Laman Webantu   KM2A1: 2661 File Size: 2.7 Kb *



Kemerdekaan Kali Ke Dua Sudah Di Ambang..!!
By Amin Sapiro

29/8/2000 8:38 am Tue

Amin Sapiro (di pinggir Laut China Selatan) KEMERDEKAAN KALI KE DUA SUDAH DI AMBANG..!!


SAMBUTAN Merdeka kali ini adalah perayaan peribadi Mahathir kerana bebas melakukan sekehendak hatinya tanpa tegahan dari pemimpin Umno yang di Baru(a)kan?!!

Sebagai zuriat pendatang haram, perayaan ini amat bermakna bagi Mahathir Mohamad kerana Umno yang ditubuh dan diwujudkan asalnya oleh orang Melayu, sekarang dipergunakan oleh beliau anak-beranak dan dikongsi bersama dengan kroni-kroni - terdiri dari berbilang bangsa; demi kepentingan tembolok mereka.

Pemimpin Umno yang sungguh-sungguh telah dijadikan BARUA oleh beliau, sekarang sudah lupa daratan - terpukau dengan gejala rasuah dan tercekik dengan ugutan. Mereka inilah kelompok pemimpin dari rumpun Melayu yang buta sejarah - waktu mana negara ini telah dijajah oleh 4 bangsa sebelum dimerdekakan oleh para pejuang anti Malayan Union.

Mereka wajar diandaikan sebagai ?Kempitai? dan ?Belukang? yang hidup dalam dua dunia. Bagi pemimpin seperti ini, apa yang afdhal bagi mereka ialah tembolok mereka terus kenyang. Sementara itu mereka makin jelas tidak akan peduli dengan rintihan rakyat.

Bagi mereka - PERSETANKAN kedaulatan tanahair, ketuanan bangsa dan kehebatan agama - kerana kewujudan mereka HANYA untuk generasi semasa.

Makin nampak REFORMASI adalah tuntutan rakyat, sekalipun ia memerlukan korban yang banyak.

Namun, bila kita menostalgiakan seorang wira yang dipenjara dan diaibkan tanpa adil, maka semangat kita berkobar-kobar untuk memerdekan tanahair, bangsa dan agama kali kedua. Maka terbitlah dalam sanubari kita semangat kental untuk ?menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN?.

Dengan itu, sambutlah perayaan kali ini dengan iltizam yang padu bahawa KEMERDEKAAN sebenar sedang hampir. Jadikanlahhari itu sebagai berlanjutan semaraknya Gagasan REFORMASI bagi merayakaan Kemerdekaan kali ke dua.

Bulatkan tekad kita untuk sebuah kemenangan yang langsung!! Kita tidak akan berpatah ke belakang!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)