Laman Webantu   KM2A1: 2619 File Size: 1.8 Kb *



Rokok Pucuk Langkawi Sudah Pupus!
By Hj. Mohammad Nor

24/8/2000 8:22 am Thu


a#salamualaikum,

Ummi apa khabar, memang lama betul saya posting di sini, rasanya masih ramai orang lama di sini. Syabas...kerana masih bergiat!

Berbalik pasal Langkawi ini, padang jarak padang terkukur memang telah bertukar kepada padang arak padang rokok. Pada mula rokok cigeret dijual tanpa cukai dulu, alahai menyumpah betul apek kedai yang dok jual rokok pucuk. Punya lah marah si apek tu, habis dibuangnya rokok pucuk nya ke dalam laut dekat Pekan Kuah tu. Mana tidaknya, simpan pun tak guna. Orang-orang Pulau Langkawi semuanya dah bertukar selera dan setail...hisap rokok cigeret.

Bagi sayalah, apalah nak dibangga sangat dengan kemajuan Pulau Langkawi itu. Orang kampung hidup macam tu juga, malah ada yang makin susah dan menderita apabila Mahadey memperkenalkan budaya baru di sana...semua barang jadi mahal! Pernah harga sekeping roti canai mencecah harga RM3, sapalah yang mampu makan benda Allah itu. Pendek kata serba serbi barang makan jadi mahal, sayur mahal, minyak masak mahal, daging mahal, ikan mahal, apa sajalah. Mana ada restoren yang Mahadey pernah masuk, harga makanan di situ ya rabbi macam nak putus kepala orang yang masuk ke situ, kena sembelih! Yang peniaga ni pandai, dia gantunglah gambar Mahadey sedang makan atau masuk ke restoren itu. Itu lah yang fikir, mana saja tempat Mahadey pijak kakinya, apa saja yang ada di situ jadi mahal. Begitu juga lah dengan KLIA, teh O secawan harga RM6. Teruklah rakyat macam ini. Pak Aji rasa Mahadey ni kena mandi air bunga tahi ayam, bukan apa...untuk buang sial!

Jumpa lagi!