Laman Webantu   KM2A1: 2669 File Size: 21.2 Kb *



Fwd MR2: Perutusan Merdeka Rakyat Marhaen
By web aNtu

30/8/2000 9:04 pm Wed

Sumber: MR2 Penulis: Dr NOLOGARENG

Rasa macam kenal aje penulis ini....... :) --ooOoo--

Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera,

Kemerdekaan bermakna secara lahirnya kita telah bebas dari kongkongan dan belenggu pihak yang selama ratusan tahun menjajah negara, bermula dengan kejatuhan Melayu Melaka. Setelah itu satu demi satu kerajaan Melayu yang lain turut tumbang dan jadilah bangsa yang pernah mewarnai sejarah Indonesia ini sebagai tebusan dalam negara sendiri.

Tanggal tarikh yang sama 43 tahun yang lalu, rakyat meraikan detik yang bersejarah ini. Maka beralihlah pemerintahan orang putih kepada anak watan bercampur dengan sebahagian kawan tionghua dan India kerana dasar JUS SOLI yang kita terima pakai semasa perjanjian kemerdekaan.

Bermula dari situ sejarah Malaysia moden mula diukir secara berperingkat-peringkat sehinggalah sampai kepada kita seperti hari ini. Tempoh 43 tahun yang negara lalui ini penuh dengan peristiwa suka duka dan pahit maung yang terpaksa generasi dulu lalui.

Ancaman komunis, konfrontasi Indonesia, kejadian 13 Mei adalah antara beberapa insiden hitam sejarah negara kita. Seterusnya dasar-dasar negara juga banyak dipengaruhi peristiwa tersebut. Setelah 43 tahun kita merdeka, kita telah mempunyai 4 orang Perdana Menteri dan telah diperintah secara 'demokrasi' oleh Parti Perikatan dulunya yang kemudian berubah nama kepada UMNO dan seterusnya UMNO BARU(A). UMNO bersama rakan-rakannya telah membuat dasar dan mengungguli politik tanah air semenjak merdeka lagi.

Peringkat awal kemerdekaan, kerajaan hanya melanjutkan dan mengubahsuai apabila perlu akan apa-apa sistem dalam negara. Setelah kejadian 13 Mei 1969 yang antaranya disebabkan oleh ketidakadilan agihan ekonomi negara, maka baru lah nampak sedikit perubahan dalam polisi kerajaan yang mengambil berat akan nasib golongan miskin samada Melayu. Cina Dan India. Rata-rata di seluruh negara orang Melayu lah yang paling dhaif sekali. Maka sedikit keistimewaan diberi kepada orang Melayu atas dasar KETUANAN DAN KEISTIMEWAAN yang memang diperakui oleh Perlembagaan Negara.

Dasar Ekonomi Baru (DEB), antara lain menekankan pentingnya kekayaan negara diagih samarata dan samarasa untuk semua kaum. Melayu d kampong tradisional, Cina di kampong Baru manakala India di estet-estet.

DEB juga membuka peluang pendidikan, perniagaan dan segala aspek ekonomi kepada orang Melayu yang selama ini disisih oleh British demi kepentingan strategik mereka.( mudah memerintah bila pribumi tak kuat). Maka terbentuklah Universiti tempatan dan biasiswa pula disediakan untuk cerdik pandai menimba ilmu tanpa gangguan kewangan. Muncullah Univ Sains, Univ Kebangsaan dllnya. Ramai juga kalangan anak-anak generasi baru yang dihantar ke luar negeri untuk menimba ilmu. MARA juga diwujudkan untuk menangani masalah yang berkaitan. Maka berbagai-bagailah jenis biasiswa ada dan sentiasa bersedia menampung perbelanjaan pelajar Melayu/bumiputera. Seluruh warga Malaysia,

Sehingga awal tahun 80 an, kita pun menyaksikan peningkatan jumlah cendekiawan Melayu dari kalangan profesional maupun teknokrat. Jika di awal kemerdekaan susah untuk kita menjumpai doktor dan jurutera Melayu, kini kita boleh berbangga bahkan sampai ke disiplin aeronatik dan fizik nuklear. Pencapaian ini sekaligus membuktikan bahawa Melayu/bumiputera mampu bersaing dan meningkat maju asalkan saja diberi peluang. Maka sedikit sebanyak DEB memberikan hasil yang positif dan boleh dikemaskan lagi. Lalu jurang sosial yang dahulunya amat menakutkan kini mula berubah. Sudah ada golongan menengah Melayu. Kini tak menghairankan lagi jika ada orang Melayu memandu Mercedes dan tinggal di banglo mewah. Apa yang dasar ini lakukan ialah mengembalikan semula hak Melayu yang telah terjajah di negara sendiri. Dalam masa yang sama keturunan lain boleh mengkayakan diri mereka tanpa sekatan. Pemberian kepada orang Melayu bukanlah dalam bentuk rampasan/rompakan dari bangsa lain.

Malaysia terus membangun dan ekonominya berkembang selari dengan penerapan DEB. Ini membuktikan bahawa dasar itu tidak membantut@memperlahankan ekonomi negara yang kita cintai ini. Bersyukur kita kepada yang Maha Esa yang dengan limpah kurnia-Nya yang tak terhingga dan juga bebasnya kita dari bencana alam yang dahsyat seperti negara2 lain. Maka Malaysia pun mengecapi kemajuan yang setara dengan negara lain. Selain dari hasil mahsul tradisional, bumi ini juga di anugerahkan EMAS HITAM(petrolium) yang amat besar nilainya semenjak dijumpai sehinggalah ke hari ini.

Seluruh warga 'merdeka',

Bermula awal 80an apabila Dr Mahathir mula menjadi Perdana Menteri, keturunan Melayu merasa amat seronok. Beliau bergelar' UltraMalay' ( macam ultraman kegemaran anak saya). Dia dikenali lebih melayu dari Melayu@ atau lebih kuah dari sudu. Orang Melayu terpesona dengan sejarah politik beliau yang dikatakan akan memperkuat dan memartabatkan lagi Melayu sebagai bangsa yang kuat dan TUAN kepada MAYA PADA ini. Manakala keturunan lain pula kita lihat agak curiga dan was-was di awal pemerintahan Mahathir yang mendapat laluan percuma dari Tun Hussein Onn, ayah kepada Hishamuddin.

Asas yang dibentuk oleh pimpinan terdahulu dalam pemerintahan mula nampak goyah dan payah. Sejarah 18 tahun pemerintahan dinasti Kutty ini penuh dengan kemelut politik, samada dengan pembangkang maupun sesama ahli parti atau komponen BN. Telah diketahui umum bahawa Diktator mahathir meneruskan tatacara politik penjajah -PECAH DAN PERINTAH untuk beliau menguasai Ameno secara mutlak. Dari segi politik, kejadian Memali,pengunduran Musa Hitam,percakaran Team A dan B, UMNO diharamkan,Ameno ditubuhkan dan yang terbaru kes pemecatan dan penghinaan mantan Timbalan Perdana Menteri. Beberapa isu lain seperti ketuanan dan hak istimewa orang Melayu,isu kafir mengkafir, sembahyang dua imam, royalti minyak dan yang terbaru lagenda SAUK, tak lain hanyalah sebagai 'diversion' dari masalah asal dalam negara.

Kemudiannya kerajaan Mahathir mengamalkan penswastaan dengan alasan mengurangkan beban kerajaan yang akhirnya gagal capai matlamat. Projek PLUS, IWK, PERWAJA boleh dijadikan hujah. Akibatnya bebanan kerajaan bertambah kerana penagmbilalihan semula atau suntikan modal. Kerugian berbillion ringgit ini tak ditangani dengan elok dan dibiarkan tergantung begitu saja.

Setelah itu berbagai tanggungjawab sosial kerajaan mula dihapuskan satu demi satu dengan meminda perlembagaan dan akta yang sedia ada. Akta tanah 94, akta pendidikan(pindaan), dengan sokonga ahli parlimen Ameno. Maka penswastaan mewarnai dasar kerajaan sehingga ke bidang pendidikan. Kita mentaksikan biasiswa berkurangan dan bertukar kepada pinjaman, tertubuh IPTS dan franchise 'U' luar yang matlamatnya hanyalah keuntungan.

Sejarah merakamkan bagaimana Diktator Mahathir memutarbelitkan dan menipu rakyat dalam pemerintahannya. Beliau membiarkan gejala nepotisma, kronisma dan kolosi mengambil tempat dalam pentadbiran. Kegiatan tak bermoral ini meliputi dari pegawai biasa sehingga pehak atasan, maka rasuah dan pecah amanah bermaharajalela dan membudaya dalam jabatan kerajaan. Apabila golongan terbabit telah tercebur dan dicengkam oleh perlakuan buruk ini maka mudahlah Mahathir menunggang dan mengkudakan mereka kemudiannya. Itulah yang berlaku dalam institusi POLIS, KEHAKIMAN,BPR,KASTAM dsbnya.

Semua rakyat yang menjunjung perlembagaan,

Matlamat dan falsafah DEB mula ternoda dan terusik semenjak A/L Mohamad Iscander Kutty ini memerintah. Politiknya yang beragenda jahat itulah yang menjadi puncanya. Dia dahulunya berjaya menaikkan sentimen orang melayu yang kononnya dialah HERO bagaikan Ultramalayman. Sebaliknya dialah punca yang melemah dan mengkembirikan kekuatan Melayu secara lahir maupun kedudukannya dalam perlembagaan. Ucapan Mahathir di Parlimen sekitar tahun 60an dan juga awal 90an, beliau ada menyentuh dan memperleceh DEB kononny sebagai subsidi yang menghina Melayu. Ikrarnya untuk menghapuskan DEB harus dipandang serius kerana dalam masa yang sama mulut penipunya jua yang nak pertahankan KETUANAN MELAYU. Dalam erti kata yang mudah Diktator Mahathir ialah serang hipokrit dan munafik, spesis lidah bercabang(sepatutnya sudah pupus), yang cakap lain dan bikinnya juga lain. Di awal 90an yang menyaksikan jurang ekonomi merapat, kini ia semakin meluas dan mungkin menimbulkan masalah semula. Inilah sikap sebenar sang ADIJAGAT pujaan Mokhzani dan Mirzan.

Lalu terjadilah pemunggahan dan faraid harta kekayaan negara bagai pusaka ayahanda kepada suku-sakat dan kroni. Duit keuntungan Petronas anugerah Illahi habis dijolikan sehinggakan manafaatnya tak sampai kepada rakyat marhain.Dalam pada kita kekurangan sekolah, alatan pembelajaran, biasiswa, komputer, KERAjaan meneruskan agenda sombongnya yang bertaraf Dunia- TWIN TOWER,KL TOWER, KLIA dan berbagai lagi. Ketika mereka meminta rakyat berjimat dan potong gaji, mereka terus berjoli dan jalan-jalan ke luar negeri. Bial ekonomi merudum, peniaga matawang disalahkan dan disoroskan segalanya walhal sifat sendiri yang BOROS tak disentuh langsung. Tak ternampak perasaan bersalah. Penubuhan Danaharta dan Danamodal adalah untuk memudahkan/mengelabui rakyat terbanyak dalam usahanya merompak dan membalun harta negara untuk kroni dan suku-sakat. Semasa untung makan sendiri diam-diam, bila dah rugi paksa duit rakyat keluar- apa punya perniagaan macam ini. Hutang luar negara terus bertimbun sekitar 200 billion dengan Petronas dijadikan cagaran.(jenuh BA nak lunas). Kita juga dengar berita minyak dijual secara haram- OFF RECORD??( staff petronas tolong jelaskan). Hasilnya mereka sapu senyap-senyap sebagai membalas jasa mereka memerintah negara. Yang terbaru berita KERAjaan Ameno 'karat biru" Johor menjual pasir/tanah secara haram kepada Singapura. Semata-semata untuk keuntungan Ameno. Patriotikkah pengkhianatan mereka ini?? Tak kan cukup dengan kibar bendera saja.!!!!!!

Rakan-rakan anak watan,tionghua dan India,

Bumi kita ,bumi bertuah yang telah dianugerahkan kemerdekaan hasil perjuangan pahlawan bangsa dahulu menyedarkan akan HINA dan LEMAHnya kita bila dijajah. Maka bangun dan tampillah nama-nama hebat pahlawan Melayu menuntut kemerdekaan. PKMM @ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda menjadi penggerak meniup semangat orang Melayu dengan didokong ulama. Setelah penganiayaan, helah dan ISA maka suara kelompok ini yang melaungkan 'MERDEKA' dilumpuhkan. Setelah itu baru muncul UMNO yang merupakan anak didik penjajah menyambut DULANG EMAS kemerdekaan yang terpaksa menerima syarat-syarat penjajah untuk merdeka. Antara yang penting ialah soal AGAMA ISLAM,KETUANAN MELAYU,RAJA-RAJA dan JUS SOLI. Persetujuan Melayu, British dan kelompok pendatang ini merangkumi dalam ikatan kontrek sosial tadi. Mana-mana bahagian diusik, maka secara automatik menggeletek bahagian yang lain. Pemerintahan berteraskan orang Islam dan Melayu adalah faktor yang mesti diterimapakai oleh seluruh warga Malaysia merdeka. Soal kelompok parti mana yang mendapat hak menjadi wakil Melayu/Islam terpulanglah kepada rakyat memilih secara PEMILU yang diadakan 5 tahun sekali. Inilah namanya DEMOKRASI !!!!!!!!! Bukannya bila menang ...inilah amalan kita demokrasi !! Bila kalah pula....DENTAKMAHUKASI!!!!!!!! Tak gentleman jadinya. Jangan ditiru perlakuan buruk siku oleh lerajaan Algeria dab Bosnia Herszegovina. INGAT..... KERAJAAN DEMOKRASI IALAH KERAJAAN AMANAH RAKYAT. Bukan milik mutlak mana-mana kelompok atau elitis. Apabila rakyat sudah majal dan jemu. undur sajalah. FULLSTOP.

Sejarah politik negara menunjukkan, KERAjaan pimpinan Ameno akan melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa mereka. Bukan ketuanan Melayu yang dipertahankan tetapi ketuanan Ameno.Apabila mereka merasa lemah dan sokongan Melayu berkurangan, maka dikumandangkanlah semangat Melayu dan isu ketuanan seolah-olah sedang dicabar oleh bangsa lain. Dulu mungkin berjaya...sekarang tidak lagi. Ameno tidak boleh menipu semua orang di semua ketika. Wajarkah kegilaan mereka sedemikian rupa? Sepatutnya polis menangani masalah ini. Tetapi kita faham akan kedudukan polis umpama Eunuch zaman dinasti China. Itulah akibat tidak bebas dan korup dalam pentadbiran, tak sanggup bergerak dalam lengkongan perlembagaan sekalipun. Peristiwa 1987, apabila Ameno lemah dan bercakaran, akhirnya pembangkang yang ditangkap dalam' op lalang', wajar dibuat iktibar kerana SEJARAH PASTI BERULANG.(history repeat itself). Diharap rakyat bersabar dan jangan tergopoh dalam menerima perkhabaran dari golongan hipokrit. Kita telahpun tahu siapa yang mempermainkan maruah BANGSA MELAYU MERDEKA. Kita jua tahu siapa golongan yang mengadu-dombakan rakyat. Mereka ingin memperkakaskan rakyat supaya terus berpecahbelah dan mereka pula terus beronaran mengaut keuntungan dengan mengekalkan status quo dalam meneruskan agenda tamak dan haloba. Peranan ahli politik KERAjaan memang memalukan dan mereka tak lebih sebagai RUBBER STAMP kepada agenda Maha Rakus itu. Sepatah kata Prof DiRaja Ungku Aziz- segala kemelut yang timbul berkait isu ketuanan Melayu adalah kesalahan ahli Politik Melayu yang berkuasa..... siapa lagi kalau bukan AMENO !!!!!!!!!

Untuk PM yang pernah disanjungi, (kini tidak lagi)

Sudah 18 tahun kami bernaung di bawah pemerintahan yang semakin menunjukkan ciri2 diktator yang amat dibenci. Sanjungan media di awal kekuasaanmu hanyalah untuk memerangkap rakyat dhaif yang tak berdosa. Jasa kamu terlalu kecil nak dibandingkan dengan kemungkaran yang kau lakukan secara langsung@tidak. Perbendaharaan negara yang merosot dan hutang bertimbun adalah angkara mu yang amat durjana. Engkau mengkhianati amanah rakyat termasuk orang2 Ameno yang setianya membuta-tuli. Kesalahan kamu yang mencabuli dan meliwat institusi polis,kehakiman,BPR,kewangan dsbnya, tak akan dilupai dan dimaafkan . Ianya akan diriwayatkan orang sehingga beberapa generasi akan datang. Kezaliman yang tiada taranya yang kau tunjukkan dalam kes DSAI akan menghitamkan dan mengotori seluruh keturunan dan kerabatmu. Kini sudah kedengaran dendam rakyat untuk mencemarkan pusara 'kepahlawanmu' dengan najis andainya kau tiada lagi.(rakyat tetap membalas dendam, tak dapat PM, anak cucu kan ada). Usahlah berlakon untuk membela nasib kami orang Melayu (jagalah kroni kamu). Kami sudah terlalu mengenali sebak tangismu yang yang penuh dengan kepura-puran. Hatta anak kecil kami pun dapat menilai kepalsuan mu , wahai Mahathir A/L Mohd Iscander Kutty. Janganlah kau cuba gemburkan semangat kemerdekaan ini kerana ianya hanya palsu jua, kami rakyat sebenarnya dijajah oleh KERAjaan pimpinan Ameno. Kami sebenarnya belum mencapai kemerdekaan seperti yang media war-warkan. Kami terus dijajah oleh' ORANG PUTIH SAWO MATANG' yang diketuai seorang lagi keturunan Raja Mendeliar.

Pembesar-pembesar Ameno, ( Dato', Tan Sri, Tun dll)

Dahulu mungkin anda juga terlibat dalam penghinaan yang dilemparkan kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana Menteri pertama) kerana kelalaiannya memperbaiki tahap hidup rakyat. Kini kamu semua bersekongkol dengan Mahathir menegringkan dana/tabung negara. Apa beza antara keduanya- sama-sama merugikan orang Melayu dalam kealpaan masing-masing terhadap takhta, harta dan wanita. Sememangnya kamu diperkakaskan saja oleh Mahathir dalam agenda memusnahkan Peruntukan Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan. Di zaman kamu lah menyaksikan rakyat kembali dijajah. Sungguh memalukan. Nasib Melayu umpama kata- KELUAR MULUT HARIMAU MASUK MULUT BUAYA!!!!!! Hasil tangan kamulah menyaksikan Tanah orang Melayu dirampas,biasiswa ditiadakan,agama dipermainkan dan Raja2 serta ketuanan Melayu diliwat. Perjuangan kalian hanya sandiwara semusim cuma.

Para Korporat/Billionwan,

Jika himpunan kekayaan kalian adalah melalui tipu daya/helah bersama Mahathir ... tak kemana kalian. Segala butiran dirimu tersimpan kemas dan kukuh dalam nota dan ingatan rakyat. Apabila masanya tiba, tahulah kamu akan akibat sikap durjana dan onar yang kamu lakukan sekarang. Angkara tingkahlaku dan ketamakan kamu yang tak bertepian, negara berhutang dalam jumlah yang bukan kecil nilainya. Takkanlah nak disalahkan penoreh getah, mak cik nasi lemak, pak cik goreng pisang@brother burger. Kamu lah dengan dokongan ahli politik membuat kemakaran,tamak haloba dan menganiaya pula pemimpin rakyat DSAI.

Seluruh rakyat marhain,

RAKYAT BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN. Inilah antara kata pencetus semangat rakyat dalam memperjuangkan kebenaran. Kita sedang menyaksikan penjajahan bentuk baru berkulit sawo matang,kuning langsat dan hitam yang bersekongkol dengan pehak asing dalam bentuk modal perniagaan dan badan penasihat. Kita rakyat termiskin ada yang dah tangkap kura-kura sebagai rezeki. Ada yang berhentikan anak sekolah dan juga yang gagal merebut peluang ke menara gading dek kemiskinan. Sudah ada yang tak dapat makan 2 kali sehari dan tak mampu berkasut. Biasiswa bukan lagi untuk Bumiputra tetapi untuk Amenoputra.

Kita juga menyaksikan kerajaan membela ketuanan Melayu yang membatalkan kontrek dan tender syarikat Melayu hanya kerana perbezaan pandangan politik. Kita menyaksikan 2-3 kerat manusia menguasai ekonomi negara. KIta juga dapat melihat dengan jelas bagaimana seorang ayah mengambil berat akan anaknya dengan membalun wang Petronas untuk anak(daddykasi).Sedang rakyat termiskin ditanya berbagai soalan untuk pinjaman 10 ribu cuma. Anaknya tak bankrup walaupun dah muflis syarikatnya. Rakyat juga tahu menteri bedak-bedakkan saham peruntukan Bumiputra untuk anak menantu.

Kita merasa sebak dan insaf akan nasib bangsa yang tak ada rumah, yang tinggal dalam kolong, di setinggan yang hanya menanti dihalau (dibumi sendiri). Sedang dalam masa yang sama PM tersenyum riang menyeringai di Putrajaya dan menunjuk2 KLIA, TWIN TOWER dan KL TOWER kepada orang asing sebagai bukti kepandaiannya mentadbir!! Kini di TV ada hebahan tentang orang susah dan cacat yang perlukan bantuan. SEDIH sekali, dalam keadaan negara punya menara berkembar, kerajaan tak tahu ada orang yang sebegitu susah dan dhaif. Apalagi nak ditagihkan dari rakyat biasa yang dah 'cacat' kuasa belinya.

Kita lihat pula kemungkaran Polis yang membantai rakyat tak berdosa sesuka hati hanya kerana mereka menyuarakan hak. Kita lihat mereka digari dan didakwa dengan berbagai seksyen dan akta.TETAPI mereka biarkan Mahathir salahguna kuasa dan bercakap sesuka hatinya. Mahkamah telah diliwat dan diperkosa. Itu...yang bergelar Hakim...hanyalah beruk belaan bertopengkan manusia. Itu BPR hanya bergerak untuk ikan bilis saja. Kebebasan kita tak lebih umpama ikan-ikan dalam aquarium. Terlajak sikit terhantuk cermin- AUKU,ISA,OSA,AKTA POLIS dllnya.

Pemimpin BA,

Terus perjuangkan nasib rakyat macam kami di parlimen. Kemenangan kamu sdah terlalu hampir. Umpama air dalam empangan hanya menanti pecah saja. Pertahankan hak rakyat dan sebarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

Dalam menghayati kemerdekaan yang terjajah ini kita jangan terus leka dengan sambutan yang berbagai anekanya. Nun dalam kelekaan dan keghairahan rakyat mereka beragenda semaunya untuk kerabat dan kroni dengan dilindungi oleh anggota keselamatan dan di sebalik kelemahan undang-undang.

SEDARLAH DAN BANGUNLAH SEKELIAN RAKYAT DEMI.......KERANAMU MALAYSIA!!!!!!!

Dr NOLOGARENG