Laman Webantu   KM2A1: 2650 File Size: 4.6 Kb *



Bagaimana Jika Buyung Yg Retak Menanti Belah?
By Amin Sapiro

27/8/2000 11:33 pm Sun

ADUHAI UMNO - BAGAIMANA JIKA BUYUNG YANG RETAK MENANTI BELAH?


SABAN hari regim Mahathir mewar-warkan kununnya ekonomi negara sedang berkembang. Hematnya semua ini adalah satu kebetulan - kerana harga minyak mentah yang terhasil dari perut bumi Malaysia sedang naik harga.

Hematnya, keadaan yang wujud bukanlah hasil dari kehebatan usaha strategis Mahathir-Daim yang menempatkan diri mereka sebagai teraju politik dan kewangan negara.

Dibandingkan dengan peningkatan ekonomi sebenar, tidak nampak situasi yang benar-benar krusial dan popular yang dicapai oleh negara sejak September 1998 dibawah kendalian mereka berdua selepas Anwar. Ekonomi Malaysia masih terpuruk dalam jebakan hutang ratusan bilion - dan simpanan negara makin merosot sedemikian banyak.

Dapat dibayangkan dengan andaian bagaimana seorang yang dulunya gemuk, tapi kini hidup semata-mata mengaharapkan lemak-lemak dicelah-celah lipatan tubuhnya. Andainya PETRONAS tidak ada atau negara kekerinagn sumber minyak, mungkin negara ini akan muflis dengan sekelip mata.

Yang paling nyata, implikasi dari keborosan Mahathir dan perencanaan Daim yang semata-mata mementingkan tembolok mereka untuk memonopoli hak dan menyalahgunakan amanah rakyat, segala pembangunan yang tidak menjana ekonomi makin memamah ke tulang sum-sum ekonomi rakyat.

Bangunan pencakar langit dengan peri kehebatan Mahligai (yang masih dalam hutang) tetapi memberi kemegahan Mahathir sendirian - sudah cukup sebagai contoh betapa borosnya seorang PM yang tidak peduli keringat dan airmata rakyat.

Mahathir dan Daim sengaja mengambil risiko tinggi untuk bersikap berani dan tegas melakukan pelbagai keputusan yang kontroversial di saat-saat populariti regim Mahathir dalam keadaan terjepit ini, kerana semua projek mega itu bermakna ?kocek? mereka dan kroni akan beroleh laba besar.

Jika ada bantahan rakyat, Mahathir akan menggunakan pelbagai bentuk kekerasan untuk mengancam kepimpinan rakyat yang membantah mereka.

Teori Mahathir mudah saja, iaitu majoriti rakyat di desa yang masih terhindar dari maklumat benar tidak pernah peduli dari mana sumber pendapatan negara. Rakyat yang dipupuk dengan propaganda murahan akan merasa puas asalkan perut mereka tidak keroncong dan penuh diisi, hutang rumah teres dapat dibayar dan kereta Proton Saga tidak tertangguh.

Apa yang penting kepada Mahathir-Daim ialah kelompok pemimpin yang terkumpul di dalam Kabinetnya akan terus setia pada komitmen menghormat keputusan mereka berdua. Andainya ada yang membantah, mereka akan dibuang jauh-jauh!

Itu sebab DS Anwar yang cuba membawa perubahandan islah (reformasi) dari dalam telah dipurukkan melalui konspirasi paling jijik dalam sejarah negara. KONSPIRASI itu bukan rahasia lagi. Akhirnya, terbitlah semacam polarisasi politik dalam UMNO yang paling meruncing dan tajam.

Keadaan itulah yang menyebabkan UMNO dan BN telah hangus terbakar dalam pilihanraya November ?99. Tambahan pula, UMNO yang tidak mampu mencerminkan demokrasi kepartian dan pemilahan pucuk pimpinan politik dalam UMNO yang semakin TIDAK telus; telah mencetuskan bibit-bibit ?keporak-perandaan? parti yang makin jelas.

Makin nampak sekarang bahawa pendukung utama UMNO sudah banyak meninggalkan parti. UMNO tidak sanggup lagi membuang ?bad boys? dalam parti. Jika J/K Disiplin parti masih berkeras membuang ahli-ahli yang engkar berpaling tadah, mereka harus menjilid nama berjuta ahli-ahli yang rela suci hati meninggalkan parti?!!

Itu baru sekelumit cerita mengenai proses kehancuran UMNO, vis a vis BN.

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)