Laman Webantu   KM2A1: 2665 File Size: 2.4 Kb *



Re: Beras Siam nan Dua Gerabak
By tv3

30/8/2000 4:37 am Wed


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI.

Oh tentang penyeludupan beras. Kami di tv3 telah mendapat tahu dari sumber yang bemaruah, satu cerita berkenaan beras. Di Bolehland, beras tak dapat dipisahkan dengan BERNAS, dan BERNAS pulak dikaitkan dengan Shahidan. Shahidan pulak, dikaitkan dengan Peromak Agong Negara, Z Daim. Maklumat yang diperolehi tidak lah memberi apa apa kesan kepada kami di tv3, kerana dirasakan sebarang pengliwatan bukan lagi merupakan sesuatu yang mempunyai unsur berita. Yakni, sehinggalah berita penyeludupan ini disiarkan.

Sebelum membuka tirai berkenaan BERNAS, satu pesanan kapada Sdr Kubang Pasu. Persetankan dengan anjing anjing Bukit Puaka. (Istillah BABI lebih tepat, kerana mereka ini, secara sedar mahupun tidak, kenyang dengan rasuah. Dan rasuah, lebih teruk daripada tahi! Sekurang kurangnya, anjing tak makan tahi! Dan anjing boleh diajar supaya tidak memakan makanan yang boleh memujarabkan mereka. BABI……….hentam aje……janji kenyang!) Betapa tidak, bayangkan Pak Usop (Ketua Siput BABI) boleh berjalan dengan pakaian yang bernilai PULUHAN RIBU ringgit, melekat dibadan!

Balik kepada cerita BERNAS. Kuota mengimpot beras kini tidak lagi dimiliki sepenuhnya oleh BERNAS. Tidak, bukan usahawan Bumiputra bernama Mat bin Bedol yang telah "mencuri" kuota tersebut, tetapi seorang usahawan berjaya yang "bin Mahafiraun". Di beritakan, anak kesayangan ini telah mengadu, dan didalam semangat penuh "daddy kasi" telah diperuntukan 50% dari kuota BERNAS. Maka sebab itulah (agaknya) BERNAS perlu menyeludup 2 gerabak keretapi beras sebagai "ganti rugi". Wallahu 'a'laam!!!!

Tapi tak mengapalah. Wahai Pegawai Kastam dan Pegawai BABI yang bersekongkol. Teruskan sahaja kerjaya mu! Ambil lah duit tu banyak banyak. Bawa balik ke anak isteri. Berilah mereka makan dan pakaian sepuas mungkin. Tetapi ingat, apabila berlaku kecelakaan (seperti anak menagih dadah, bini lari ke Rahim Tambi Chik), jangan kata tv3 tak pernah ingatkan! Malah, kita telah pun diingatkan hampir 1500 tahun yang lampau.

Sementara tunggu engko orang sedar…..Lawann tetap LLLallaaaaawwwwaannn!