Laman Webantu   KM2A1: 2643 File Size: 6.4 Kb *



Dasar Umno Berkongsi ?Misery? Cuma..!!
By Amin Sapiro

26/8/2000 4:12 pm Sat

DASAR UMNO BERKONGSI ?MISERY? CUMA..!!


Hari ini saya tak sangka mendapat e-mail dari seorang bernick-name ?Wanita Anggun? UKM (jangan marah ya).

Pertama kali saya menerima e-mail seindah itu bahasanya. Tersusun rapi, penuh irama. Rasa macam saya membaca Hikayat Sita Dewi dan Seri Rama pula. Nasib baik bukan cerita si Kitul dan Raja Mandeliar. Mungkin Cik Puan kita tuh dah lupa kesah Sultan Melaka - Hikayat Tun Seri Lanang!!

Kandungan emailnya mudah saja. Tapi falsafah dan argument yg beliau ajukan kepada saya, sampai sekarang saya masih tarik nafas panjang memikirkannya.


Betapa tidak. Beliau bertanya, apakah agenda mereformasikan minda rakyat memadai dengan demo, ceramah dan tulisan di internet saja. Walhal Dr. Mahathir sudah begitu rapi ?pasang kaki?, main ?kuntau? di mahkamah, dengan SPR sudah dibeli murahan, dengan kempen pembohongan melalui media massa arus perdana, gunakan jentera kerajaan dan wang berbilion-bilion mengngkosi Konspirasi..! Ummi Helfida yang begitu murah diupah begitu mahal. Azizan berpunggung lunak dikatakan keras seperti belulang kerbau dijemur. Masihkah reformasi akan berjalan lancar dan berjaya menemui sasaran pd tahun 2004?? - katanya.

Tergamam saya nak menjawab. Kalau ada kawan-kawan seperti Ezam, Chandara dan Tien Chua bantu saya jawab alangkah leganya saya. Mana boleh ?bilis? macam saya mau jadi ?jerung? nak nyeberang lautan dalam. Tengok gelombang pun nyaris-nyaris pengsan.

Saya baru saja terfikir nak menjawab. Saya draf baik-baik supaya bahasa saya tidak terkasar. Mana tau, entah-entah cik puan ?Wanita Anggun? UKM ini adalah cendekiawan yang tak mudah dilawan dengan ?temberang lapok? macam kebiasaan. Entah-entah dia ?Shahrizat? sendiri yang HOT membaca komen saya pagi tadi - mana tau yek?

Saya jawab pendek saja, kata saya: ??..Cik Puan, sila ke FGR dan boleh kita debatkan. Ini soalan berat, bukan hak saya seorang boleh bagi jawapan?.

?Maklumlah?, kata saya, ?Barisan Alternatif nampak memegang prinsip demokrasi. Itu bermakna, ?The sharing of wealth amongst common people?. And that is comparatively alien to UMNO/BN who is proned to ?The sharing of misery amongst the ?have-nots?, whilst wealth and prosperty is to be monopilsed by cronies and those kins of the UMNO/BN leaders?.!!?. (Hehehe?! Saja jolok sikit minda Cik Puan yg super-inteligent itu).

Saya sambung lagik. Gagasan anti Malayan Union yang diwar-warkan Mahathir langsung tak boleh pakai. Itu bukan slogan anti penjajahan. Sebaliknya Mahathir jadikan slogan itu untuk ?MENJUAL Melayu MEMBELI kaum Cina?. Mohd Khir dah macam hyterical sampai nak bermandi darah. Pemuda UMNO tak pasal-pasal buat demo haram, bikin bising macam kelasi lanun ?tongkang karam?.

Sementara itu Mahathir tepuk tangan main gendang ?African Talking Drums?. Bagi signal kat Lee Kuan Yew dengan berkata??I say ma friend? come over! You can witness the sea of change - how stupid the Malays are!! I?ve swerved Malay nationalism into inisiating quarrels among themselves. If anything happens to me, pls house my family in S?pore awaiting their last ditch to Argentina. I have my ranch and some horses there. Pls don't ever extradite them back to Malaysia. I know for certain, no body gives a damn about me, should I die tomorrow. Once Anwar is pardoned, that?s the end of UMNO?s and BN?s cronies?.?.

Saya tanya Cik Puan itu, sejauh mana keyakinan beliau dengan rancangan manusia mengatasi kudrat Allah swt. Hitler pun ada impian seperti Mahathir juga. Begitu juga Caucescue, Reza Pahlavi, Pinocette, Marcos, Soeharto..!! Akhirnya, dunia menyingkirkan mereka.

Seseorang yang berperang dengan rakyat, akhirnya mati dalam buangan. Hari ini pun Mahathir sudah kehilangan sejumlah besar kawan-kawan. Bukti nyata, beliau sudah bermain dengan serigala di zoo negara di hutan Afrika. Mungkin sikit hari lagi, Mahathir akan jadi raja kaum pygmi othentot yang punya bahasa cuma dipinjam oleh Steven Spielsberg untuk bikin suara latar dalam Jurrasic Park!!

Dalam manusia sedang berhadapan dengan tamadun yang berasaskan rasional, Mahathir tidak boleh lagi ?jual temberang? macam tahun 1969. Malay Delima karangan Mahathir sudah ketinggalan zaman. Asian Renaissance menjadi bacaan seluruh Asia pula. Pencerakinan manusia bukan setakat melihat yang nyata saja. Manusia sudah mampu melihat galaxi dan pulsar diangkasa lepas dengan bantuan komputer.

Orang Melayu sudah mampu mengenal diri mereka. Walaupun UMNO mengaku parti itu berasal dari usaha gigih pejuang kemerdekaan, namun bila ia tidak lagi mampu menunjukkan bukti-bukti seumpamanya, soal ?nostalgia dan sentimen? akan hilang dari lubuk hati rakyat jelata. Pastinya, inilah context Reformasi yang sedang berkembang dan makin dihayati orang Melayu generasi masa kini.

Mana mungkin Mahathir mampu membalikkan jarum jam kebelakang. Mahathir sudah hilang upaya. Makin Mahathir lewat undur, makin UMNO/BN akan terpuruk tidak mungkin dapat merobah keterampilan imej yang sudah kikis dan pudar!!

Terserah pilihan itu kepada UMNO. Rakyat sudah tetap dengan pendirian mereka!! Cuma tunggu masa saja!! Insyaallah?.. ! Tahun 2004..!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)