Laman Webantu   KM2A1: 2670 File Size: 6.5 Kb *



Tahankah Umno/BN Pahang Bila Naga Tasik Cini Keluar Menyerang
By Amin Sapiro

30/8/2000 8:19 pm Wed

Amin Sapiro (ke negeri yang baru di Merdekakan)

TAHANKAH UMNO/BN PAHANG BILA NAGA TASIK CINI KELUAR MENYERANG?


SAYA tidak sangka sama sekali, ziarah saya ke rumah kawan lama saya di timur Pahang telah mengundang banyak rakan sekitar yang pernah satu dulu sama-sama menikmati ?ikan tenggiri bakar? bercecah asam di tepi pantai Tanjung Lumpur.

Hari itu, kebetulan pula rakan sepermainan saya (semasa menganggotai UMNO) telah bersedia dengan dapur BBQ dengan bara api merah menyala untuk membakar ?tenggiri batang? yang dihantar khas oleh Pak Mat - seorang nelayan pantai.

Dengan asap berkepul-kepul bau ikan panggang, halaman rumah kampung rakan saya itu bagaikan beliau kenduri menyambut Merdeka pula.

?Dah macam ini punya hebat kita bercanda, makan ikan panggang tak juga kita nak ?bersyukur? kepada UMNO/BN?, saya buka langkah pertama dalam siri pancak silat saya ke Pantai Timur.

?Hehehe?.? Ketawa tuan rumah. ?Wak Amin, ikan tenggiri batang tak ada kena mengena dengan UMNO/BN. Lebih-lebih lagi kalau UMNO Pahang dah kena panggang..? Gelak kami berderai.

?Hari ini ?BBQ politik Pahang? ke?? bertanya seorang yang bertenggek di tunggul batang kelapa yang dikerat-kerat dijadikan tempat bertenggong.

?Sementara Khalil Yaakob melantik ?wakil rakyat tak resmi? ke kawasan yang sudah ditawan BA, kita gerakkanlah strategi kita?!? berkata seorang yang bertubuh kurus lansing berkumis nipis.

Dari ?sembang-sembang? yang berlegar, dapat saya rumuskan bahawa Khalil sedang menghadapi laluan sukar untuk menyakinkan sisa penyokong UMNO di kesemua lapan kawasan yang telah ditawan oleh BA. Malah, beberapa kawasan lain yang sudah terkena demam BA Saban kali diadakan ceramah BA, orang berduyun datang.

Masakan itu penyokong BA 100 pesen. Kerana Khalil sendiri sudah kata di Perhimpunan bahawa ahli UMNO telah bertambah begitu mendadak; melampau 3 juta!! Kami tergelak besar bila seorang rakan kami melogikkan analisisnya.

?Kalau dah 8 kawasan BA dah tawan, macamana ?sampua? Khalil mengira? Masakan ahli UMNO bertambah dari dua juta kepada 3 juta. Takut-takut ahli UMNO dah melorot tinggal setegah juta saja? ujar seorang yang memandang tepat kepada saya. Saya mengangguk. Bersetuju pada asasnya.

?Itu tak termasuk Trengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor? sampuk seorang lagi.

?Ini semua cerita nak tutup pekong di dada lah!? rentap seorang lagi. Keras saja nada suara beliau. Khabarnya, beliau adalah salah seorang AJK Pemuda di suatu Bahagian yang cukup-cukup menentang sikap beberapa orang anggota Perhubungan UMNO Pahang yang mau saja jadi ?yes-man? semasa DS Anwar dipecat Dr. Mahathir dalam sesi MKT pada 3 September 98.

Khabarnya, beliau adalah penggerak kepada penubuhan beberapa ketumbukan KeADILan untuk menyerang UMNO/BN dalam pilihanraya November ?99. Walaupun beliau sekarang resmi sebagai AJK KeADILan, namun beliau adalah orang perantaraan yang paling liberal mengorak langkah kerjasama dengan komponen BA yang lain - khusunya PAS dan DAP.

?Orang macam itulah yang paling sesuai gantikan Adnan kalau BA menang di Pahang..!? saya mencelah (saya tak boleh campur sangat, Pahang kampung orang. Hehehe? Mesti hormat.).

Baru saya tahu, tujuan Khalil melapis Wakil Rakyat kawasan yang ditawan BA dengan ?wakil UMNO? berpunca dari lumpuhnya UMNO secara total di kawasan-kawasan terbabit.

Penyakit ?polio? UMNO itu telah menyerang ke kawasan-kawasan yang dimenangi UMNO juga. Majoriti wakil-wakil rakyat UMNO masih bersikap ?usang? dengan lagak tahun-tahun sebelum UMNO kecundang. Kerana itu, minat rakyat sudah hilang terhadap UMNO.

?Tengoklah nanti, apa akan jadi. Umpan yang diunjuk-unjuk dek Khalil itu terlampau besar ganjarannya. Kununnya, ?Wakil Tak Resmi? berpotensi dilantik menjadi calun kelak. Itu bukan nak menyelesaikan masalah, sebaliknya menjadikan UMNO sendiri berbalah sesama sendiri.? ujar beliau.

?Sekarang, jangankan UMNO nak tersusun, makin hebat ?infighting? dan masalah dalaman. Masing-masing dah mula berkonspirasi..? sambung kawan yang datang dari Chini (kawasan KeADILan). Khabarnya, Bahagian beliau memberi nama jolokan ?naga Tasik Chini? kepadanya.

Saya ketawa sendirian. Saya nampak politik wang dalam UMNO terlalu tenat menyerang ke akar umbi. Konspirasi dan gejala ?tumbangkan kawan? adalah virus paling menular. Jika dipandang dalam-dalam, masalah UMNO tidak bersebab dari BA.

Umpakanlah UMNO bagai kapal yang tidak bernakhoda. Kelasi pulak cuba nak jadi serang. Serang cuba nak jadi Nakhoda, akhirnya berlakulah ?mutiny on the bounty?. Kelasi nak humbankan ke laut.

?Hehehe?. Itu bukan lagi ?Mutiny in the bounty saja Wak Amin,? mencelah seorang yang muka nampak berjenaka. ?sekarang UMNO Pahang dah berlaku pulak ?Mutiny nak cari ?mati?..!!? ujar beliau sambil merobek kepala tenggiri batang yang dah dipanggang di pinggannya!!

Saya ketawa mendengar kata-katanya. Mungkin itulah simboliknya - dengan menggabungkan kata-kata beliau yang sedang memecahkan kepala tinggiri untuk mencari benaknya. Hehehe?!!

Petang nanti saya akan berjalan ke negeri yang baru dimerdekakan! Ganu!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)