Laman Webantu   KM2A1: 2667 File Size: 8.9 Kb *



Per. 153 Perlembagaan Malaysia Hanya Utk Kroni Umno Baru(a) Saja!
By Amin Sapiro

30/8/2000 8:45 am Wed

Amin Sapiro (akan bersama anda di 'Ganu, insyaAllah)

PER. 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA HANYA UNTUK SIAPA...??

PER. 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI UMNO ?BARU(A)? SAJA!


RENCANA Rais Yatim yang menyentuh Per. 153 Perlembagaan Malaysia di Utusan Malaysia (29/8/2K) bertajuk ?Merdeka dan Perkara 153?, harus dibaca sebagai bertujuan untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh David Chua (kunun).

Setelah membaca, didapati sebenarnya tulisan Rais itu adalah episod sokongan untuk melanjutkan agenda ?SANDIWARA politik? Dr. Mahathir untuk meraih semula simpati guna mempengaruhi sokongan orang Melayu yang semakin jelas mereput-lumpuh hampir ?hanyut? terhadap UMNO.

Sekali baca nampak Rais hanya menulis bertujuan untuk memperlihatkan seolah-olah hanya UMNO sajalah yang boleh meletakkan kedaulatan orang Melayu ditempat sewajarnya. Beberapa perkara cuba beliau bangkitkan dan diberi tafsiran. Malangnya, makin dibaca makin nampak bahwa Rais adalah ?budak suruhan? Mahathir paling dungu lagi bebal?!!

Hakikat sebenarnya, UMNO dan seluruh kepimpinan parti inilah yang telah menyalahguna dan mempergunakan Per. 153 untuk membolot kuasa dengan memperkutak-katikkan undang-undang yang telah dibungkus dan letakkan ke tapak tangan Mahathir Muhammad. Dengan itu, Mahathir membolot dan menggunakan kuasa itu untuk melakukan apa jua disukainya - layak seorang Diktator berkuasa mutlak..!!

Dengan kata lain, Per. 153 tidak ada kaitan dengan kepentingan orang Melayu yang banyak - jauh sekali hubungkaitnya dengan ?Merdeka? dan Kemerdekaan mereka.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh peneraju UMNO yang mewakili rakyat dalam regim Mahathir makin memberi kita fahaman yang mendalam bagaimana Kemerdekaan itu sudah begitu jauh tercemar dan dilacurkan oleh puak UMNO; hingga hak dan keistimewaan orang Melayu tidak lebih dari cebisan kertas yang telah disisipkan oleh pemimpin UMNO ditepi tandas untuk mengesat najis di punggung mereka!!

Jika Rais membangkit Pendidikan dan Biasiswa, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu (peruntukan terasas) sebagai antara peruntukan-peruntukan yang diiktiraf terasas dalam erti kata ia tidak boleh dipinda dengan kaedah dan prosedur biasa; apa yang dapat dilihat sekarang ?keistimewaan? (kunun) itu telah hanya setakat indah kabar dari rupa sahaja.

Tanya tiap-tiap ibu-bapa: Berapa ratus ribu hutang yang mereka wajib bayar untuk mengongkosi pendidikan anak-anak mereka ke IPT & IPTS. Dan, siapakah Kroni pemimpin UMNO yang menjadi ?Jutawan Segera? hasil pemerahan titik-peluh orangMelayu miskin dikampung-kampung!! Hutang tidak bererti biasiswa. Tetapi hutang rakyat adalah sumber bisnis mencari kekayaan bagi Kroni!

Jika perkara-perkara pokok memberi orang Melayu kedudukan di dalam perkhidmatan awam kununnya, apa sudah jadi sejak kebelakangan ini (re: Kes Anwar). Tidakkah perjalanan undang dan proses penghakiman negara ini sudah hancur-lebur jadi ?pisang lenyek? akibah perselingkuhan kakitangan awam seperti Peguam Negara, Hakim-hakim, Pegawai Polis, dll. yang tidak lagsung peduli menegakkan Kedadilan.

Sebaliknya mereka itulah yang menjadi ?tiang menegakkan Kezaliman?, condong dan rebah menimpa kepala tiap-tiap orang Melayu yang berlindung dibawah Per. 153.

Yang paling menghancur hati dan harapan orang Melayu, ialah ?Anwar adalah orang Melayu beragama Islam, tidak terbukti melakukan kesalahan - wajib diadili sabagai insan yang beragama Islam?. Bandingkan Mahathir yang memang jelas penjenayah yang memecah undang-undang dan menajiskan Perlembagaan negara. (Harap Rais dan UMNO boleh tafakur sebentar sebelum menyiat mulutnya lebar-lebar)!

Orang Melayu sudah tidak yakin kepada cara UMNO menangani dan menyelesaikan masalah melibat kemudahan-kemudahan khas (orang Melayu), permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa perniagaan.

Apa yang ketara sekarang, bidang perniagaan bukan untuk rakyat biasa yang berkebolehan, kecuali mereka yang ada pertalian dengan pemimpin UMNO dan sanggup memberi rasuah. Andainya orang Melayu yang berkeinginan berusaha, jangan terharap-harap kalau tidak masuk dalam ?inner-circle? puak UMNO sebagai Kroni yang sanggup jual diri, maruah bangsa dan agama!!

Maka wujudlah konsep ?Nepotisma, Kronisma dan Korupsi? yang ditentang hebat oleh Anwar. ?Anak-anak Mahathir? dan kroninya yang bodoh-bodoh cuba berlagak bagai ?tycoon super-intelligent? mengendalikan ratusan korporat bernilai berbilion. Akhirnya, kerana mereka memang ?super-idiots?, maka korporat terbabit merudum jatuh muflis. Secepat kilat Mahathir membail-out menggunakan wang rakyat dan hasil sumber negara. Itulah manipulasi Per.153 yang dimaaftkan oleh UMNO!!

Mahathir dan Daim Zainuddin jangan cuba temberang dan mengakui diri sebagai ?Midas? yang cekap bermain dadu bisnis. Kalau tidak kalian berkuasa memanipulasi undang-undang, kalianlah orang paling terawal akan jatuh bangsat dalam mengendalikan sebarang korporat. Mungkin orang penjual nasi lemak ditepi jalan lebih tahu mengendalikan sebuah perniagaan yang halal..!!

Mengikut Rais, Baginda Raja-raja Melayu, dengan nasihat Kabinet bolehlah mengeluarkan arahan-arahan yang sesuai bagi merealisasikan perkara-perkara pokok.

Sekali pandang cantik memang. Tetapi peruntukan dalam perlembagaan telah dipinda oleh Mahathir dan dipersetujui oleh pemimpin UMNO keparat untuk mengikat kakitangan Raja-raja dengan meluluskan pindaaan Perlembagaan yang menyebut (bermaksud) sekiranya YDP Agung engkar - untuk kesekian kalinya Rang Undang-undang terbabit secara otomatis ditakrifkan ?lulus?..!

Mahathir dan pemimpin UMNO telah menjadikan Baginda Raja-raja Melayu tidak lebih dari himpunan ?Ayam-ayam tambatan? yang sengaja diberi makan dan digemukkan. Bila sampai masa dan ketika dinihari, ?ayam-ayam? ini akan disuruh ?berkokok?. Kerapkali ?ayam-ayam? ini akan berkokok terlaung-laung untuk menggerak orang Melayu UMNO supaya memberi mereka makan besar di Las Vegas, Macau, Genting Highlands, dan lain-lain.

Sebenarnya, Rais Yatim sedang membohongi dirinya saja. Sekaligus, Rais cuba mengabui mata orang Melayu dengan bercakap semacam ?keling estet mabuk toddy?..!! Inilah hasil pendidikan yang terhasil oleh UMNO.

Jika diandaikan: Tak ubah sikap pemimpin UMNO sekarang seperti tukang buat patung berhala yang membentuk lembaga patung Hanuman dengan sepuluh macam tangan. Patung ini kemudian diangkat, dijulang, disembah setiapkali pemimpin UMNO meminta sesuatu?.. kununnya patung berhala itulah Tuhan mereka.

Inilah kerja munafiq lagi syirik puak UMNO yang menyerahkan hak bangsa yang termaktub dalam Per. 153 kepada ?patung puaka? bernama ?Mahathir Kutty? yang mereka sembah selama 18 tahun ini!! Mungkin Rais terlalu lemah daya ingatan mengena konsep perjuangan S46! Politikus seangkatan dengan Rais hanya berguna kepada Mahathir - TETAPI tidak kepada rakyat banyak!!

Reformis tidak akan bersama puak UMNO lagi untuk membangsatkan minda dan daya juang mengembalikan MARUAH, KEDAULATAN dan KEMERDEKAAN bangsa dan meningkatkan martabat Islam yang sudah dijual murah oleh Barua-barua UMNO!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)