Laman Webantu   KM2A1: 2639 File Size: 4.4 Kb *



Antara KTMB dan SB
By tv3

26/8/2000 3:00 am Sat


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

Mohon maaf kepada Sdr web aNtu, khasnya dan rakan rakan lama am nya, seperti Ummi, Hj Mohd Nor, Panjitengkorak, Sdr Amin aka Samseng Bando, Lela, Tukang Forward, Kubang Pasu, Mulan dll. Sungguh lama telah tidak mengambil bahagian didalam forum kerana kesempitan masa, maklum lah "Ekonomi dah naik!!!" Tetapi kami di tv3 tetap berminat mengikuti FKM dan berasa sungguh bangga dengan bakat bakat "baru" yang kini bergiat aktif.

Dua artikel yang menggiankan tv3 untuk menulis kembali. Yang satu didalam FKM dan satu lagi di dalam Laman Reformasi.

Sdr Ahli UMNO di Atas Pagar Berduri aka Sdr Amin Sapiro telah menceritakan tentang pengalaman nya melalui "Pertemuan Terserempak Membongkar Rahsia". Sebenarnya tiada yang rahsia maka apa yang tak rahsia tak boleh terbongkar! Dengan erti kata lain, itu adalah sudah menjadi pengetahuan umum. Se awal lebih kurang 3 tahun dahulu, hal ini menjadi terang lagi nyata, ia itu apabila RENONG telah mengambil alih pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB). Memang terserlah, tujuan utama Penyamun Agong Negara (PAN) Daim yang meletakkan baruanya Halim Saad untuk mengambil alih KTMB, adalah untuk menyapu bersih segala asset KTMB, khasnya, Tanjung Pagar! Kini apabila missi mereka hampir kesampaian, terdengar pulak bisik bisik bahawa KTMB akan dipulangkan kembali kepada kerajaan diatas alasan, "Tak Viable". Betapa tidak, Che Khalib Md Nor, Pengarah Urusan KTMB yang dilantik oleh RENONG, telah pun belaahh, ke Syarikat Air Johor!…fait accompli!!!!!

Cerita sedemikian memang banyak, dan kebanyakan (kalau tidak kesemuanya) akhirnya memang benar berlaku. Yang kini sedang rancak di implementasikan adalah, meliwat, syarikat gergasi kepunyaan Kerajaan. Sedikit hari dahulu, tv3 ada menulis tentang bagaimana Telekom diliwat, apabila Ketua Eksekutif nya, Mohd Said disepak keluar dan digantikan oleh Dr Mohd Khir. Sasaran seterusnya adalah TEN (kini sedang didalam proses diliwat dengan masuknya Jamaluddin Jarjis (JJ) sebagai Timbalan Pengerusi! Apakah nasib Tajuddin Ali? Sama sama kita tunggu apabila kontraknya tamat pada 31August nanti. Kami di tv3 tetap dengan ramalan kami bahawa selepas TEN, adalah giliran Hassan Merican dan PETRONAS! Malahan, berita yang baru diterima membayangkan bahawa PAN kini sedang menghantui Hassan Merican kerana mahukan projek MNLG II PETRONAS, yang dianggarkan bernilai RM6 billion.

Sebelum kita keepisod kedua, tv3 perasan bahawa kebelakangan ini, boleh dikatakan setiap kali masuk ke FKM, tengkorak memberi amaran, "AWAS BUKIT AMAN ON-LINE". Jadi disebabkan minat mereka kepada forum kita ini, maka ini ada sikit cerita tentang penjilat penjilat yang mereka tabik setiap hari dengan ungkapan, "Tabik TUAN!"

Artikel kedua yang menggiankan tv3 adalah berkenaan Pak Razak (SB No2) yang telah mempelacuri diri sendiri dengan mengambil bahagian didalam satu "taklimat" yang melibatkan BTN dan anak kuncu Pak Lah. Artikel ini saya terbaca di Laman Reformasi dan di tulis oleh "The Saint". Persoalan. Siapakah yang hendak atau boleh membetulkan Pak Razak? Kalau nak diharapkan immediate boss dia, Pak Yusop, jadilah seperti "Ketam yang hendak mengajarkan anak berjalan betul". Nak tahu tentang Pak Yusop ni? Kasutnya harga beribu sepasang (dan bukan sepasang sahaja). Baju dan coatnya harga belasan ribu. Jam tangannya puluhan ribu. Dan cerut yang dihisapnya berharga RM850, saya ulang, RM850 sebatang! Fitnah? Biar kami di tv3 menanggung beban fitnah, jikalau ini adalah fitnah! Jadi, bagaimana kita boleh mengharapkan Pak Yusop membetulkan Pak Razak? Bagaimanakah seorang pegawai Polis hatta IGP sekalipun, boleh hidup semewah ini jikalau tidak RASUAH????

OK, sekian dulu, tv3 terpaksa menarik handbrake. Kalau tidak, banyak lagi akan keluar. Nanti Bukit Puaka marah pulak!!!!!! Apa yang nyata, memang "kacang" bagi ahli politik memperalatkan mereka yang nyata RASUAH! Dan tidak pula menjadi satu kesukaran bagi mereka mereka ini mendapatkan "volunteer" untuk membelasah Tian Chua. Because THE WHOLE LOT OF THEM ARE CORRUPT! Norian Mai berjanji akan menyiasat. Babi siasat Babi? Ingat kes Juara Tinju Rahim Nor?


Lawan Tetap Lllllaawwwaannnnnnnn!