Laman Webantu   KM2A1: 2615 File Size: 12.4 Kb *



Fwd: MGG - Berkecainya Satu Impian CJ/AG
By Marhain Tua

23/8/2000 8:05 pm Wed

MGG59:



BERKECAINYA SATU IMPIAN


(MGG: From Chief Justice-To-Be To Attorney General-That-Was)



Ketua Peguam Negara, Tan Seri Mokhtar Abdullah, sehingga kini, telah kerap disebut-sebut sebagai pengganti Tun Eusoff Chin bagi jawatan Ketua Hakim Negara. Tetapi, tidak lagi. Sebagai seorang bekas hakim mahkamah tinggi, beliau telah terpilih ke jawatan sekarang ini sejak lima tahun yang lalu dengan melangkaui peluang hakim mahkamah rayuan, Tan Sri Lamin Yunos. Mokhtar berumur bawah 55 tahun ketika itu, sedangkan Lamin sudah lebih tua darinya. Pihak kerajaan pula ketika itu tidak mahu menggoncangkan keadaan dengan melantik seseorang yang sudah melampaui umur persaraan. Ketua Hakim Negara di waktu itu ialah Tan Sri Abu Talib Osman. Beliau telah mencadangkan satu nama yang tidak disenangi oleh Lord Presiden (Ketua Hakim Negara) Tun Hamid Omar. Memang Tun Hamid Omar merupakan seorang tokoh yang berpengaruh dalam sistem perundangan ketika itu di sebalik peraturan yang tidak membenarkannya memainkan peranan itu. Tun Hamid telah memilih Tan Sri Mokhtar. Melonjaklah Mokhtar (kini lebih terkenal dengan jolokan Mohtar 'dugong'; mungkin selepas ini diberikan pula jolokan 'Do Gone' -MT-) ke mercu jawatan itu sehinggakan beliau berlagak sakan dengan jawatannya dan pergi bercuti jauh dengan peguam ternama seperti Dato V.K. Lingam.


Percutian dengan rakan seperti inilah yang membuatkan Ketua Hakim Negara memberi ruang kepada V.K Lingam sentiasa menang kesnya di mahkamah, terutama sekali kes-kes yang membabitkan peniaga handalan seperti Tan Sri Vincent Tan. Aksi seperti ini adalah sesuatu yang lumrah sekarang, walaupun ia kerap membuatkan warga perundangan mengerutkan kening mereka. Perkara begini berlaku sehinggalah Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua mula mengeluarkan kata-kata keras yang sinis dan penuh celaan yang memang pedas untuk didengar oleh Ketua hakim Negara dan warga perundangan seluruhnya.


Kemunculan insan ini telah memusnahkan masa cerah yang diidamkan oleh Tan Sri Mohtar. Ia bermula setelah dia menerima satu arahan yang ketat untuk mengawal Dato Seri Anwar di mahkamah agar tidak diberi peluang berhujah. Dato Seri Anwar berjaya berhujah di mahkamah bukan sahaja sekali malahan dua kali. Perkara ini berlaku kerana beliau telah mengambil satu tindakan mudah untuk memecat para peguamnya dan mempertikaikan kesnya sendirian di mahkamah. Inilah peluang yang terbaik untuk menonjolkan kes itu ke arena politik pula. Perdana Menteri naik berang dengan keadaan yang telah terjadi. Sumber yang meyakinkan telah memberitahu saya betapa Tan Sri Mohtar (Do Gone) bukan sahaja terlepas peluang untuk menggantikan Tun Eusoff Chin, malahan beliau hanya akan diberikan tempoh lanjutan selama enam bulan untuk membolehkannya berkemas-kemas untuk memulakan persaraannya.


Anwar telah membuat beberapa kenyataan di mahkamah yang tidak pun dapat dipertikaikan (oleh pihak kerajaan). Mengikut pandangan hakim gopal Sri Ram dalam kes rakyaan MGG Pillai di Mahkamah Rayuan, sebarang kenyataan yang tidak dipertikaikan adalah dianggap sebagai fakta - tentunya dianggap benar.


Ketua hakim Negara tidak pun berupaya melakukan sesuatu untuk mempertikaikan kenyataan Anwar, dulu. Begitu juga halnya dengan Hakim Ariffin Jaka dalam kes s###mi. Beliau telah hilang kesabarannya apabila Dato Seri Anwar memperlekehkannya. Sikap Ariffin itu mencerminkan betapa beliau berada dalam keadaan yang tertekan.


Tun Eusoff Chin telah mencemarkan martabat kehakiman negara kerana dia sendiri telah memperlekehkan jawatan yang dipegangnya. Dia telah bertindak melantik hakim dari kalangan peguam yang mengampunya. Malahan juga mereka yang mampu mengampu Dato V.K. Lingam ketika beliau menjalani latihan sebelum diterima keahliannya sebagai ahli majlis peguam. Dua kes mahkamah yang membabitkan Anwar telah diserahkan untuk dihakimi oleh dua orang yang baru sahaja dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi. Hakim-hakim yang lain yang difikirkan berkemungkinan melakukan tugas yang bertentangan dengan kehendak ketua hakim negara itu telah disisihkan sahaja.


Satu ketika dulu tercetus satu peristiwa bagaimana seorang hakim telah menulis sepucuk surat layang mengenai sistem kehakiman negara. Kesannya telah menyebabkan seorang hakim ditukarkan sehinggakan dia mengalami serangan jantung. Tan Sri Mohtar pula telah menunjukkan kerja-kerja yang penuh kesetiaan (secara membuta-tuli) kepada Perdana Menteri. Dia telah bertungkus lumus menentukan Dato Seri Anwar dihukum walaupun dalam usahanya itu berlaku pelbagai tipu muslihat yang menjijikkan. Kesetiaannya itu tidak meyakinkan perdana menteri. Sekitar satu dekad yang lalu perkara yang sama pernah terjadi kepada seorang ketua pengarang New Straits Times. Seperti juga dalam kes Mohtar, Perdana Menteri telah menyatakan kesetiaannya itu tidak sampai ke tahap 200 persen. Tentu ramai orang yang mengerti sekarang kenapa Ketua Hakim Negara melepaskan tugasnya di mahkamah ketika diminta oleh Anwar berbuat demikian. Kepadanya, penghinaan dalam mahkamah adalah lebih selesa daripada penghinaan yang datang menimpa daripada kemarahan seorang Perdana Menteri. Namun, hakim yang lain tentu telah menarik diri dalam kes seperti itu.


Dalam mana keadaan pun Dato Seri Anwar tidak akan berjaya menuntut keadilan. Perkara ini tidak mungkin berlaku kalau kita ambil kira bencana yang menimpa ke atas Ketua Hakim Negara dan juga para hakim yang menyimpang daripada arahan yang telah dikeluarkan kepada mereka. Kerana itu, apabila Dato Seri Anwar mahukan Perdana Menteri dan beberapa insan lain menghadirkan diri di mahkamah sebagai saksi, pihak pendakwa tidak pun menjalankan tugasnya untuk memanggil mereka. Mahkamah pula secara selamba telah menolak sebarang tindakan untuk melaksanakan permintaan itu. (Nampaknya sikap demikian sudah menjalar kepada anak Mahathir pula: Di satu Arbitration Court minggu lepas, peguam Mokhzani Mahathir telah membuat kenyataan kenapa anak guamnya mesti menghadirkan diri di mahkamah dalam kes yang membabitkan Ganesh Shathevan yang menulis satu artikel mengenai beliau).


Demikianlah halnya, Tan Sri Mohtar (Do Gone) Abdullah terpaksa pergi juga. Tetapi siapakah yang akan menggantikan beliau ? Dalam percaturan sistem naik pangkat, perkhidmatan perundangan negara sebenarnya ketandusan insan yang berkelayakan. Kerana itu seorang hakim mahkamah tinggi telah pun diramalkan mengisi kekosongan itu.


Beberapa perubahan kecil dijangka akan dilakukan. Lanjutan tempoh perkhidmatan yang diberikan kepada Tun Eusoff Chin untuk enam bulan lagi itu telah menyisihkan peluang Tan Sri Lamin yang patut bersara bulan depan. Desas-desus mengatakan betapa Ketua Hakim Negara yang baru merupakan seorang hakim mahkamah persekutuan yang memang dihormati oleh warga kehakiman negara. Demikianlah kisaran berita mengenai sistem perundangan negara kita.



Diterjemahkan oleh -MT-

23 Ogos, 2000




Rencana Asal:

[sangkancil] [MGG] From Chief Justice-To-Be To Attorney-General-That-Was

The Attorney-General, Tan Sri Mohtar Abdullah, was, until recently, widely tipped to succeed Tun Eusoff Chin as chief justice. Not any more. A former High Court judge, he was chosen five years ago over the president of the court of appeal, Tan Sri Lamin Yunos. He was under 55 and Tan Sri Lamin not, and the authorities did not want to upset the civil service applecart by appointing someone beyond retirement age. The then outgoing Attorney-General, Tan Sri Abu Talib Osman, had nominated another, but the former Lord President, Tun Hamid Omar, who remains, despite his indiscretions, a powerful figure behind the scenes on matter concerning the judiciary and the legal service, opted for Tan Sri Mohtar. And Tan Sri Mohtar it was. He quickly immersed himself in the perks of office, going off on holidays with such eminent counsel as Dato' V.K. Lingam -- the holiday company of the chief justice who returns the favour by not allowing him to lose a case -- and eminent business men as Tan Sri Vincent Tan. But such actions, which would raise many a legal eyebrow, is commonplace, or was until He Who Must Be Destroyed At All Cost's excoriating diatribe in court against the chief justice and the judiciary in general.

His two recent appearances in court spelt doom for Tan Sri Mohtar. He was under strict orders not to allow, in any circumstance, Dato' Seri Anwar Ibrtahim to speak in court. He did, not once but twice. By the simple expedient of dispensing with counsel and arguing his own case. This gave him the opportunity to bring the cases against him into the political arena. The Prime Minister is incensed. My sources tell me that not only would Tan Sri Mohtar not succeed Tun Eusoff, he would get only a six-month extension to clear his desk and leave. The Anwar addresses in court, with its damaging a#sertions, none rebutted -- and, in Judge Gopal Sri Ram's words in the M.G.G. Pillai appeal in the Court of Appeal, any a#sertion unrebutted is deemed to be fact -- and therefore true. The chief justice still has not made any attempt to rebut the charges raised. Judge Ariffin Jaka, in the s###my trial, clearly lost his cool when Dato' Seri Anwar coolly ignored him, but it reflects also the tremendous pressures brought upon him.

Tun Eusoff Chin brought the judiciary into bad odour with his narrow interpretation of his office, insisting on appointing as judges those beholden to him -- one indeed was master to Dato' V.K. Lingam during the great man's articleship before his admission to the Malaysian Bar -- and then given high profile cases. The two Anwar trials were presided over by two just-appointed high court judges. The other more traditional judges, unreliable in the chief justice's view since they could give judgements he does not like, were sidelined. In the famous anonymous letter a judge wrote about the judiciary, the chief justice reportedly remarked one judge was shifted out so that he could get a heart attack! Tan Sri Mohtar proved his mettle of total subservience to the Prime Minister by his enthusiasm and call beyond duty to ensure that Dato' Seri Anwar was convicted, even making a mockery, even by Malaysian standards we have come to expect, of the prosecutorial process to ensure that. But he was not, as the Prime Minister told a just dismissed editor-in-chief of the New Straits Times more than a decade ago, 200 per cent loyal. One can at least understand why Tun Eusoff refused to recuse when Dato' Seri Anwar wanted him to: a public humiliation in court was more desirable than what the Prime Minister could have in store for him. Any other judge would have recused.

In these circumstances, Dato' Seri Anwar Ibrahim could not exoect justice. How could he, when the penalties on the Attorney-General and the judges for straying from the executive straight-and-narrow is severe. So, when Dato' Seri Anwar wanted the Prime Minister, and others, as witnesses the prosecution did not call, the courts helpfully rejected every move. (That has rubbed on his sons' too: In the Arbitration Court last week, Dato' Mokhzani Mahathir's counsel could not understand why he should be called even if the hearing stemmed from a news story Mr Ganesh Sahathevan wrote in The Sun had as his main source, the man himself.) But that clearly is not enough. Tan Sri Mohtar must go. And he would soon. Who would succeed him? In the eeny-minie-mynie-moh system of selection, since the judicial and legal service does not have competent people for the job, another High Court judge is tipped. Small changes are in the offing. Tun Eusoff's six-months extension also ruled out Tan Sri Lamin, who retires next month, to succeed him. The new chief justice is a Federal Court judge well regarded in the legal profession and the judiciary. The judicial and legal worm clearly turns.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my