Laman Webantu   KM2A1: 2606 File Size: 11.8 Kb *



Fwd MGG: Si Pintar Menjadi MB Selangor (terjemahan)
By Marhain Tua

21/8/2000 11:51 pm Mon

MGG57


SI PINTAR MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR

(A Genius Is Now Menteri Besar of Selangor)




Satu minggu yang lalu, Perdana Menteri pun tentu tidak mampu meng"cam" Dr. Mohamed Khir Toyo, sekiranya dia berdiri di hadapan beliau. Kini, beliau dan dan pemimpin Barisan nasional yang lainnya masih mencari-cari perkataan yang sesuai untuk memuji-muji Dr. Mohammaed Khir kerana memikirkan beliau adalah seorang yang pintar. Lantas dilupakanlah bahawa beliau masih merupakan jagung mentah kerana menjadi ahli Dewan Undangan Negeri untuk pertama kalinya pada November 1999 dan sepatutnya dibiarkan dulu di barisan belakang. Secara tiba-tiba pihak akhbar telah menyedari kehadiran seorang pintar yang bersedia untuk menonjolkan dirinya. Kita diberitahu betapa beliau muncul daripada sebuah daerah yang termiskin. Sekaligus ia memberikan satu tamparan yang hebat kepada Barisan Nasional kerana meminggirkan tempat kelahiran beliau sejak 47 tahun yang lalu. Beliau telah terpilih kerana rekod yang bersih. Dia tidak pun berhutang kepada sesiapa (lagi? -MT-) melainkan kepada insan yang menonjolkan namanya, seorang yang pernah menjadi menteri besar Selangor dan juga merupakan salah seorang naib presiden parti, Tan Sri Mohamad Taib. Segala sanjungan memang tidak terduga, Pegerakan Pemuda UMNO masih lagi terkejut beruk betapa salah seorang ahli jawatankuasa yang dipilih dua bulan dulu kini sudah pun menjadi seorang menteri besar. Namun kelurusannya berpolitik terserlah secara mendadak. Kenyataanya yang pertama setelah menerima lantikan, yang sepatutnya setara dengan keseriusan jawatan yang dipegangnya telah menyerlahkan betapa beliau tidak mampu berpendirian sendiri. Cuma merupakan sebuah patung boneka yang memang ada dalang tidak jauh darinya.


Dalam suasana poltik UMNO Selangor yang berpihak-pihak, dia hanya merupakan satu boneka yagn memang terikat tali pada badannya. Dia akan melangkah masuk satu gua singa yakni, Majlis Exco Negeri Selangor, di mana setiap insan yang menganggotainya, melainakan ahli Cina dan India yang memang sedia menyebelahi pihak bersedia menghantui setiap langkahnya menaikki tangga mercu keunggulan politik dengan penuh irihati. Pemilihannya itu sebenarnya melambangkan betapa bergeloranya keadaan politik Selangor. Dia terpilih selepas orang yang digantikannya itu , Dato' Seri Abu Ha#san Omar telah tersingkir disebabkan skandal seks. Pemilihan Dr. Khir ini menjadi satu alasan tambahan kenapa setiap negeri yang dikuasai oleh Barisan nasional mesti mengolah satu pendekatan yang lebih sesuai dalam pemilihan seorang menteri besar ataupun ketua menteri selain daripada kuasa yang diserahkan kepada seoang perdana menteri. Seseorang menteri besar ataupun ketua menteri kerap ditonjolkan oleh perdana meneri tanpa mengambil kira bantahan orang tempatan, semata-mata sebagai memenuhi budaya feudal politik Melayu dalam UMNO. Tetapi kerana kebiasaannya, kuasa pusat mahukan kesetiana yang membuta-tuli daripada 'ksatrav' (pemerintahan kecil) kenegerian. Pendekatan ini tentu akan menerima tentangannya.


Budaya politik UMNO dan juga Barisan nasional adalah merupakan pengagehan 'durian runtuh'. Perdana menteri telah melantik orang tertentu untuk menganggotai kabinet dan menjadi menteri besar dan ketua menteri apabila dia berusaha untuk memusnahkan bekas anak emas yang kini menjadi musuh ketatnya. Demikianlah dia menghenyak Insan Yang Mesti Dihancurkan Dengan Apa Jua Cara, dengan tuduhan bersabit akhlak yang songsang. Sebaik sahaja hukuman mahkamah yang boleh diperlekehkan dgn menghukum beliau selama sembilan tahun, muncul pula kisah Abu Ha#san Omar. Perdana Menteri pada mulanya mahukan kisah Abu Ha#san dipengapkan sahaja kerana ini kes peribadi. Tetapi, akhbar perdana pun tidak akur dengan arahan itu. Tetapi bukankah kes yang membabitkan Anwar Ibrahim pun boleh digolongkan dalam kategori seperti ini?

Inilah peluang untuk musuh perdana menteri menuntut bela. Kerana itu Dato Abu Ha#san menjadi mangsa mereka yagn pertama. Ketua Menteri Sabah, Dato Seri Osu Sukam sedang dihantui satu skandal seks melibatkan seorang gadis Kadazan berumur 16 tahun daripada Keningau. Dia telah melahirkan seorang anak kecil. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Bedawi telah pun memanggil beliau dan nampaknya beliau terpaksa meletakkan jawatannya pada bulan September.


Tetapi ini merupakan satu cebisan masalah yang menggunung tingginya. Seorang timbalan menteri persekutuan telah berkahwin denan seorang gadis bawah umur - beliau berumur 15 tahun ketika mereka berkahwin dan sudah pun melahirkan seorang bayi. Seorang menteri kabinet pula mempunyai beberapa anak hasil kegiatan ranjangnya. Kebanyakan wanita yang hamil hasil dari ke"miang"an si menteri ini sanggup merahsiakan perhubungan sulit mereka setelah diberi pampasan. Namun salah seorang anak yang baru dilahirkan hasil kegiatannya itu sudah pun menimbulkan banyak masalah. Ini tercetus kerana si ibu bayi tersebut berdegil agar si menteri itu didaftarkan sebagai si bapa dan sikap si ibu muda ini mungkin mencetuskan skandal yang persis Skandal Lord Profumo yang menjatuhkan Kerajaan Konseravatif pimpinan Mac Millan di United Kingdom pada tahun 1960-an dulu. Nampaknya pentadbiran Mahathir akan dihenyak oleh episod ini pula. Mahathir tidak mampu bertindak sebarangan kerana ini akan meminggirkan sokongan terhadapnya. Tetapi dia tidak pula mampu menyepikan perkara ini kerana ia merupakan bom jangka yang mudah diletupkan oleh musuhnya, terutama sekali seorang insan di Penjara sungai Buluh.


Perdana Menteri masih tidak dapat menjangka dari mana pula krisis yang baru akan muncul. Tetapi, kalau dia tidak berusaha menyelesaikan masalah yang ada di tangannya kini, ia akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar lagi.


Dr. Mohammad Khir telah dipilih bukannya kerana beliau cekap, pintar ataupun mempunyai kenalurian politik yang unggul. Dia telah dipilih oleh Mahathir kerana mereka tidak dapat menyungkil sebarang cacat cela darinya. Tentu sekali ini bukannya ciri yang muktamad kenapa dia mesti dipilih sebagai menteri besar. Tetapi begitulah hakikatnya. Inilah yang membuatkan seseorang mudah menimbulkan banyak soalan lagi mengenai perdana menteri ini. Malahan lebih banyak soalan lagi daripada apa yagn pernah dikemukakan oleh Mr Lee Kuan yew pada minggu yang baru berlalu.



Diterjemahkan oleh -MT-
21.8.00



Rencana Asal:

Subject: [MGG] A Genius Is Now Mentri Besar Of Selangor

A week ago, not even the Prime Minister would have recognised Dr Mohamed Khir Toyo if he stood in front of him. Today, he and his National Front leaders, with the mainstream newspapers in tow, could not praise him high enough, believe he is nothing short of a genius. Never mind that he came into the Selangor state a#sembly for the first time in the November 1999 general elections, and consigned to the anonymity awaiting first term state a#semblyman. The newspapers have suddenly discovered a brilliant man who is out to paint the state red. That he comes from the poorest district gives hope, we are told, for the poor, not realising that in one fell swoop, it destroyed the National Front's credibility in ignoring this district in the 47 years it has controlled the state. As it happened, he was chosen to ensure he is clean as a whistle. He owes no political debts, except to the man who found him, the UMNO vice president and former mentri besar, Tan Sri Mohamed Taib. But the praises come unasked: UMNO Youth is tickled pink that one of its executive committee, elected two months ago, is its first mentri besar. His political naivete comes through soon enough. His first statements in office, sufficiently serious in keeping with his high office, shows him not his man but the puppet of a hidden dalang.

For, in the fractious politics of UMNO in Selangor, he is no more than a puppet on a string. He ventures into the lion's den, that is the Selangor executive council, with every man there, barring the Chinese and Indian representatives who would gladly sup with the devil if they can retain their positions, envious or angry or both at his unexpected elevation. His selection is yet one more reason for political to be even more convoluted in the state. He was chosen after his predecessor, Dato' Seri Abu Ha#san Omar, was ousted in a sex scandal. Dr Khir's appointment is one more reason why all National Front controlled states must seek a more efficient method of selecting a mentri besar or chief minister other than by Prime Ministerial fiat. The mentris besar and chief minister are foisted upon the state, often against local opposition, to insist upon the feudal nature of Malay politics in UMNO. But as the federal administration demands total subservience from its state satrapies, this method comes under challenge.

Politics in UMNO and the National Front has become the distribution of spoils. The Prime Minister unnecessarily put cabinet and ministers, chief ministers and mentris besar when he attempted to destroy his chosen successor and now nemesis, He Who Must Be Destroyed At All Cost, with a morals charge. Shortly after his latest conviction of nine years, under dubious court rules, the Abu Ha#san affair came on to the public scene. Even the mainstream newspapes would not accept the Prime Minister's injunction that he should be left in peace, on the curious reason that it was a personal matter. If that was, was not what Dato' Seri Anwar Ibrahim charged also comes within this category? But it provided an occasion for the Prime Minister's political enemies to strike back. Dato' Seri Abu Ha#san was the first casualty. The chief minister of Sabah, Dato' Seri Osu Sukam, is embroiled in a sex scandal, with a child out of wedlock with a 16-year-old Kadazan girl from Keningau. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, has called him in and it now seems he would leave in September.

But this is the tip of the iceberg. A federal deputy minister is married to an underaged girl -- she was 15 at their marriage, have a child of that union, remains a teenage -- while a cabinet minister is reputed to have more than a handful of children out of wedlock. One born recently causes no end of trouble because the lady, suitably bought off with blandishments others took quietly, insisted on putting his name as father. Like the Profuma scandal that felled the Conservative MacMillian administration in the United Kingdom in the 1960s, the Mahathir administration seem consigned that way. He cannot act, for that would alienate much needed support; nor can he ignore it, without timebombs from his opponents, especially the Gentleman from Sungei Buloh. The Prime Minister does not know where his next crisis comes from. But if he does not look into this more closely, he would be in more trouble than he bargained for. Dr Mohamed Khir is selected not because he is competent, or unusually bright, or has sure political instincts. He is selected because they could not find any blemishes into his character. Surely, that is not why he should be appointed mentri besar. But he is. And that raises more questions about the Prime Minister than Mr Lee Kuan Yew spoke of last week.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my