Laman Webantu   KM2A1: 2654 File Size: 6.0 Kb *



Imbasan Berita
By web aNtu

28/8/2000 7:14 pm Mon


Beberapa peristiwa yg menarik berlaku pada minggu ini - terutamanya selepas
Mahathir mendarat di KLIA selepas menyibuk di SAID2000 di Mozambique. Berikut
adalah sebahagian daripadanya - berserta sedikit komen pendek:


Diktator Tua Tidak Perduli:

Penarikkan jemputan ISNA di saat2 Mahathir memerlukannya menjadi tajuk utama muka depan Harakah Edisi Terkini. Tetapi Mahathir tidak memperdulikannya, malah dia menganggap ISNA terpedaya oleh maklumat satu punca sahaja.

"Mungkin saya kulit tebal", kata Diktator tua ni.

Beliau juga mengungkit hendak melubangkan balik jalanraya dan menarik balik biasiswa ... bab ini sudah pun dikomen dengan begitu baik oleh Pak Haji kita.

Kerajaan hanya menjalankan amanah. Duit buat jalanraya itu bukannya duit mahathir atau kerajaan, tetapi duit rakyat juga. Rakyatlah yg membayar cukai2. Kalau rakyat mogok, jangan harap kerajaan boleh buat duit dan jalan. Kerajaan akan rebah kalau rakyat memulau membayar semua cukai2 dan tol2 yang menyekat jalan.


Yang menarik tidak ada pula wartawan yang bengap2 ini memohon ulasan Mahathir akan Fatwa Syaikh Taha.... Takut kena buang kerja ke??


Tradisi Mendera Rakyat

Sejak membolot kuasa melalui pilihanraya kita lebih banyak mendengar kes dera dari membela rakyat. Ia bermula di Melaka dan kini Daim pula memberi isyarat tidak rasmi bahawa hanya kontraktor pro kerajaan sahaja boleh mendapat kerja.

Sekarang rakyat sudah sukar mendengar ceramah. Akhbar2 alternatif sudah pun dipenjarakan satu persatu. Harakah dibiarkan jarang2 dahulu supaya tercetak sesudu perangkap yang akan digunakan untuk melenyapkannya. Saya bersyukur kerana edisi Harakah yg terbaharu tidak memetik sebarang rencana dari sumber malapetaka itu.


Kes Ecstacy VS Arak

Mengapa dadah ecstacy diburu sebegitu rupa tanpa campur tangan dewata2 umno, tetapi bila orang islam menogak beer, begitu sibuk pula mereka mencerca pegawai JAIS yang berkerja. Adakah dadah ecstacy ini menyebabkan penjualan arak berkurangan? Sewajarnya pembunuhan Madam Lee oleh seorang pemabuk tempoh hari sudah cukup mengajar pemimpin umno betapa teruknya arak menjahanamkan peribadi manusia tetapi kita hairan umno membela sipeminumnya pula.

Saya percaya ecstacy ini dijual selepas mangsanya sudah diberi sebotol dua arak yg "halal" disisi mazhab Hanifi. Ini adalah kerana antara tempat2 arak ini jugalah sarang2 pill2 ini dijual. Selain itu pill seperti ini memang ber"guna" untuk speSIAL branch, kerana boleh buat duit senang2, betul tak abang2 Bukit Aman? Apa lagi bila ada kes2 yang memerlukan tanda tangan dan pengakuan2, sebiji dua pill tentu berguna untuk menghambakan orang.


Laman Web Menjadi Sasaran

Minggu ini juga menyaksikan Lutfi disaman 30 juta oleh Shahidan Kassim manakala Mahathir mengatakan laman reformasi adalah laman fitnah. Kes yg dimaksudkan ialah pekeliling tidak boleh memakai kupiah. Sebagai pemerhati saya berharap Lutfi berhati2 sedikit - lagipun beliau dilapurkan berpegang kepada sumber yg agak rapuh - laman malaysiakini. Sudah ada banyak kes laman malaysiakini menunjukkan kenakalannya.

Laman reformasi - saya harap anda berhati2 kerana jerat sentiasa dipasang oleh musuh, kecuali anda sendiri adalah musuh?? Kita ada banyak artikel2 yg benar dan tepat, mengapa pula perlu berperang dengan yang fakta yg samar2. Jangan lupa ada ramai orang yg berpura2 dalam dunia ini - speSIAL branch ada di mana2, baik atas jalanraya, maupun di alam siber. Anda perlu bersedia memohon maaf sekiranya anda bersalah sebelum anda tidak dimaafkan selama2 nya.


Demam sandiwara:

Kalau dulu perkataan fitnah dan liwat menjadi kekata popular, kini perkataan sandiwara, drama, lakunan pula cukup popular, dan pelbagai pihak gemar menggunakannya, malah ada yang betul2 melakunkan semua!

Persoalannya - apakah askar dan tentera sudah tak ada kerja? Sekurang2 nya pergilah siasat semua stor tentera atau kaji mengapa radar dimatikan secara tiba2 - maklum sajalah, pelbagai tragedi melibatkan jiwa dan tebusan bergema kini. Jangan kita menjadi bahan ketawa dunia pula.


Harga Minyak Naik:

Kini sudah ada desas-desus harga petroleum hendak dinaikkan dan pelbagai tafsiran telah disembur oleh kerajaan sebelum memberikan lampu hijau untuknya. Antaranya ialah ia tidak akan menyebabkan beban kpd pengguna atau kenaikkan harga barang. Ini pandangan yg tidak tepat. Petroleum adalah satu jenis KUASA (Force). Kalau kita belajar sains, kuasa adalah sebab berlakunya perubahan bentuk bahan dan pergerakkan bahan (F=ma). Kebanyakkan kuasa yg kita perolehi hari ini bersumberkan petroleum kerana ia lebih murah dari kuasa2 lain serta mudah disimpan atau dialih (transportable). Semua pakar ekonomi bersetuju, sekiranya harga minyak dunia berubah secara mendadak, akan berlaku pelbagai tindakbalas. Perang Iraq masa lalu menunjukkan betapa sensitifnya pasaran dunia, sampai Malaysia terjejas sama.

Kali terakhir harga petrol nak ialah pada awal 80an. Harga minyak mentah kini ialah US30 setong.


Saham Menurun dan Permintaan Jatuh

Pasaran saham Malaysia asyik menggelosor sahaja musim ini. Gabenor Bank Negara pula muncul di akbar dengan kenyataan pergabungan bank beredar seperti yang dirancang.

Menurut Chan Kong Choy, Timb Menteri Kewangan, semasam berucap di First Asia Pacific Regional Estate Convention, masalah lebihan (oversupply) ruang pejabat dan sektor komersil sudah ketara dan memerlukan tindakan segera.

Sebenarnya ini adalah antara petunjuk bahawa perancangan yang tidak cekap. Kelembapan ini menandakan juga kuasa membeli atau menyewa kurang, yakni dunia perniagaan yang sudah bercelaru dan kecundang. Yang peliknya kerajaan mengatakan ekonomi sudah pulih tapi apa yang berlaku macam banyak bisnes sudah tersembelih. Jangan lupa pembinaan bangunan2 ini memerlukan pinjaman bank!

Sekian N Selamat Berjuang!!