Laman Webantu   KM2A1: 2663 File Size: 1.8 Kb *



Musa Hitam dan Rais Yatim sebenarnya robot juga
By web aNtu

30/8/2000 12:35 am Wed


Kita sedang diprogram melalui perlantikkan orang2 yg kelihatan kurang setuju
dengan Mahathir, tetapi sebenarnya mereka ini adalah dua robot yang sedang
dimainkan oleh Mahathir. Cuba lihat satu akhbar semalam, ada iklan orang
bermain wayang patung ikat tali - untuk menunjukkan senangnya menggunakan
jam TIMEX...(Berita Hairan, 28/8/2000, Muka 7).

"Ridiculously easy to use" - TIMEX i-Control setting systems

begitulah senarionya dengan diktator tua ini.

Musa Hitam sudah bukan manusia lagi, kerana karenahnya di Memali TIDAK akan dilupai oleh sejarah betapa orang melayu yang mempraktikkan Islam "dipancung" sewenang-wenangnya tanpa belas dan kasihan terhadap anak kecil yang kehilangan bukan sahaja ibu bapa mereka, malah kampong mereka juga.

Rais cuma berlagak sebagaimana berlagaknya beliau membakar jambatan. Dunia UMNO penuh dengan orang2 yang berpura2. Dia sanggup membina jambatan yang dibakarnya sebab maruahnya satu sen pun tak ada. Dia gadaikan prinsip semata2 untuk mendapatkan sesuatu yang membuncitkan perutnya. Malangnya - orang Melayu kini sudah cerdik dan punya maruah yang tidak boleh dibeli walau pun sejuta diberi percuma.... Mereka bukan lagi ikan yang dibela untuk ditipu oleh sepatah dua kata orang yang berpura2 yang akan menelannya bila sampai waktunya.

Komen Tambah:

Dalam akbar yg sama, ada gambar Nazri - cuba kita tanya beliau

"Mengapa tak tarik permit pengutip Tol?"

Sebab: Kroni keparat menyumbang wang kepada UMNO kan.. kan.. kan...?

Sekian N Selamat Berjuang!!