Laman Webantu   KM2A1: 2620 File Size: 6.1 Kb *



Hak Keistimewaan Orang Melayu Versi Umno Baru(a)
By Amin Sapiro

24/8/2000 2:48 pm Thu

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU VERSI UMNO BARU(A)


ORANG MELAYU wajib membicarakan perihal tajuk ini secara serius. Selama ini Mahathir dan kroninya sedang berencana untuk menipu orang Melayu dengan berusaha memberi makna dan tafsiran mengenainya mengikut versi beliau. Malangnya, ia makin jelas menyimpang dan terkeluar dari apa yang diharapkan oleh orang Melayu pejuang Anti Malayan Union dulunya.

UMNO ?Asal? - sebelum Dr. Mahathir mengambilalih sebagai President parti, memperlihatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangkumi kemudahan pembiayaan pendidikan, peluang pekerjaan, bantuan perniagaan dan perusahaan, hak orang Melayu mempertahankan hak asasi di negara sendiri, peruntukan kedaulatan Raja-raja Melayu melindungi rakyat - selari dengan yang diperakukan Perlembagaan dan undang-undang.

Tetapi selama Dr. Mahathir menerajui UMNO/BN dan selanjutnya pemerentahan negara (selama kurang lebih 18 tahun); apa yang nampak - kesemua itu makin terhakis, dikikis dan dibuang jauh dari kehidupan orang Melayu.

DEB bertukar menjadi Dasar Ekonomi yang di?Baru(a)?kan oleh Mahathir untuk mengisi tembolok rakus rakan kongsi kroni dan nepotisma anak-beranak beliau.

Mahathir lebih mengutamakan rakan kongsi kroni seperti Eric Cheah, Vincent Tan, Tan Pheik Khing, Abdullah Ang, dll. Kerana kesemua mereka ini tidak berpelajaran, mereka tidak ada rasa tanggungjawab sosial. Mereka sanggup dan tidak teragak-agak melakukan apa saja untuk mendapat kekayaan.

Mahathir amat menyayangi dan lebih mempercayai mereka dari orang Melayu yang lebih jujur dan berpelajaran. Kerana, dasar peribadi Mahathir adalah jelas memprcayai bahawa: untuk memperolehi kekayaan, seseorang itu tidak wajar dan tidak perlu jujur, bersih dan berpegang kepada norma-norma akhlak yang terpuji seperti amalan umat Islam.

Dengan itu, Mahathir menggalakkan manipulasi dan rompakan keatas harta rakyat. Mahathir melindungi mereka yang terlibat dalam kemuflisan PERWAJA, Indah Water Consortium, Syarikat Perkapalan ?Mirzan? (sekadar menyebut cuma) dan membiarkan rakyat menanggung hutang puluhan billion. Kerana Mahathir tahu, PETRONAS masih ada untuk dicagarkan.

Maka dengan itu, orang Melayu UMNO yang sah telah dikasi dan dibaruakan, dan kemudiannya telah diperlakukan sebagai ?eunuchs?, tunduk akur mencium najis Mahathir - seorang sepinggan..! Mereka sanggup menjadi pemimpin dungu lagi bebal hingga meredhakan sistem pentadbiran negara semacam diFeudalkan.

Dengan membenarkan segelintir pemimpin UMNO melakukan rasuah, penyelewengan dan maksiat; ditokok dengan dua tiga orang kakitangan awam di jabatan Polis, Kehakiman, Peguam Negara dan BPR, beberapa Ketua agensi rakyat yang diswastakan diberi ganjaran besar - Mahathir sewenangnya mengugut mereka mengikut telunjuk beliau!!

Akhirnya mereka yang terbabit diperangkap dengan mudah, dijadikan abdi dan hamba hingga sanggup melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat banyak yang dahagakan khidmat mereka!!

Sekaligus dengan itu, kemudahan biasiswa pendidikan orang Melayu bertukar menjadi ?pinjaman dan hutang?, peluang pekerjaan cuma setakat menjadi ?minah dan mamat kilang?, kakitangan awan bawahan diperhambakan dengan ganjaran sekadar cukup makan, dan bantuan perniagaan dan perusahaan dibebani ?bunga dan cagaran? yang dibolot oleh jutawan Bank..!!

Soalnya: Mana mungkin UMNO ?Baru(a)? yang sudah menjadi hak milik Mahathir akan memberi orang Melayu hak mempertahankan keistimewaan mereka; jika segala-gala yang diwujudkan cuma menelusur demi kepentingan dasar kronisma dan nepotisma agenda Mahathir semata-mata.

Tanya peneroka FELDA, siapakah yang memiliki tanah mereka yang dipujuk supaya tergadai? Tanya Raja-raja Melayu - sejuhmanakah kedaulatan Baginda melindungi rakyat.

Perhatikan dengan teliti, bahagian manakah dalam Perlembagaan yang melindungi Mahathir hingga seakan-akan beliau berhak memanipulasi undang-undang guna melindungi diri beliau sendiri dari heret ke makhkamah untuk dibicarakan. Adakah?

Tanya orang Melayu yang berdemo di Dataran Merdeka dan di Masjid Negara, apakah mereka punya keistimewaan jika mereka dibelasah dan dihumbankan ke dalam lokap Bkt. Aman?

Tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, apakah ?mata lebam? beliau mencerminkan hak keistimewaan beliau (jangankan sebagai orang Melayu) malah diperakukan sebagai manusia oleh regim Mahathir?

Tidakkah makin jelas sekarang bahawa ?Hak Keistimewaan orang Melayu? tidak ada dalam Perjuangan UMNO Barua(a) ciptaan Mahathir?

Habis, apakah rasionalnya Pemuda UMNO berdemo bergila-gila kununnya memperjuang ?hak keistimewaan orang Melayu?, dan Mohd Khir Toyo pula mendabik dada kununnya sanggup ?bermandi darah? untuk tujuan yang sama. Tidakkah lebih mudah mereka mencabar Mahathir supaya UNDUR saja dari takhta palsu beliau dari berkarenah seperti budak-budak kurang akal?

Aduhai? makin nampak puak UMNO Baru(a) ini sudah jadi sehabis-habis dungu lagi bebal - paling tidak cerdik dengan bertindak bodoh tidak berakal..!!

Harapan orang Melayu cuma satu sekarang: mujur baik ada BARISAN ALTERNATIF sebagai pilihan untuk berusaha mengembalikan hak orang Melayu supaya bebas berpolitik dan mengamalkan agama anutan seperti yang tercatat dalam Perlembagaan. Mereka tidak mahu diganggu-gugat oleh penyangak upahan regim Mahathir yang sedang bermaharajalela (kabarnya hingga ke ruang masjid dan mimbar).

Untuk itu, tahun 2003/4 adalah target terakhir orang Melayu membuat pilihan untuk hidup lebih sejahtera buat generasi yang bakal lahir di abad ini. Penentuan itu ada di tangan orang Melayu hari ini!!

Awasi jangan pula digadaikan percuma kepada petualang UMNO ?Barua?..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)