Laman Webantu   KM2A1: 2672 File Size: 5.3 Kb *



Dr M Bermain APi - Akhirnya Umno Terbakar Hangus!
By Amin Sapiro

30/8/2000 11:49 pm Wed

Amin Sapiro (tak mau cari gaduh) DR. MAHATHIR BERMAIN API - AKHIRNYA UMNO TERBAKAR HANGUS!


Saya rujuk tulisan sdr. Meor Saiful Nazli di HARAKAH berjudul ?Rustam Sani hipokrit?.

Saya langsung tidak bermaksud untuk masuk campur dalam pertelagahan antara beliau (Saiful Nazli) dengan sdr. Rustam A. Sani. Tetapi, bila membaca beberapa ungkapan biadap Meor Saiful Nazli, saya merasa wajar menyentuh serba sedikit perkara terbabit.

Pasti ramai yang terlalu kesal dan tersinggung dengan ungkapan ?biadap? sdr Saiful Nazli yang menyebut:

[?.sanggup mengkhianati bangsanya sendiri dengan berdiri teguh di belakang Persatuan-persatuan Cina yang menuntut benda yang bukan-bukan. Kalau Pemuda Umno tunjuk perasaan dikatakannya tak beradab, tapi kalau puak Reformasi buat piket belasah orang TV3, bakar tong sampah dikatakannya pula itulah pejuang keadilan sejati. ]

Saya mentafsirkan, jika sesebuah parti politik dan penyokongnya merasa perselisihan kaum akan tercetus dalam sebuah masyarakat majmuk (seperti negara ini), kerana karenah seseorng pemimpin menggunakan isu sensitif (untuk meraih untung politik), maka rakyat yang rasional dan berhemah (tak kira parti) wajar menyanggah.

Dalam konteks ini, Dr. Mahathir adalah pemimpin UMNO pertama yang mencetuskan pelbagai isu yang cenderug kepada pembangkitan ?sensitive matters? yang memungkinkan ramai pihak akan merasa tidak senang.

Diperhatikan, capan beliau di Perhimpunan Cina telah mencerca orang Melayu, di perhimpunan Melayu beliau mencerca kaum Cina.

Baru-baru ini dibangkitkan pula isu ?PM Cina?. Heboh keliling dunia Dr. Mahathir cuba menghasut minda pelajar-pelajar (di Mesir).

Kemudian ditimbulkan pula isu ?Al-Maunah?. Mujur baik, akhirnya diyakini rakyat sebagai sebuah ?Sandiwara @ Opera?.

Tetapi Dr. Mahathir masih emelanjutkan episod memburuk-burukkan sebuah parti Melayu Islam secara membuta-tuli tanpa bukti.

Pertanyaan saya kepada sdr. Meor Saiful Nazli, apakah Presiden UMNO ?yang ini? masih berminda rasional? Apakah rasionalnya Pemuda UMNO sendiri mengadakan ?tunjuk perasaan? (meminjam kata Nazli) dan diikuti oleh seorang Pemuda UMNO yang belum sempat ditabalkan menduduki kerusi MB begitu lancang celupar mulut mendabik dada sanggup ?bermandi darah??

Apakah implikasinya kepada seluruh masyakat majumuk di negara (tolak tepi pandangan dunia) jika perkara seumpama itu benar-benar berakhir dengan rusuhan kaum?

Apakah UMNO akan mendapat faedah politik yang diagendakan terhasil darinya? Tidakkah seluruh masyarakat majmuk ini akan hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana setelah puluhan tahun mentadbir negara BN masih tidak mampu mewujudkan kesepakatan sesama kaum secara langsung?

Penyokong Reformasi tidak perlu ditanya cerita kosong ?buat piket belasah orang TV3, bakar tong sampah? seperti yang tersebar di akhbar arus perdana. Kerana, rakyat semua tahu, yang melakukannya adalah ?samseng UMNO? yang memberi ganjaran dan upah kepada penagih dadah supaya melakukan semua itu.

Bandingkan pula dengan darah anak-anak reformis yang mengalir kerana dibelasah oleh FRU. Adakah UMNO lupa, mata DS Anwar lebam - presiden UMNO kata apa? Tidakkah beliau berbohong keseluruh dunia kununnya Anwar pukul diri sendiri?

Bila Mahathir diminta oleh mahkamah hadir sebagai saksi, mengapa beliau berlindung dibalik undang-undang yang direka-cipta beliau? Parti manakah yang ditrajui oleh Dr. mahathir yang jelas sanggup mengkhianati bangsa dan agama sendiri?

Jika presiden UMNO begitu ghairah berkata ?no one is above the law?, mengapa beliau tidak membantah digelarkan seorang pengecut? Sebagai kes tertunggak, mengapa Mahathir tidak membersihkan namanya bila Datuk Shafie Yahya mendedahkan dimahkamah yang memberi tafsiran bahawa Mahathir adalah ?pelindung rasuah?. Siapakah ?bapak segala Hipokrit??

Rasanya, puak UMNO lebih cenderung memulakan isu-isu yang ditakrifkan sebagai ?yang bukan-bukan?. Sebalinya, BA terpaksa bekerja keras untuk mencari ?laluan tengah? untuk menyatupadukan rakyat majumuk berbilang budaya dan sensitiviti di negara ini.

Setakat ini rakyat mulai curiga kepada UMNO/BN. Mungkin2004, parti itu bukan lagi pilihan mereka!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)