Laman Webantu   KM2A1: 2635 File Size: 1.6 Kb *



Boikot Memboikot Membawa Bahagia!
By Hj. Mohammad Nor

25/8/2000 6:19 pm Fri


Assalamualaikum,

Wak Amin, baik sekali bila pertubuhan antarabangsa memboikot Mahadey ini. Tapi rasa sayalah setakat pertubuhan yang tidak begitu berkepentingan kepada Mahadey sememangnya tak jadi kudis buta. Bagi Mahadey tak apa yang ISNA dapat menyumbang untuk kepentingannya. Itu pendapat saya saja, mungkin boleh dipertikai. Kalau kerajaan Jepun memboikot Mahadey...ha..ha..itu akan memberi tamparan yang hebat, tapi masih belum boleh menjatuhkan Mahadey.

Boikot yang boleh membawa kebahagiaan kepada rakyat Malaysia ialah boikot yang dibuat oleh para pengundi daerah Kubang Pasu. Boikot itulah yang boleh menjatuhkannya. Tapi untuk pemilihan 2004 nanti mahu ke Mahadey bertanding sekali lagi, huh! Masa itu umurnya dah menjangkau 80 tahun, mampu lagi ke dia bertahan, dan sampai bila agaknya. Kalau dia berkeras akan mempertahankan juga kedudukannya sampai tarikh itu, jadi kita jangan berlengah lagi untuk mengubah pendirian para pengundi Kubang Pasu. Jangan kita nanti seminggu lagi masa nak mengundi, dah tu kelam kabut nak edarkan risalah dan pergi dari rumah ke rumah. Ketika itu kalau setakat guna air liur basi tu memang orang Kubang Pasu tak pandang pun, walau pun dengan sebelah mata.

Habis kalau tak mahu tunggu saat dan detik 2004, macam mana nak jatuhkan si mamak itu? Adakah dengan....bang...bang...bang????????


Wasallam!