Laman Webantu   KM2A1: 2659 File Size: 2.7 Kb *



Se Bilah 'Kapak' Kecik Dalam Ikat Kepala!
By Hj. Mohammad Nor

29/8/2000 6:07 am Tue


Assalamualaikum,

Aduhai Wak Amin, bila saya baca tulisan Wak itu teringat masa di bangku sekolah dulu bila membaca buku-buku hikayat, tapi saya ini dah lupa dan tak pun pandai untuk melengokkan tulisan saya macam tulisan Wak itu, hai macam hikayat 1001 malam pulak, mungkin wak sedang mengelamun ni! Wan Malini ke Minaci ke yang turun dari Bukit Siguntang biarkanlah mereka, dah jauh sangat zaman mereka itu dan kita sekarang ini dalam zaman Millenium ( teringat kawan saya itu yang kepingin kan anak Millenium- kesian dia). Dah tak relevan kalau boleh saya pinjam kata-kata hikmat Paul Manggis, hakim yang wajahnya tertera dibungkusan gula-gula hack. Tak kan tak ingat kut ......masa kecik-kecik saya biasa guna plastik bungkusan itu untuk main wayang, saya ambil lampu tocelait dan suluhkan plastik bungkusan itu ke dinding....bila waktu malam lah. Silap suluh nampak wayang kulit! Ha...ha..ha!

Wak oooi! Orang-orang Umno tu rasanya segaja nak tunjuk baik, buat-buatlah nak menyokong BA pulak. Huh! bukan boleh harap sangat mereka itu, bila ketua mereka hulur dua tiga ekor lembu untuk buat kenduri, huh! mereka pun sokong semula Mahadir tu. Tahu saja bila dah perkena nasi dengan gulai daging tiga empat kawah tu huh....jawabnya makan sampai tak nampak telinga, lagi kembung dan membuncitlah perut mereka. Mana yang ada sakit gout tu, jawabnya tak berjalanlah dua tiga minggu, mana nak boleh berjalan, kaki dah bengkak kerana makan banyak sangat daging. Mana yang suka makan lemak-lemak tu, siaplah silap-silap kena strok dan sakit jantung. Ha...silap-silap duduk kat rumah bertiang dua.

Perjuangan untuk reformasi ini tak boleh berajakan makan, badan kita kena sihat, mental kena kuat, dan kita mesti sanggup menempuh sedikit kesusahan. Berkorban sikit. Kita tak boleh ikut setail orang Umno, lebihnya makan, dah makan kenyang, peh tu mengantuk dan terus tidur dengan lena.

Hai Wak Amin, terkejut juga bila Wak nak berkapak dan nak sangkut kat telinga tu. Telinga yang boleh sangkut kapak ini telinga berhala dekat kuvil tu. Hai kita tak boleh buat macam tu, tak tahulah kalau kisah Kampung Rawa berulang lagi, dah tu baru ini dengar ada lagi cerita macam itu, dia orang dok baling babi ke dalam surau, kat Penang lagi. Hai entah lah!

Kalau Wak Amin nak guna kapak jugak, hai kena tanya Ayah Nik, dia tahulah nak simpan kat mana kapak itu. Simpan dalam ikat kepala! Kapak kecik! Sangkut kat telinga tak mainlah!
Wassalam!