Laman Webantu   KM2A1: 2609 File Size: 5.3 Kb *



The MAN WITH THE ?IRON MASK??!
By Amin Sapiro

22/8/2000 7:41 am Tue

The MAN WITH THE ?IRON MASK??!


Selepas menonton TITANIC dengan kehebatan teknologi HVD dengan sistem sound ?home theatre? di rumah seorang sahabat lama saya, terasa amat kepada saya bahawa dunia teknologi perkomputeran sudah sampai ke satu tahap yang gamat dan amat mengkagumkan.

Yaaahhhh?..Betapa tidak! Mana biasa dulunya kita dapat tengok wayang dalam rumah sendiri cuma dengan memutarkan sumber asas sebesar piring kopi. Hhihihih?!

Dengan skrin terbentang berukuran 4 kaki persegi, saya yang berasal anak orang kampung; memang wajar mengakui masih dungu dengan kecanggihan teknoloji masakini. Saya harus merasakan betapa terkebelakangnya orang-orang seperti saya di bidang ini.

Mungkin sekiranya seniman negara kita - allahyarham P. Ramblee masih ada, dengan segala hormatnya saya akan cadangkan kepada beliau supaya bikin versi baru ?Hang Tuah? untuk diedarkan keseluruh dunia.

Saya kira, kita orang Melayu harus mengulangi pembikinan cerita purba itu kerana saya sungguh tertarik dengan karekter 2 orang dalam episod yang kekal dalam lipatan sejarah bangsa iaitu HANG JEBAT dan PATIH KARMA WIJAYA..!! Hahaha?

Terus-terusan sahabat saya itu bertanya, mengapa saya mahu timbulkan 2 karekter itu, tidak pula Hang Tuah?

Saya jawab dengan tenang dan bersahaja?sambil ketawa, ?Dalam Abad ke-20-an ini, orang Melayu tidak harus mengangkat pegangan si Tuah yang kununnya perkasa dan meletakkan kesetiaan tanpa berbelah bagi dan mebenamkan perwatakan seorang seperti Jebat yang kununnya seorang penderhaka dan menghakis konsep kesetiaan membuta tuli?.

?Habis, bagaimana pula Patih Karma Wijaya?? soal beliau lagi.

?Hahah? kan rata-rata pemimpin UMNO ?Baru? ramai yang mengadaptasi watak beliau. Kan elok didedahkan bagaimana perjalanan sejarah Melaka sudah berbalik semula di abad ini?? jawab saya - masih berlindung-lindung.

Beliau tersentak bila saya berkata demikian. Saya sudah mengagak beliau berkelakuan demikian; kerana beliau yang selama ini mendapat kemudahan sebagai orang kuat UMNO/BN - di rumah beliau yang layak digelar ?mansion?, berderat pula 6 buah kereta mewah dengan 2 orang supir beruniform. Hihihihih?

Saya pula masih tinggal di rumah kampung yang dikelilingi pohon-pohon durian dan rambutan, tidak mungin mendapat kelebihan seumpama itu. Pertama, memang jiwa saya belum dapat merasa tenang jika hidup dalam suasana artifisial yang keterlaluan begitu. Kedua, anak kampung bukan mudah menukar budaya untuk merasa nikmat hidup dalam ?Mahligai? begitu. Mungkin zuriat pendatang haram dari Kerala, seperti Raja Mandeliar yang hidup di alam pura-pura, cocok hidup begitu!! Yeeeaaahhhhh?.!!

Saya masih ingin tepian mandi saya semasa di kampung asal di pinggir danau yang terbentang. Di pagi sepi sebelum Subuh saya akan membawa se bungkah sabun basuh kain cop kapak yang akan dijadikan sabaun mandi dan sekerat sabut kelapa (bukan sponge) untuk menggosok kaki.

Selalu ibu saya sudah lama bangun dan menghangat air yang di ambil dari telega yang digali oleh arwah ayah saya (makluman: ayah saya meninggal waktu saya kecil - saya tidak tahu bagaimana wajahnya) akan menyiapkan kopi panas dengan kueh yang diperbuat dari ubi kayu yang ditabur dengan kelapa kukur dan diserap dengan gula merah. Lepas solat Subuh nantinya, kami akan sarapan.

Saya yang gelojoh kalau sarapan begini kerap bertanya kepada ibu bagaimana sikap dan karekter arwah ayah saya. Jawapannya mudah saja, katanya (saya rumuskan), ?Kalau dia tak setuju jangan bantah, kalau dia setuju dia sanggup melakukannya walaupun mengahdapi 1001 cabaran?.

Saya cuma mengangguk saja. Padahal saya tidak tahu maknanya.

Baru kini saya sedar, bagaimana seorang seperti Pengulu Kg. Cekau sanggup tinggal di Ulu Tembeling walaupun beliau telah mengalami budaya hidup kotaraya.

Mungkin ini akan dapat menjawab soalan yang dipernah saya tanya kepada beliau (Pengulu Kg. Cekau), ?Is he another ?Man With The Iron Mask???.

Leonardo de Caprio pula menjawab, ?Yes I am also acting as the King?s younger brother who has to be brutal for my survival to the throne ?!!? (saya ketawa).

Ummi?.. bagaimana? Will that answer your small question? hehehehe?!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)