Laman Webantu   KM2A1: 2648 File Size: 6.4 Kb *



Kalau Sudah Meretak Buyong - Air Pun Tercurah Sudah..!!
By Amin Sapiro

27/8/2000 7:35 pm Sun

ADUHAI UMNO/BN ..!! KALAU SUDAH MERETAK BUYUNG - AIR PUN TERCURAH SUDAH..!!


MUNGKIN Dr. Mahathir sengaja mau menunjukkan sikap tegas, kununnya. Dengan itu, seolah-olah sikap beliau itu mampu membukti kepada semua pihak bahawa beliau tidak terjejas dengan sanggahan politik yang menggugat kewibawaannya dari dalam dan luar negeri.

Tetapi, jika dimat-amati hakikat sebenarnya, Mahathir memang cukup sedar dan merasa benar-benar bahawa dirinya sudah terpencil keseorangan. Sudah hilang kawan yang menghormati belaiu.

Perkembangan terakhir membabitkan bantahan dunia dengan jeliran lidah dari pelbagai pihak terhadap beliau. Sekaligus keadaan itu menunjukkan bahawa keterampilan beliau sebagai pemimpin dan kepimpinan beliau dalam parti juga sudah tergugat punah. Mustahil Mahathir tidak sedar! Ahh?!!

Perkembangan terkini yang makin pesimistik dan negatif menyapu bersih populariti Mahathir dalam parti. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa kedudukan beliau dalam parti semakin goyah. Kebencian anggota dan pemimpin partinya sendiri (UMNO/BN), rakyat dan dunia benar-benar sudah makin menggelembung. Segala-galanya tidak lagi menyebelahi beliau!

Walaupun UMNO/BN mempunyai nilai lebih dari pencapaian Pembangkang dalam pemilu November ?99, namun kejayaan BN itu TIDAK mampu membuat perekonomian Malaysia unggul kembali mengatasi ekonomi beberapa negara jiran yang sama dilanda kemelesetan - kesan dari krisis kejatuhan nilai matawang.

Mahathir tidak lagi dapat membohongi rakyat dengan ?cerita hantu dan langsuyar? yang memomokkan rakyat bahawa negara sedang dilanda serangan penyangak matawang atau kolonialis luar yang mencemburui kejayaan Malaysia.

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan melalui KONSPIRASI politik yang didalangi Mahathir-Daim, dengan bantuan aktif Aziz Shamsuddin, dan kemudiannya membabitkan ceritera ?Rasuah dan ugutan? keatas Peguam Negara, Hakim-hakiman dan beberapa anggota tertinggi di Jabatan Polis - sekaligus imej Mahathir makin cacat di mata rakyat banyak dan dunia sejagat.

Kengganan beliau tampil ke mahkamah sebagai saksi ke Anwar, dan dalih Mahathir sendiri cuba mengalih implikasi kenyataan bersumpah Datuk Shafie Yahya di mahkamah yang terang-terang menyebut bagaimana Mahathir sendiri memarahi beliau dari menersukan siasatan perlakuan rasuah Ali Abol Hassan (yang telah menerima ganjaran RM100 ribu) - masih menjadi ?duri dalam daging? yang terugil-ugil dihati rakyat!!

Mahathir tidak terlepas dari kebencian rakyat setelah jelas beliau memperkutak-katikkan undang-undang dan Perlembagaan Negara begitu dahsyat.

Pentadbiran regim Mahathir makin dicemuh rakyat - lebih-lebih lagi apabila Anwar dipenjarakan bersama adik angkatnya (Sukma) tambahan sembilan tahun lagi oleh Hakim yang rasuah dan diugut oleh Mahathir melalui konspirator yang terdidik terang-terang.

Rakyat beranggapan bahawa semua kerja-kerja busuk Mahathir dan konco-konco dalam UMNO/BN makin terbukti sebagai karya semua orang yang terlibat dalam Konspirasi terbabit, semata-mata kepentingan diri.

Dalam momentum yang makin memburukkan keadaan, bertepatanlah Mahathir merasa kecundangan. Dengan pelbagai telahan dari peristiwa yang berlaku dan perkembangan yang kian jelas, ada pihak yang tercium bahawa kejadian dan peristiwa yang berlaku adalah sebagai agenda Mahathir untuk melanjutkan kuasanya.

?Peristiwa Sauk? yang begitu serius, sebalinya telah diejek rakyat banyak sebagai ?Sandiwara?.

Malah, Mahathir sendir merasa amat keciwa apabila rakyat terang-terang mengangap dan menuduh bahawa pertelaghan UMNO dengan sekelompok kaum Cina berthabit ?hak keistimewaan orang Melayu? dalam isu ?tututan 17? yang dibangkitkan oleh David Chua sebagai lanjutan karenah Mahathir selaku ?Budak gembala dengan Serigala?, albeit ?Sandiwara? juga!!

Keadaan selanjutnya makin jelas dibaca apabila Pemuda UMNO membuat satu ?demo? di Putra Jaya dan di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina.

Yang peliknya, ia dilakukan tanpa bantahan dari pihak polis yang wajar melarang demo berbau perkauman seperti itu. Dengan itu, rakyat sudah dapat membaca bahawa demo-demo Pemuda UMNO seolah-olah ada ?orang besar? yang mendalanginya.

Berbanding demo para Reformis yang sering ditebrak dengan pancutan air kuning dan belasahan belantan-cotar (walaupun bertujuan menegakkan hak asasi rakyat), orang makin hairan mengapa regim Mahathir membiarkan saja tanpa sebarang ulasan kasar mencemuh!

Apathlagi, bila seorang berjawatan Menteri Besar membuat kenyataan ?sanggup mandi darah? sebagai ucapan ?inaugral? perlantikan beliau ke jawatan terbaru yang semacam menunjukkan sikap ?wira tak bertempat?. Seluruh rakyat makin berwaspada. Tidak salah orang mengsyaki wujudnya sebuah rencana mega yang ?bukan-bukan? sedang diadigankan.

Persoalannya, apa ini semua akan mampu mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO yang makin melumpuh dan Barisan Nasional yang kian retak (menanti belah?).

Jawapannya ada ditangan anda. Semoga kita diselamatkan Allah swt. dari sebarang kejadian kesan dari ragam seorang sewel yang makin ?gila?..!

(Sambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)