Laman Webantu   KM2A1: 2629 File Size: 2.2 Kb *



Berkata Benarlah Anda, Wahai Pemimpin Umno!
By Amin Sapiro

24/8/2000 11:26 pm Thu

BERKATA BENARLAH ANDA, WAHAI PEMIMPIN UMNO!!


KERAP kali kita membaca membabitkan UMNO, sekerap itu pula kita merasa diri, bangsa dan ugama kita terhina dan diperhina. Kita tidak menyalahkan sesiapa, kecuali sangat kesal dengan keadaan yang sengaja ditimbulkan oleh pemimpin UMNO yang gila mahu berkuasa.

Soalnya, mengapa ia ditimbulkan? Sejak sejarah Melayu zaman silam, kita nampak bahawa fitnah itu lah yang menjadi mainan. Lebih 50 kali Allah swt menyebut perkataan ?fitnah? didalam Al-Quran. Namun hari ini masih ramai yang bermegah menggunakannya semata-mata untuk mendapat ?kesempatan? dunia.

Kepada puak UMNO yang di ketuai oleh Presidennya, kita ingin bertanya: ?Benarkah Anwar melakukan segala-gala perkara yang mengaibkan itu? Berkata benarlah anda - tidakkah benar kalian berKONSPIRASI sesama sendiri bersama Kroni untuk menganiaya beliau??.

Jika benar, baliklah ke pangkal jalan. Jika dengan mengundurkan Mahathir maka orang Melayu Islam dapat semula disatupadukan, lakukanlah segera tanpa ditangguh-tangguhkan. Satu dunia tidak lagi percaya dengan ?drama? yang berlarut-larut hingga maruah bangsa sudah lupus dihanyutkan beliau.

Kita tanya, apakah kerana memelihara seekor ?kerbau yang membawa lumpur? seperti Mahathir ini, orang Melayu sanggup membiar seluruh bangsa habis dipalit-palitkan beliau? Tidakkah mudah dipatahkan saja tanduknya dan heret ia ke kandang penyembelihan untuk menjalani hukuman!!

Kita tahu dengan bukti yang kukuh, jika kita sebagai satu bangsa masih ?teragak-agak? membuat keputusan, kelak satu negara akan jahanam!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)