Laman Webantu   KM2A1: 2656 File Size: 6.6 Kb *



Semakin Banyak Mahathir Bercakap - Makin Nampak Beliau Tersilap
By Amin Sapiro

29/8/2000 3:21 am Tue

SEMAKIN BANYAK MAHATHIR BERCAKAP - MAKIN NAMPAK BELIAU TERSILAP


UNGKAPAN tajuk itu adalah bahasa paling lunak yang dapat diungkapkan. Bagi setengah pihak yang sudah muak dan bosan dengan karenah Dr. Mahathir, mereka akan berkata dengan bahasa yang lebih kasar dan keras (umpamanya): ?Makin banyak si Mahathir bastard laknatullah itu bercakap, makin nampak dia laknat keparat bangsat..!?, atau seumpama dengannya.

Terpanggil saya untuk berkongsi panduan dari seorang yang berilmu yang pernah saya temui. Beliau berkata, ujarnya:

??..Seperti kasih dan sayang - marah dan meluat juga wajar ?bertempat?..!! Manusia adalah maklok berhemah. Allah swt. memperakukan insan sebagai ?Khalifah? dimuka bumi ini. Allah swt. meredhakan buminya dipijak, isinya dikorek dan angkasa semesta dijelajah. Segala-galanya wajib dijuruskan demi kebaikan dan selari dengan yang dituntut oleh Allah swt. seperti ternyata didalam Al-Quran.

Hakikat itu adalah kebenaran dan tidak wajar dipertikaikan. Manusia dikurniakan dengan naluri bermacam ragam. Antara yang paling ketara ialah keinginan untuk berkasih-kasih dan bersayang-sayangan sesama insan.

Dalam Kitab ?Ihya? ?ulumuddin? yang tidak payah lagi diperkenalkan kepada masyarakat kita, Al-Iman Ghazali membentangkan pelbagai kupasan yang mencerakin keseluruhan aspek hidup manusia dalam konteks membentuk kesempurnaan akhlak yang mulia sebagai persiapan menjalani hidup di dunia dan di akhirat.

Dalam bab-bab yang dibincang dengan panjang lebar, Allah swt. mencela sikap dan perbuatan ?marah, dendam dan dengki?.

Imam Al-Ghazali mentakrifkan ?marah? sebagai sejenis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala yang panas naik kepangkal hati. Dan api itu bersemadi pula didalam lubuk hati hingga berbara. Kemudian diselaputi pula dengan abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi. (re: Bimbingan Mukminin - pada mencari redha rabbu?alamin oleh Imam Ghazali)?.?

Sekarang, bertanya kita, mengapa Dr. Mahathir begitu marah kepada DS Anwar. Dan kini kemarahan beliau telah melimpah kepada orang Melayu Islam, rakyat jelata - malah terhadap umat dunia.

Urutan dari kemarahan beliau yang tidak terbendung itu, maka makin jelas jiwa beliau bersalut ?dendam, hasad dan dengki?. Menerusi sifat-sifat beliau inilah telah banyak orang rosak dan binasa.

Bila diteliti, maka tersua kepada kita betapa hebat, besar dan ganasnya nafsu beliau (Dr. Mahathir) dengan keinginan untuk melindungi ?harta dunia? yang dimiliki, ?kuasa? yang dimonopoli, ?kemewahan? yang dinikmati. Hingga, atas desakan nafsu yang menggelodak dan cemburu yang mendadak; beliau berhasrat untuk berfoya dan berleka-leka dengan permainan dunia ini.

Untuk mengekalkan segalanya, Mahathir makin tegar melakukan rasuah dan melindungi kroni yang melakukan kemungkaran yang sama.

Sifat cemburu yang terbenam dilipatan hatinya pula kian menghantui diri beliau. Akhirnya Dr. Mahathir kehilangan panduan terhadap tangungjawab beliau yang sewajibnya beramanah sebagai pemimpin rakyat dan negeri.

Hari ini, kita makin nampak bahawa beliau sudah tidak lagi berdaya melawan serangan syaitan dan iblis yang sudah bersarang di dalam minda dan sanubarinya. Beliau akan HANYA memilih rakan yang sekongkol dengan beliau dan akan terus menggunakan apa cara untuk melawan sebarang seruan ke arah kebaikan.

Maka dituduhlah semua orang yang cuba menasihati beliau kununnya mereka mentafsirkan ?putih? bagi beliau sebagai ?hitam?. Tetapi beliau tidak insaf bahawa sesungguhnya beliau sudah jauh terpesong dari jalan kebenaran.

Perjuangan rakyat hari ini adalah ?menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman?. Malangnya kepada Dr. Mahathir mentafisrkan kununnya orang berhasrat untuk menumbangkan beliau. Percangghan tafsiran inilah yang menyebabkan Dr. Mahathir diibaratkan bagai ?sampah yang terbuang?. Padahal, jika beliau UNDUR dan turun takhta dengan rela hati, beliau mungkin lebih dihormati dan diberi sanjungan.

Kebelakangan ini makin nampak Dr. Mahathir dan sekongkol beliau lebih memilih bercakap bohong dimana-mana. Malangnya, makin banyak beliau bercakap, makin banyak pembohongan beliau. Memang adat seorang pembohong, ?satu pembohongan harus ditutup dengan sepuluh pembohongan?.

Mungkin kerana inilah rakan ikrab beliau Senior Minister Lee Kuan Yew terpinga-pinga bila Mahathir menafikan beliau tidak tahu menahu DS Anwar dipenjarkan dibawah Akta draconian ISA.

Yang paling mengaibkan satu dunia membaca makumat itu - diketahui sebenarnya Dr. Mahathir sendiri yang menanda tangani dokumen terbabit yang mempurukkan Anwar ke dalam penjara.

Mungkin inilah memberi justifikasi kepada rakyat yang memberi gelaran kepada Dr. Mahathir sebagai ?MahaFIRAUN? dan ?MahaZALIM?. Hemat, seekor unta pasti menolak andainya diberi nama seburuk itu. Tetapi sebaliknya Dr. Mahathir berbangga pula dengannya, seolah satu gelaran itu paling istimewa dan ?glamour?..!!

Maka tidaklah salah rakyat dan pemimpin dunia menyingkirkan Dr. Mahathir dari senarai orang yang diberi penghormatan semasa hidup dan sesudah meninggal dunia (mati).

Nasib engkaulah Mahathir - nasib yang engkau reka cipta sendiri!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)