Laman Webantu   KM2A1: 2634 File Size: 3.9 Kb *



Mampukah Umno Hidup Dlm "Sandiwara Yg Menghina Bangsa?.. ?
By Amin Sapiro

25/8/2000 5:27 pm Fri

MAMPUKAH UMNO HIDUP DALAM ?SANDIWARA YANG MENGHINA BANGSA?..?


KITA merasa amat sedih apabila pemimpin negara kita ditolak oleh pertubuhan Islam antarabangsa seperti ISNA untuk menyertai persidangan bertaraf dunia itu. Kerana dalam Islam, semua penganut ditakrif sebagai ?ummah?, ia bermaksud tidak pilih bulu - keturunan, warna kulit, bangsa, dll. Selagi mereka beraqidah, mereka dianggap saudara seugama.

President ISNA, Muzammil H Siddiqi menjelaskan bahawa penolakan ke atas Dr. Mahathir mengahadiri Persidangan mereka yang sedemikian berprestij adalah atas saranan dan tuntutan persatuan Islam seluruh Amerika Utara yang berjumlah lebih 300 buah. Punca utama adalah bersebab dari keterlibatan Dr. Mahathir yang dilihat secara langsung dan teranbg-terang menganiaya DS Anwar Ibrahim dan umat Islam di Malaysia.

Bukan setakat itu saja yang menganggap Dr. Mahathir ?tidak senonoh?. Malah, beliau turut disisihkan oleh beberapa cendekiawan akademik Universiti Cambridge, London. Mereka spontan menolak jemputan penganjur (biayaan Malaysia) kepada mereka. Seorang penerima anugerah hadian kedamaian Nobel diberitakan mengetuai boikot tersebut.

Ini adalah satu petanda jelas bahawa sikap dan agenda regim yang dikepalai oleh Dr. Mahathir yang yang memerentah negara ini sedemikian berminat melakukan kezaliman dan membunuh bibit-bibit keadilan, menafikan pentadbiran demokratik dan perakuan terhadap hak asasi rakyat di negara ini; telah mendapat kutukan dunia sejagat.

Keadaan yang timbul adalah contoh kesan dari sikap dan karenah sebuah regim yang cuba memisahkan ?Agama dari politik?.

Kita makin hairan, apakah ulamak UMNO masih tidak nampak dan cuba mempelajari hakikat dan kesan akibah yang timbol dari karenah Dr. Mahathir yang begitu ghairah berusaha memisahkan ?Islam dari politik? rakyat.

Sebaliknya mereka seakan-akan merestui pencemaran Islam yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam banyak hal mentadbir negara, hingga rakyat dunia bukan Islam turut mencemuh beliau.

Makin nampak sekarang PAS yang telah jelas berjaya membuka mata rakyat dan dunia makin nampak berwawasan menegakkan keterampilan Islam di mata dunia. Malangnya, Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan rakyat yang berusaha untuk meletakkan negara ini ketahap negara maju - selari dengan tuntutan zaman era siber, globalisasi dan tamaddun dunia yang makin menghayati keagungan Islam.

Jelaslah Barisan Alternatif adalah sebuah parti politik yang berketerampilan dan bersesuaian dengan kemahuan rakyat.

Proses yang berlaku sekarang menjurus kepada satu fokus iaitu ?kemusnahan UMNO dan Barisan Nasional? yang ditadbir oleh sekelompok manusia ?penyangak? yang sanggup melakukan penipuan, pembohongan, maksiat dan dosa besar yang memungkiri janji yang amanahkan rakyat banyak!!

Selagi UMNO dan komponen BN masih memilih Mahathir yang beragenda dengan pelbagai sandiwara menghina bangsa, Rakyat pasti akan mengikis parti ini dari lipatan sejarah!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)