Laman Webantu   KM2A1: 2614 File Size: 2.4 Kb *



Sedikit kenyataan tentang Langkawi.
By Panjitengkorak

23/8/2000 5:44 pm Wed


a#salamualaiikum/Selamat Sejahtera Semua.

Mengikut sedikit fakta yg. ada pada hamba tentang Langkawi ini, adalah tentang pengambil alihan tanah. Ianya telah dilakukan secara besar-besaran oleh the late loh boon siew yang memulakan perniagaan dengan membuka kedai basikal, kemudian mendapat distributership honda dari jepun untuk menjual motosikal jenis itu.Iaitu honda 50cc dan 70 cc. Target market memang di kampung-kampung. Jadi sambil jual motosikal beli tanah juga. Pembelian tanah di Langkawi ini telah berlaku 40 tahun sudah. Kalau tak boleh tukar nama pakai proxy melayu, tak susah. Ini lah hakikat sedih yg. terpaksa kita terima. Memang menjadi "common moves" pada seseorang property speculator atau broker menggembar gembur kan pembangunan pada kawasan tanah yang telah mereka miliki supaya harga nya melambung dan mendapat keuntungan yang besar dari hasil penjualan tersebut. Samada development benar berlaku atau tidak, itu tak penting. Yang penting DUIT nya.
Peringkat kedua ialah dimana kumpulan perompak golongan melayu pula yang mengikut serta. Mereka ini lah yang menonjolkan diri pada mata masyarakat sebagai golongan korporat dan pemimpin.Membeli tanah-tanah tersebut dari pihak pertama tadi, bila rasa tak cukup, mereka gunakan undang-undang untuk merampas dengan sah. Disinilah peranan LADA(Ladi Ada Da1m Angkat) utk pengetahuan bersama DA1m ialah pengerusi LADA) menggunakan akta tanah dan sebagainya untuk menekan pemilik-pemilik tanah diLangkawi.
Sebab itulah bukan saja hotel yang tak laku banyak bersepah di Langkawi tapi juga rumah-rumah rehat(istana hinggap) para kroni yg. dibina dgn.perbelanjaan berjuta-juta ringgit dan most of the time kosong lalu didiami jin-jin Langkawi.
Hamba pernah ke Burau Bay Resort kepunyaan Vincent Tan. Kelihatan tersergam Rumah kayu dua tingkat yang dibina di atas air. Lalu hamba bertanya pada staff housekeeping burau bay kata mereka itu rumah PM(mahazalim). ha ha Itulah dia kalau rakyat Lagkawi mendapat tulang, isi nya mahazalim sendiri yang hentam, dihidang oleh para kroni-kroni nya. Dia(mahazalim)lah ketua segala perompak tanah dilangkawi.

Sekian dulu dari hamba yang hina-wa#salam.