Laman Webantu   KM2A1: 2671 File Size: 5.2 Kb *



Yang Bersajak Yang Tersebak?
By web aNtu

31/8/2000 12:46 am Thu


Berita hari ini melapurkan Mahathir sebak membaca puisi/sajak merdeka "Arti
sebuah Kemerdekaan". Sekali lagi rakyat menjadi penonton, sebagaimana rakyat
menonton aksi seorang dewata menunaikan haji kartun.

Inilah gelagat PM yang menangis, tetapi rakyat sudah terlalu lama menangis,
sedangkan umno kembung mengisi setiap peluang yang ada untuk berbohong dan beraksi sebagai wira.

1- Orang Asli "Merdeka" - kerana mereka telah dinyahkan dari perkampungan mereka untuk diganti dengan empangan yg berbillion harganya. Empangan Bakun memberikan balak percuma kepada Ting. Apabila ekonomi menjunam, beliaulah dan anak Mahathir antara yang mula2 ditolong. Mahathir mengambil alih kementerian kewangan untuk tergesa2 dan melantik Abol Hassan untuk memberikan satu perlindungan yang amat istimewa buat suku sakatnya. Kalau Rais Yatim mahu memperjuangkan Per 153, inilah permulaannya, tetapi beliau membisu seribu bahasa. Kalau pemuda umno mahu berdemo, inilah waktunya, tetapi mereka semua pengikut yang serba buta! Mereka melatah dengan sepatah kata tetapi tidur bila rakyat ditekan merata.

2- Orang Setinggan "Merdeka" - kerana rumah mereka dibakar dan dirobohkan sambil dijaga dan dikejar oleh anjing2 liar. Rumah2 mereka hilang dalam kepulan asap2, diranapkan menyembah bumi, tetapi apa pemuda umno buat? Menterinya bersembunyi di dalam rumah, sambil memanggil anjing mengejar tak sudah2. Rakyat setinggan hilang atap menjelang raya, tetapi menteri2 berdekah ketawa dipagi raya pula, menjamu selera rakyat yang hitam2 dan putih kulitnya. Siapakah yg lebih istimewa, yang tidur lena di mahligai atau yang melata diceruk kota? Siapakah yang menangis diwaktu itu ketika gema takbir mencecah pagi raya?

3- Pencinta Keadilan "Merdeka" - kerana mereka diburu dan disembur gas pemedih mata bila berhimpun di jalanraya. Tetapi pemuda umno berboria dan berbuncit dengan nasi bungkus percuma tanpa seekor anjingpun datang menjerkah mereka, walaupun mereka sudah terang2 menghasut merdeka dengan kalimah mandi darah yang tak semena2.


4- Imam Masjid yg "Merdeka" - kerana mereka dibuang bila tidak "berguna" untuk agenda menipu helah rakyat marhaen. Pembaca doa disumbat kepenjara sambil diseluar pendekkan untuk tontonan semua. Ini kah arti merdeka umno? Mengapa pemimpin dan ulama umno tidak berbuat apa2 sedangkan itu hak rakyat yang bebas berugama?

5- Akhbar yang "Merdeka" - kerana mereka bebas menabur fitnah mengikut suka. Merekalah mengatur rencana untuk menjaga pemimpin yang tercela dan menghina ulamak yang berwibawa. Edaran akbar yang sudah merosot sudah jelas menunjukkan akbar kini bukan cetusan hati rakyat, tetapi satu alat parti pemerintah untuk menyesatkan rakyat. Sudah terhantuk pun masih belum terngadah?

6- Bank Yang "Merdeka" - kerana wangnya dikebas tanpa ada manusia yang dapat diberkas. Sudah beberapa kali BBMB diselamatkan, sambil membakar bukti2 dan membunuh orang yang tidak berdosa di luar negara. Siapakah yang bebas jika tidak perompak2 bank atau pembunuhnya?

7- Hiburan Yang "Merdeka" - kerana saban tahun negara dikunjungi artis luar - baik dari barat atau dari benua hampir india. Rakyat didedahkan dengan budaya yang liar sambil kroniputra mendapat lesen mengimpot artis luar. Sudah tentu minuman arak menjadi laris bila bermula pesta2 gian ini menular.

8- Pemimpin Yang "Merdeka" - kerana mereka menjadi dalang menyeludup beras dari luar, menjual tanah2 sambil mengambil komisyen dari pemodal luar, membawa pelacur mewah untuk nafsu2 liar, menjadi ejen membawa pendatang luar, dan menyuntik budaya fantasi dan menghina Nabi (saw) sesuka hati. Mereka menyembunyikan jenayah yang tercemar dan bebas memasukki kamar2 yg arif dengan wang tunai sarat dalam seluar. Mereka bebas mengambil harta rakyat sesuka hati, berbillion-bilion banyaknya untuk projek yang hanya menguntungkan kroniputra tetapi membawa rentung kepada kuasa kecairan dana. AKhirnya rakyat mendapat huruf "H" yang besar - HUTANG!!

Kalau Mahathir betul2 memahami arti sebuah kemerdekaan, dia sewajarnya sudah lama tidak membina mahligai yang penuh bergaya itu. Ia tidak layak dihuni oleh dua "orang tua" yang telah mengaibkan seluruh bangsa dan ugama tercinta ini dengan karenah2 dan tangisan buaya nya. Bagaiman rakyat dapat menerima seorang yang pernah berkucu kota hey menari2 walaupun hajinya masih belum setahun tanggalnya? Jelaslah Mahathir bukan pemimpin yang memerdekakan negara - dia adalah pemusnah kemerdekaan negara yang tercinta. Dia telah meliwat kedaulatan bangsa, menghina ugama dan merosak pemikiran rakyat dengan fitnah yang tercela. Dia sewajarnya dihukum tetapi nampaknya beliau masih tebal muka. Kenyataan Dato Shapei sudah cukup untuk mengajarnya bahawa takkan lari wang yang tersembunyi - jika tidak di dalam laci. Lama-lama rakyat akan menemui semua laci2 itu untuk menghukum Mahathir se adil-adilnya...... Di saat itu dia boleh lah menangis, kerana tiada siapa yang mahu mengambil gambarnya lagi kecuali untuk dikenc#ng sepanjang masa...


Sekian N Selamat Berjuang!!