Laman Webantu   KM2A1: 2676 File Size: 8.2 Kb *



TJ: MGG - Mengata Dulang Paku Serpih
By Marhain Tua

31/8/2000 8:53 am Thu

MGG 64

MENGATA DULANG PAKU SERPIH
(MGG: Sandiwara! Oh, Sandiwara! - Or How A Kettle Calls The Pot Black) - MGG 2651

Perdana Menteri telah memberitahu Mr. Lee Kuan Yew betapa dia tidak tahu langsung bagaimana Dato Seri Anwar Ibrahim telah dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) pada 20 September 1998. Di waktu yang sama bukankah beliau sebagai Mengeri Dalam Negeri yang perlu menandatangani arahan mengenakan hukuman itu ? Mungkin kerana si perdana menteri itu sudah pun menjangkau umur tujuh puluhan, makanya seseorang harus memaafkan beliau kerana kurang ingatan itu. Namun, tidak ada sesiapa di kalangan pegawai pemerintahannya yang sanggup menyanggah sesiapa tanpa mendapatkan keizinannya terlebih dulu. Kerana itu dia menjadi berang apabila Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah melakukan penyiasatan terhadap salah seorang pegawai tingginya tanpa kebenaran beliau.


Lakonan sandiwra perdana Menteri ketika melawat persidangan antarabangsa memang amat diketahui ramai. Ucapannya dan juga segala komennya, kalau anda bersedia mendengar semua ?hampas? itu seperti yang dilapurkan oleh media kerajaan memang mendominasi persidangan. Para pemimpin yang lain jika hadir pun hanya mampu memainkan peranan tukang angguk setiap kali wira ini hadir. Paling terbaru ialah persindangan South African International Dialogue (SAID 2000) di Maputo. Satu kumpulan wartawan Malaysia telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat apa yang berlaku di bilik perbincangan. Mereka naik muntah apabila diminta menulis laporan yang meyakinkan para pembaca dan penonton media perdana itu. Bukankah perdana menteri itu seorang insan yang bertaraf negarawan antarabangsa yang mampu bersuara sehinggakan negarawan lain akan menjadi lengkong di majlis yang dihadirinya?


Di waktu yang sama di negaranya sendiri, episod penculikan Sipadan dan juga Episod rompakan senjata di Grik merupakan sandiwara juga. Memang tidak syak lagi bahawa semua itu adalah sandiwara. Ketika kerajaan Filipina bertegas untuk mengendalikan rundingan pembebasan pihak yang diculik itu, walaupun pihak Malaysia mahu melaksanakannya sendirian sedangkan kuasanya tidak menyeluruhi wilayau Mindanao itu, Perdana Menteri telah memberikan tumpuan agar episod itu menjadi satu sandiwara juga. Kini sebuah akhbar Filipina telah mendedahkan betapa seorang panglima bersara telah mematikan swis radar sebelum berlakunya penculikan itu. Sesiapa pun tidak dapat menyatakan samada dakwaan itu benar ataupun palsu. Tetapi, pembabitan angkatan tentera Malaysia di dalam masalah dalaman Mindanao adalah satu rahsia yang terbuka. Kalau ada pun seorang panglima bersara yang saya kenal beristerikan seroang wanita Filipina, beliau ialah Lt. Jeneral Raja Rashid bin Raja Badiozaman, adik bongus kepada Raja Tun Mohar yang merupakan cucunda kepada Sultan Abdullah dari Perak yang menandatangani Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dulu. Inilah perjanjian yang menerima kehadiran penasihat British di kalangan raja-raja Melayu. Itulah juga rajanya yang terpalit dengan pembunuhan Penasihat Pertama British di Perak, Mr. J.W.W. Birch di Pasir Salak, dua tahun kemudiannya. Raja Rashid pernah menjadi ketua pengarah risikan tentera sehingga beliau bersara di awal dekad ini. Kini, beliau menjadi seorang peniaga. Ketika beliau menuntut di Sandhurst dulu, beliau pernah berkawan dengan Menteri Kewangan Myanmar, Brig. Gen. Abel, pada tahun 60-an.


Memang terdapat sandiwara dalam pembebasan para tebusab yang diculik di Jolo itu. Tidak ada usaha untuk mendapatkan mangsa penculikan daripada cengkaman penjenayah Abu Sayyaf selain daripada usaha perundingan yang ditolak oleh kerajaan yang berpusat di manila. Kehadiran beberapa pegawai tinggi kerajaan Malaysia di Jolo menunjukkan keperihatinan kerajaan bukannya kepada jumlah wang tebusan yang diminta ataupun keselamatan mangsa penculikan. Penekanan lebih ditumpukan kepada terjalinnya hubungan yang sedia ada. Hubungan Malaysia dengan pejuang Mindanao itu merupakan satu rangsangan yang menjelekkkan dalam perhubungan Malayasia -Indonesia. Bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Dato Harun, pernah membantu rakyat Islam Mindanao untuk keluar daripada Filipina dengan membekalkan kerajaan yang ada di Mindanao sekarang dengan paspot malaysia dan bekalan wang daripada Libya. Pembabitan Libya juga yang meredakan keadaan tegang mengenai tuntutan pampasan dalam episod tebusan kini.


Kemudian, muncul pula kisah rompakan senjata di Grik yang tidak mahu dibincangkan di parlimen. Speaker parlimen telah menolak sebarang usaha untuk membincangkan perkara itu kerana tidak mahu membincangkan usaha penggulingan kerajaan oleh pasukan fundamental Islam yang bersenjata. Bagaimanakah kabinet dan juga menteri pertahanan bertindak dalam hal ini? Dengan membuktikan beapa pasukan dakwah itu mampu menyusunkan ratusan senjata yagn dirompak itu dalam tiga buah Pajero. Tidak pula diapurkan bagaimana keselamatan yang ketat itu telah diceroboh hingga membabitkan mereka yang terlibat di hadapkan ke mahkamah militari. Dato Seri Najib Tun Razak memang bosan dengan kecuaian keselamatan itu. Tetapi, dia seolah-olah bangga pula membuat laporan kepada Mr. Lee Kuan Yew betapa adalah satu kesilapan apabila rakyat negara ini tidak mempercayai bahawa rompakan itu pernah berlaku ataupun apakah senjata rompakan itu boleh disusun dalam tiga Pajero yang terbabit.

Kini, kita diberitahu agar menerima hakikat bahawa peristiwa itu bukannya sandiwara. Jika tidak, kita boleh dihukum. Tetapi, rompakan senjata itu seperti yang disibarkan, adalah kesan satu pergolakan dalam persengketaan politik dalaman UMNO.


Kini, perdana menteri sudah pun pulang daripada Maputo, dan telah menuduh dengan lantangnya betapa pihak pembangkang sedang bermain sandiwara politik. Keengganan pihak pebangkang menerima keputusan yang disogokkan oleh kerajaan adalah satu bukti adanya sandiwara itu. Perdana Menteri menegaskan betapa kerajaan tidak pernah berbohong. Satu ketika dulu, Dato Seri Anwar dikatakn dalam keadaan selamat sedangkan ketika itu matanya sudah pun dilebamkan. Ketua Inspektor Negara telah menafikan pembabitan beliau dalam hal itu sehinggalah satu suruhanjaya ditubuhkan untuk membuktikan pembohongan itu. Inilah kisah sebuah kerajaan yang perihatin dengan keselamatan rakyatnya. Di waktu yang sama ia tidak pernah sanggup berbincang dengan pihak pembangkang akan hal yang berat-berat.


Pihak pembangkang pun merupakan satu kumpulan yang menyedihkan. Mereka sepatutnya tidak diberi ruang berdiri di pentas politik. Tetapi sebagai rakyat sebuah negara yagn mengamalkan demokrasi kita akan terus merana dengan ahli politik seperti ini. Termasuklah kejayaan mereka mengalahkan barisan nasional dan merangkul kuasa dua kerajaan negeri.

Perdana menteri ada menyatakan satu sandiwara yang paling aib di mana pihak pembangkang telah menipu rakyat. Dia membuat komen itu dengan melakonkan satu sandiwara yang paling hebat sekali: Dia mahukan pihak pembangkang memulangkan balik segala kemewahan yang dinikmati (oleh pembangkang) daripada dasar yang dibuat oleh kerajaan.

Masalahnya perdana menteri tidak memahami betapa rakyat sudah jelek dengan sandiwara yang dilakonkan oleh pihak kerajaan dan bukannya oleh pihak pembangkang. Sandiwara kerajaan telah mengganggu-gugat kehidupan setiap rakyat negara ini, sedangkan sandiwara pembangkang hanya melibatkan segelintir rakyat sahaja. Yang lebih menonjol sekarang ini ialah kredibiliti dan tidak semestinya sandiwara lagi. Rakyat sudah semakin mempertikaikan kredibiliti ataupun martabat yang masih ada lagi bersama pentadbiran negara ini, baik di dalam kerajaan pusat ataupun di dalam kerajaan negeri yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional lagi.



Dierjemahkan oleh -MT-
30 Ogos, 2000.