Laman Webantu   KM2A1: 2612 File Size: 7.4 Kb *



Sketsa "Pemandu Kereta" LKY
By web aNtu

23/8/2000 12:02 pm Wed


Tambahan kepada Komentar KTLBELB: Bab 25
(pendapat tambahan saya yg tak seberapa)

Kecewa juga agaknya Mahath1r bila mendapati penonton bukan sahaja tidak bertepuk dan bersorak, tetapi lari pula meninggalkan sebuah sandiwara. Begitulah kiasan nasib si diktator tua - maka dia cuba pula mengemis sorakkan di luar negara pula. Malang tidak berbau - dia dikejutkan pula dgn jemputan yg ditarik balik disaat2 yg dia memerlukannya.

Berikut adalah antara isu2 yg dibincangkan dlm KTLBELB: Bab 25

1- Maksud yg tersirat dengan kedatangan Lee Kuan Yew (LKY)
2- LKY datang dengan kereta - apa rahsianya?
3- LKY datang di saat Mahath1r dikutuk seluruh dunia
4- Mahath1r sebenarnya dirobot oleh tawkey2 cina yg "tak pandai" untuk
5- Pemilihan MB Selangor yg baru.
6- Mahath1r resah kerana perjuangan "merompak" dan menolong suku sakatnya yg tak selesai2 walaupun penjaga wang rakyat (DSAI) sudah di"tibai".
7- LKY ingin melihat sendiri kekuatan pembangkang dan sokongan rakyat.
8- LKY mungkin heran betapa banyaknya kes belasah orang tahanan sedang berjalan.
9- Persepsi LKY terhadap Islam dan PAS.
10- LKY sedar Mahath1r tersepit angkara dirinya sendiri.
11- Mahath1r ditolak oleh ISNA di saat beliau berada di Mozambique. (malu ke?)
12- LKY mahu kepastian sendiri dari Mahath1r?



Artikel kompliment (complimentary article)

Mengikut tradisi dunia persilatan - setiap gerak selalunya ada pem"buka"nya. Setiap buah ada susulannya. Mereka yg sudah masak dalam gelanggang akan dapat mem"baca" corak lawan dari awal, mengambil "kunci" yang sepadan, dan terus bertindak untuk mengirim lawan pulang dalam kesakitan.

Pemergian LKY dengan kereta adalah kunci utama apakah muslihat LKY untuk menapak dibumi yg pernah "satu" tuannya. Maka saya bayangkan diri saya sebagai pemandu kereta LKY kerana pandangan kami hampir serupa walaupun saya mungkin lebih kelihatan asyik memerhati jalanraya dan kereta2 tetapi kami pada hakikatnya memandang objek yang sama dan serupa.

Sketsa "Pemandu Kereta" LKY

Dalam perjalanan yg agak jauh ini, saya tentu memerhati betapa banyaknya "tunjuk
perasaan aman di jalan raya" - yg tidak mampu digoyah oleh pihak berkuasa kerana ia bukan di dataran merdeka, tetapi ia tersemat di cermin2 kereta!. Pelbagai slogan dan mesej2 yg mendalam itu menjelajah ke seluruh negara mampu mengetuk pintu hati sesiapa yg cuba mem"buka" maksud yg tersirat di dlmnya. Mungkin juga majikan saya (yakni LKY) dapat melihat sendiri betapa banyaknya wajah seorang insan yg lebam matanya dicermin2 kereta yg berselisih dgn kereta kami. Kesedaran rakyat rupa2 nya sudah menular keseluruh negara dan lebuhraya. Melalui cermin pemandu, saya sudah melihat tuan saya (LKY) menggerutkan dahinya....

Saya juga tidak lupa bagaimana kami terpaksa menghulur wang kepada "perompak" disepanjang lebuhraya ini sedangkan di negara lain yg jauh lebih mundur kami tidak perlu membayarnya - malah kami diberi "cendermata" kerana memandu dengan sempurna. Tetapi di sini cendermata tersebut hanya tiba di saat pilihanraya cuma... atau kerana ada seorang menteri yang sedang berkempen menaikkan nama.

Saya juga sempat membawa tuan saya ke stadium yg begitu berjasa menaikkan imej negara di sukan komanwel tetapi saya berdukacita kerana ia kelihatan sunyi tanpa pengguna. Duka saya bertambah lagi bila mendapati ia dibina melalui satu proses tukaran harta yg paling tak guna. Bukan itu sahaja, ia rupa2nya hanya layak untuk mengisi acara mendewa2 penyanyi, pelakun2 bersandiwara dan fitnah bermaharaja lela. Sewanya begitu menggila sehingga beberapa institusi atlit negara sendiri memulaukannya.

Menurut rakan derebar yang sebaya dengan saya - tidak sah ke Kuala Lumpur jika tidak ke pusat baru bandaraya - di mana tercegaknya dua struktur berbentuk H walaupun jauh dari ibukota. Kali ini saya sendiri menggerutkan dahi di muka. Mengapa banyak kosong dari yg berisi di dalamnya? Siapa kah yg dapat mendudukinya dan berapa kah bintang prestij yang anda dapat kalau anda mampu menyewanya? Tanah yang kosong dan murah lebih banyak disekitar bandaraya - mengapa pula dibina menara sedangkan permintaan tak seberapa? Tambah pilu lagi bila saya diberitahu Petronas di"paksa" membinanya bagai silapmata yg akhirnya menjadikan seorang jutawan bukan melayu itu mengilai ketawa sepuas-puasnya. Hiasan dalaman - nya usah dicerita, kerana kilang yg membuatnya milik anak diktator tua. Rupa2 nya menara ini bukan lambang majunya negara, tetapi lambang bagaimana harta rakyat sudah kontang dikerjakan olehnya. Petronas sudah mula menawar bon - kerana malu hendak menggunakan istilah hutang!!

Walaupun Singapura tidaklah sejauh mana, apa yg terpancar di media tidak menggambarkan realiti masyarakat yg ada. Dengan menaiki kereta sudah pasti kami akan dapat memeriksa apakah benar bagai di kata atau indah kabar sebagaimana rupa. Sudah pasti kami akan dapat menilai siapa2 yg betul2 menangis merana dan siapa yg mengeluarkan air mata berpura2. Tentunya kami akan dapat menilai apakah mahligai sang dewata di Putra Jaya itu memang benar secebis juta atau ratusan juta. Bagaimana pula dapat kami melupakan rumah2 yg atapnya sudah berlubang tetapi dibakar pula? Atau tasik buatannya lebih mahal dari kos membina rumah2 pangsa? Apabila melihat beberapa model Putra Jaya ikhsan Jabatan Kerja Raya - mengapa Mahath1r memilih model yang paling mahal dan paling bergaya? Itu semua bapak dia punya ke?? Paling melucukan saya ialah apabila rakan saya mengatakan Mahath1r menuduh DSAI membina mahligai untuk keluarga DSAI sendiri semasa perhimpunan AGung UMNO..... tetapi pada ketika yg sama beliau mengatakan kubah hijaunya adalah sentuhannya.!

Tuan saya sudah mahu pulang. Entah apa yg diceritakan olehnya dengan diktator tua itu. Bagi saya LKY adalah seorang yg berjaya - berjaya memajukan Singapura sambil berjaya memencilkan Islam di Singapura secara sentuhan "lembut"nya. Kedatangan ke Kuala Lumpur sebenarnya penuh dengan ada misteri kerana di saat ini Mahath1r memang susah hati - satu persatu orang2 pilihannya jatuh tersungkur penuh hina tanpa diketahui siapa yg membongkarnya. Ketakutannya terserlah bila muka baru dilantik menjadi MB Selangor. Sultan Selangor pula sudah siang2 bagi "amaran" - MB mesti jaga ugama, - jangan permainkan ugama seperti menempelak JAIS dan mufti2 nya. Tapi nampaknya nasihat sultan sudah tidak diterima - awal2 lagi Md Khir mengambil guru lama yg terkenal dengan permainan cari dan sembunyi (hide and seek), baik sembunyi orang dlm kawinnya atau berkilo2 duitnya dalam beg dan keretanya.

Sepanjang perjalanan pulang banyak persoalan meniti di dalam kepala. LKY adalah seorang yang amat berjasa kepada orang cina Singapura tetapi paling tak guna kepada melayu dan Islam di sana. Apakah dengan membuka langkah ke Putra Jaya itu salah satu dari sisa2 jasanya yg belum selesai? Jawapannya sudah ada - ia akan bermula tapi tidak lama. Sakit Mahath1r sudah terlalu ketara, jika LKY membiarkannya, tentu diktator tua itu akan rebah buat selama-lamanya. Jika itu berlaku LKY perlu memastikan sepasti-pastinya siapa yg bakal menguasai jirannya ini supaya negara miliknya tidak terkena percikkannya. LKY datang utk negaranya dan dia mungkin sanggup berbuat apa saja asalkan negaranya tetap menjadi negaranya.