Cara yang masih terbuka untuk pihak pembangkang menyanggah kerajaan hanya satu - melalui peperangan gurilla. Kerajaan yagn dikuasai oleh UMNO menguasai setiap pergerakan pihak pembangkang dan mendesaknya ke arah membuat pilihan sendiri. Untuk selama ini pihak pembangkang telah berlembut dan masih mencari satu peranan yagn tersendiri. Perkara ini sudah berakhir kini. Pembangkang sudahpun menguasai dua kerajaan negeri dan telah membuatkan setiap kerusi parlimen orang Melayu itu senjadi kerusi yang rapoh. Perkara ini berlaku walaupun jumlah ahli parlimen pembangkang adalah satu angka yang kecil sahaja. Kesilapan UMNO berlaku dengan caranya mengaibkan orang yang sepatutnya menjadi bakal Perdana menteri, Dato? Seri Anwar Ibrahim. Apatah lagi dengan keangkohannya menguasai arena politik selama 45 tahun itu menyebabkan sebilangan besar masyarakat Melayu meminggirkan parti dan pekimpin politik yang ada. Ramai ahli UMNO keluar parti itu dan memasukki PAS. Pernah saya menghadiri satu kenduri sebelum pemilu November 1999 dulu di mana kepimpinan UMNO bahagian di situ yang telah bertapak lama selama berdekad lamanya telah melompat memasukki PAS. Salah satu kesan Dasar Ekonomi Baru yang tidak dingini ialah perpecahan di antara mereka yang menikmati dasar kerajaan itu dengan mereka yang tidak menerima sebarang nikmat darinya. Mereka yang tidak merasakan nikmat itu walaupun merreka menganggotai UMNO tidak pun menyokong UMNO sebulat suara seperti yang pernah mereka lakukan sebelum itu.


Pucuk kepimpinan oligarki UMNO terus membaham kemewahan dengan rakusnya. Mereka melakonkan tabiat yang dilakukan oleh satu keluarga Brahmin di Boston sejak berabad lamanya. Keluarga Brahmin itu berjaya melakukan perangai yang rakus itu kerana mereka mempunyai kekayaan dan pengaruh yang kuat. Tetapi, UMNO tidak pun begitu. Apa pun yang akan dilakukan, masanya akan tiba juga apabila kuasa undi perlu diperdapatkan daripada para pengundi. Buat masa ini, UMNO dan juga Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang alternatif dalam pihak pembangkang yang menguasai dua kerajaan negeri itu. Kuasa kerajaan pusat dalam pengagihan peruntukan belanjawan memang difikirkan memadai untuk menghukum kerajaan negeri seperti yang dilakukan kepada PAS di Kelantan dan Trengganu. Tetapi, kalau pihak pembangkang mengambil pendirian untuk menumpukan tenaga kepada merangkul kuasa di parlimen dan menerima sebarang kemenangan kerajaan negeri sebagai satu bonus, pada pemilu yang akan datang, ia bererti satu masalah besar kepada Barisan Nasional.


Barisan nasional memang mengharapkan sokongan undi bukan Melayu untuk terus berkuasa. Tetapi, keputusan Teluk Kemang menunjukkan satu contoh apa yang mungkin berlaku di masa yang mendatang. Daripada 5,000 undi pos, 80% tglah memilih calon pembangkang; sekitar 1,000 pengundi Cina tidak menyokong Barisan nasional lagi; sekitar 65% undi Melayu memihak kepada pembangkang. Yang terus menyokong Barisan Nasional ketika itu ialah masyarakat India di mana 70% di kalangan mereka yang masih setia dan melawan arus perdana para pengundi.


Inilah yang mesti ditangani oleh UMNO seperti memadamkan bahaya sibaran surat palsu yang dikatakan datang daripada pejabat Setiausaha Agong parti, dua minggu sebelum perkara itu dapat dikesan. Keadaan kesihatan UMNO memang boleh dipertikaikan selagi Perdana Menteri terus berkuasa dan Anwar Ibrahim terus terpenjara. Nampak sangat UMNO sudah tidak seirama dengan rentak budaya mainan masyarakat Melayu itu pada keseluruhannya. Perkara ini lebih menonjol setelah perdana meneri membuat beberapa komen setibanya daripada Maputo. Yang semakin terserlah ialah lagak kerakusan pihak pemimpin parti yang semakin pelahap seperti kerapnya para pemimpin itu menyatakan masadepan UMNO yang cemerlang. Sedangkan di waktu yang sama para pemimpin yang becakap semacam itu pun sudah tidak yakin lagi akan masa cerah yang mereka canangkan itu.

Satu contoh yang mernyerlah dalam hal ini ialah akan berlakunya ketegangan dalam hubungan Singapura-Malaysia di mana Tun Daim Zainuddin dilantik sebagai pegawai perhubungannya. Insan yang mahu disingkirkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan tetapi tidak dilakukannya; kini diberikan pula tugas untuk menyelesaikan masalah hubungan dua hala, yang memang tidak diyakini oleh orang Melayu. Inilah yang dikatakan kesilapan yang berpanjangan seorang perdana menteri sejak beliau menyingkikan anak emasnya pada 2 September 1998 dulu; kerana sejak itu penyingkiran insan ini terus menghantui kewibawaan perdana menteri itu dan juga UMNO yang mahu terus dipimpinnya.




-MT-
30 Ogos, 2000.