Laman Webantu   KM2A1: 2653 File Size: 2.0 Kb *



Buruk Siku dan Kepala Lutut Mahathir!
By Hj. Mohammad Nor

28/8/2000 6:29 am Mon


Buruk siku ni biasalah kita dengar terutama masa kita kecik-kecik dulu. Teringat
saya dizaman persekolahan dulu bila kawan saya beri sebatang pensil,
kemudian dia mintak balik, alahai buruk siku dia. Tapi terasa agak lama tak
dengar peribahasa yang penuh makna dan sensasi ini sehinggalah membaca NST
semalam yang melaporkan komen dan jawapan Mahathir selepas pulang dari Mozambique.


Mulanya saya ingat Mahathir kalau judi di Mozambique kerana nak suruh kita bayar balik biasiswa yang telah kerajaan beri. Dah itu nak suruh korek jalan-jalan dekat kampung tu, terutama yang kerajaan BN bagi masa nak pancing undi. Ish ish orang tua ni, macam manalah Wak Abu nak bawa kereta Kancil barunya. Tahu-tahu sajalah kereta baru ni bukan boleh jumpa lubang, nak kena elak saja. Lainlah dengan pengantin baru....pantang nampak! Ha..ha..ha..

Apa yang diberi nak disuruh bayar balik, nak korek semula, nak apa lagi hah! Macam ni bukan setakat buruk siku...kepala lutut pun boleh buruk. Tolong bagi tahu sikit dekat orang tua. Saya rasa dia ni nak chelen kita kut, cuba suruh dia bayar balik duit Petronas yang digunakan untuk selamatkan kompeni anaknya.....siapa nama? Mirzan atau Mokhzani...kurang pasti pulak saya. Kalau dia orang tak mahu bayar balik ...elok kita korek saja anak-anak dia tu...mana-mana bahagian yang boleh korek lah. Baru padan muka dia, biar jadi macam jalan tar dekat kampung yang Mahathir suruh korek tu.

Hai sampai bilalah Malaysia ni nak aman sikit dan rakyatnya hidup mewah sikit.
Nak brutal sikit dengan bang...bang...bang...ramai yang tak berani, nak tengok juga Mahathir ni slow dance dan tersungkur ditelan usia. Betul jugalah kata sorang netter tu...yang cet det ni suka lagu menghitung hari nyanyian Kris Diyanti!

Wassallam.