Laman Webantu   KM2A1: 2649 File Size: 5.3 Kb *



4E atau 4NE?
By Kubang Pasu

27/8/2000 9:33 pm Sun



Assalamualaikum wr wbth,

Cewahhhh, semakin cerialah sekarang dengan full attendance daripada geng geng lama dahulu. Begitulah adat bertaulan saling rindu merindui di antara satu sama lain. Yang penting biarlah ianya kerana satu tujuan yang sama iaitu mempertahankan akidah yang satu serta mengembalikan HAK HAK Allah pada tempatnya semula, bak kata tv3 "Lawan Tetapppp Lllllllawwaaaaannnnnnnn!"

Tahniah kepada Dr. Mohd. Khir di atas perlantikan sebagai MB Selangor yang baharu dan sesungguhnya dengan jelas membuktikan tiada lagi tokoh tokoh kanan Pertubuhan ajaran sesat UMNO Selangor yang lebih berwibawa dan layak daripadanya hatta "termenang" pilihanraya lalu pun hanya dengan majority 165 undi sahaja (undi rosak pula 248) setelah dibantu oleh PDr.M dan SPR!

Yang teramat kelakarnya ialah "ikrar pengabdian" si politikus hingusan ini terhadap Mahathir iaitu sanggup bermandikan darah demi ketuanan Melayu… khhii hii hii hii.... Aittt, bunyi macam penah dengar sahaja (mandi darah), errr mungkin Selangor dah tak cukup air untuk mandi kerana kesemuanya disalurkan ke Putrajaya untuk mengisikan tasik ciptaan Mahafiraun agaknya. Namun yang pastinya sudahpun terbukti seorang tokoh UMNO yang begitu celupar mulutnya dengan keangkuhan dan sebutan takabbur tersebut akan kecundang sehinanya tidak lama selepas itu. Bukankah Sanusi Mat Jenin juga pernah suatu ketika dahulu sanggup bermandikan darah dengan Sahibulsamahah Dato’ Ishak Baharom kerana ketaatan dan pengabdian Sanusi yang teramatnya terhadap Mahathir. Sanusi akhirnya kehilangan kerusi MB Kedah dan bertukar menjadi polong tak bertuan hingga mengganas di KLIA... BEWARE of SANUSI kelihatan notis di pejabat Sekuriti di KLIA!

Kini mamat hingusan ini pula yang nak melalak tak ketahuan hala, disarankan Cikgu Mat Taib tolong nasihat sikit si mamat ini agar lebih berhati hati di dalam keghairahannya untuk menampilkan imej MB yang baru, takut pula selepas ini bala apa pula yang akan menimpa penghuni mahligai di puncak Bukit Megawati tersebut? Dahulu seorang sudah kena disebabkan wang yang berkilo kilo, lepas itu seorang pula tersungkur kerana membela peminum arak dan "tersilap bilik" atau tersilap ...??? (syyyyyy.. personal dan case closed kata Mahathir!) Kalau si mamat hingusan ini terus melalak bagai anjing sakit, alamatlah seorang lagi pula akan "on the bicycle" sebelum pilihanraya 2004, haru sungguh!

Baguslah kalau Selangor sekarang ini ingin memperkenalkan 4E, tetapi yang paling ketara ialah bercambahnya kegiatan 4NE, jika diperhatikan outlet 4 Nombor Ekor ini cukup membiak di Selangor, kadang kadang itu bersebelahan jalan yang jaraknya tidak sampai pun 100 meter terdapat outlet yang serupa dan kadang kadangnya outlet Magnum, Toto dan Pan-Malaysian Sweep saling berjiranan di antara satu sama lain macam the gambling triangle pulak, amat mengaibkan sungguh kepada negara yang kononnya mengaku mengamalkan Islam! Kepada MB baru ini sukalah diingatkan jangan slogan tinggal slogan sahaja, kerana sudahpun terbukti bertimbun timbun slogan yang diciptakan oleh para pemimpin ajaran sesat UMNO, samada maksudnya yang gila babi, sasau, salah dari segi nahu, atau mengampu tak bertempat, terlalu banyak, namun satu pun tidak dilaksanakan atau realistic langsung, kesemua slogan slogan itu hanyalah sekadar untuk dijadikan iklan di badan badan bas, peraduan jualan runcit atau soalan kuiz TV sahaja!

So, Dr. Mohd. Khir tak payahlah susah susah nak mandi darah, ambillah iktibar, teladan dan precedent daripada MB MB lalu, fikirkanlah berapa budget nak "renovate" mahligai di Bukit Megawati dan nak tinggal di hotel mana, kemudian ikhtiarlah pula bagaimana nak kumpulkan wang berkilo kilo, tetapi jangan berangan angan nak masuk salah bilik sudah le! Masa untuk anda mungkin cuma terhad sehingga tahun 2004 sahaja untuk "Who wants to be a millionaire". Day to day running Kerajaan negeri dan UMNO biarkanlah sahaja Cik Gu Mat Taib itu yang uruskan, elehhh macam orang tak tahu je...!

Dah tu terdengar pulak lagi si mak nyah ketua Pondan UMNO, dalam keadaannya yang entah ketawa ke tersenyum ke menangis ke "ear to ear" dengan tergagap gagapnya pun nak juga mandi darah, berani sangat ke? Nampaknya Pondan UMNO ini nak convert themselves menjadi Kumpulan Boria pula ke? semakin bertambah pula badut dan bapuk yang menari nari gelek di pentas Fun Fair mereka. Satu aksi sumbang yang tidak dipercayai, tidak melucukan dan tidak mendapat simpati rakyat amat meloyakan dan nak termuntah betullah.... uuwwekkkkkk! Rakyat cukup menyampah! Pompuan dara bunting sulung pun tak seloya itu, kan Wak Amin?

Itulah Mahathir, semua ini angkara kurang ajarmu sendiri terhadap Agama suci Islam, pengkhianatan terhadap negara dan kezaliman terhadap rakyat dan DIRIMU sendiri, tunggulah akibat yang seterusnya....

Untuk kesekian kalinya...ingatlah BN, UMNO, PDr.M dan anak bini Mahathir, "it is Mahathir’s HEAD and of HIS LIEUTENANTS’ that we are after.... may not be today, tomorrow or next year, but...ONE day, Insyaallah!"

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD!!!


~Kubang Pasu.