Laman Webantu   KM2A1: 2660 File Size: 7.6 Kb *



Merdekakah kita: Sketsa 'Banduan' Penjara
By web aNtu

29/8/2000 9:09 am Tue


Makluman: Siri2 Penulisan Sketsa

1- Sketsa Pemandu LKY (Komen KTLBELB 25) 2612
2- Sketsa Wartawan Pencen (Komen KTLBELB26) 2645
3- Abu Hasan memang sakit? (Komen Sinis) 2540

telah diolah/tulis kembali oleh webmaster untuk memastikan penulis
asalnya tidak dapat dicam oleh speSIAL bunch. Setakat ini beliau belum
terfikir satu nama yg sesuai utk dipaparkan buat sketsa2 ini, saya cadang
gunakan nick "Sketsa Pencen" ? boleh kut?


Tiada kata seindah bahasa. Bahasa mencermin budaya bangsa.


Merdekakah kita? Sketsa Seorang "Banduan" Penjara

Ada pelbagai acara diatur untuk menyambut merdeka. Saban tahun manusia berbaris untuk ditonton. Berjuta2 wang dihabiskan hanya untuk mengingati kononya kita sudah dan memang satu negara yang merdeka. Tetapi apakah kita sudah merdeka dalam artikata yg sebenarnya?

Orang yang merdeka ialah orang yang tidak terjajah, baik dirinya mahupun negaranya. Dia mendapat haknya yg sewajarnya yang dilindungi oleh undang2 yg merdeka juga. Tanpanya dia tetap terpenjara dan terjajah, kerana undang2 yang ganas tentu akan memusnahkan bukan sahaja dirinya, malah negaranya nanti turut menjadi mangsa. Perjalanan sistem yang tidak adil juga akan menyumbat insan yang tidak berdosa - baik orang biasa, pemimpin ataupun ulamak yang berwibawa.

Siapakah yang sebenarnya merdeka, apakah anjing yang merdeka sehingga bebas menggigit, membelasah dan melebam tanpa peri manusia? Atau pemimpin bebas membuat fitnah dan mahu rakyat mengiyakannya? Atau hakim yang bebas berpeluk2 dan bermadu kesini dan kesana? Atau bebas minum arak dan bebas pula menghina pegawai yang datang memeriksanya? Atau bebas memuaskan hawa nafsu dan bebas menukar2 sijil bapa dan anaknya pula? Kita hairan ciri2 ini sudah ada dinegara kita yang melaungkan "merdeka"! Setan dan pengikutnya bebas, merdeka dan bermaharajalela, tapi ulama pula yg kena masuk penjara....

Dalam penjara yang kecil ini saya tentunya menyaksikan pelbagai ragam banduan yang masuk dan keluar. Ada yang memang jahat ada yang memang diragui kesalahanya. Biar apapun hukuman yg mereka terima, hidup mereka dipenjara ini sudah menunjukkan siapakah diri mereka yg sebenarnya - banduan ataupun karenah "banduan bebas" yg menyumbat mereka. Kalau orang yang baik pekertinya boleh dicampak dan dilebam sewenang-wenangnya, apakah yang anda boleh harap dengan aksi "penangkap banduan ini" yang lengkap bersenjata diluar sana?

Ulamak dihina

"Banduan bebas" ini bukan sahaja menyumbat alim ulama kepenjara, malah memalukannya pula dengan memaksa berseluar pendek untuk ditonton oleh semua. Sekali lagi saya menggeleng kepala - apakah ini arti negara merdeka?

Apakah satu "jenayah" membaca sepotong doa? Atau mengajar buku mendidik jiwa? Saya resah tidak terkata kerana kaset2 ulama ini sudah lama menemani hidup saya bertahun2 di dalam penjara, kini menjelma pula tuannya di sini mencerahi kegelapan seluruh penjara. Rahmat sebenarnya ada tanpa diduga. Baru sehari dua, sudah berdoyon2 banduan lain mengutuk NEGARA!! Ustaz akan kami bela!! demikianlah cetusan beberapa banduan yg sudah berada hari2 terakhir mereka di sini.

Hari saya dibebaskan:

Saya dibebaskan setelah selesai dijajah dan didera bertahun2 lamanya. Pada hari itu saya masih belum dapat mengukir senyum gembira. Mengapa tidak? Sebab saya berhadapan dengan "banduan2 bebas" yang kini bermaharaja lela, baik di bukit berpuaka, mahupun di mahligai yang sudahpun siap terbina.

Seperti biasa saya pulang kekampung dipinggir kota. Tapi ia sudah tiada, sebaliknya beberapa struktur lain sudah menggantikan tempatnya. Lalu saya bertanya kepada Wak "Warong Kita" - maka beliau pilu bercerita, bagaimana api membakar dan menyambar sekalian yang ada. Ia berlaku disaat hampir Hari Raya pula - katanya. Ini tentu "banduan bebas" punya kerja......

Mencari Kerja:

Saya mencari2 kerja beberapa bulan lamanya. Sebenarnya ada kerja tetapi menjadi hampir kesemuanya suku sakat kroni manja. Saya tidak rela menyumbang berganding dengan kera. Saya menjadi derebar sementara.

Sebagai derebar teksi (pula?) saya tentunya mempunyai beberapa kenangan, baik manis mahupun pahit sebaik sahaja roda tayar mula berputar. Dalam perjalanan sejauh ini, tayarnya sudah beberapa kali bertukar kerana haus meredah perjalanan. Tidak kurang pula tayar2 ini musnah apabila terkena lubang yang sengaja dibiarkan. Tol dan saman perkara biasa, inikan pula denda bawah meja. Saya membawa pelbagai ragam manusia, baik yang suka berjenaka atau yang cuma berpura2. Pernah saya menghantar tanpa memohon sebarang upah dan pernah juga saya yang perlu "membayar" kepada si penumpang sial itu (kena rompak lerr).

Saya lakukan semua itu kerana saya mahu bebas. Saya membayar kerana saya mahu terus hidup untuk menyara keluarga yg melara. Dalam terpaksa saya lalui segala karenah pengutip wang - baik yang berlesen, mahupun yang tak berlesen, baik diluar kerta, mahupun yg berada di dalam kereta. Walau apa pun, saya masih menuruti kehendak mereka, selagi sabar masih tahan berjaga.

Walaupun penyangak2 ini bebas, anda jangan mudah lupa. Saya merekod semua gerak geri saudara! Derebar tua jangan disangka rabun pula. Anda bebas hanya buat sementara! Jenayah saudara bakal terserlah jua. Usah menipu seribu bahasa, bukti yang ada akan menghantui tidurmu yang tidak lena.

Orang yang merdeka ialah orang yang bebas dari belenggu manusia dan pemikiran dungu ciptaan manusia. Mereka bukan orang yang membayar untuk menerima pulangan dunia. Atau menambah segenggam untuk rahsia berisi hina. Saya tidak akan bebas kalau saya menerimanya, malah padah yang tidak diketahui bila, akan menjelma.


Derebar Sekolah:

Maka akhirnya saya menjadi derebar sekolah sahaja. Saya mengangkut anak2 pergi dan balik kesekolah. Gajinya tidak penting kerana saya memerlukan banyak masa untuk satu misi lain yang lebih penting - Berjuang! Di samping itu, saya sempat membaca buku2 anak sekolah yang say pinjam - khususnya buku2 keugamaan dan sejarah. Saya membacanya setiap hari semasa menunggu anak2 habis bersekolah.


Waktu lapang:

Waktu2 sebeginilah saya memburu jejak dan karenah "banduan2 bebas". Saya lakukan misi ini bukan kerana dendam. Tidak juga kerana nama. Ia satu perjuangan untuk anak2 yang sedang bersekolah itu juga. Mereka anak2 yg tidak berdosa yang bakal menjadi mangsa "banduan-banduan" yang sentiasa bebas. Tidak hari ini, esok mereka kebas.

Akhirkata:

Sketsa seperti ini adalah antara usaha saya yang tidak seberapa untuk anak2 ini yang bakal menerajui negara ini. Merekalah yg akan mewarisi negara tercinta ini yang sudah dijajah sebegitu teruk tanpa mereka sedari. Saya tidak ingin mereka dinyahkan dari kampung halaman untuk diganti dengan sebuah kolam buatan berisi ikan.

Nyawamu lebih berharga dari nyawa ikan2 yg manja menunggu makan. Bila umpan disangka kawan, ikan2 yang ligat pun akan kecundang. Ia direbus atau digoreng untuk berakhir dimulut yang bakal menelan.

Hanya diktator gila sahaja yang sanggup membela ikan dari membela insan2 yg tidak berdosa. Ikan di tasik buatan kelihatan lebih istimewa..... tetapi ia akan dibunuh juga oleh sigila!

Jadilah manusia yang merdeka, bukan ikan ditasik buatan. Ia bagai hari pertama anda bebas dari penjara berisi "banduan"......