Laman Webantu   KM2A1: 2601 File Size: 18.5 Kb *



Salah Ahli Politik Melayu (Bhg 1 dan 2)
By Hamba Allah

21/8/2000 7:44 pm Mon

Berikut adalah petikan satu wawancara Pak Ungku dengan Mingguan Malaysia.

Tajuk: INI SALAH AHLI POLITIK MELAYU
- Professor Di Raja Ungku Aziz


BAHAGIAN SATU:

Awalkata:

Berikutan diturunkan satu sedutan wawancara Pak Ungku seperti yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 20 Ogos. Sedutan ini memberi penekanan kepada jawapan Pak Ungku sementara soalan wartawan Baharum Mahusin dipendekkan di mana perlu.



MM: Ada pandangan, untuk menggalakkan persaingan, orang Melayu tidak boleh disuap lagi oleh kerajaan?


Ungku Aziz: Orang yang menimbulkan isu ini membangkitkan persaingan antara orang Melayu dengan kaum lain. Persaingan yang wujud dalam dua bidang yang nyata iaitu pendidikan dan ekonomi. Jika tanpa pilih kasih, jika tanpa sabsidi, orang Melayu tidak akan mampu bersaing. Ia bukan persaingan antara helang sama helang. Ia adalah satu persaingan yang benar-benar tidak adil.


MM: Apakah ketidakadilannya?



Pak Ungku; Masyarakat Melayu dihambat kelemahan dan kecacatan. Saya beri contoh bidang perniagaan. Di Malaysia pada hari ini sebenarnya tiada persaingan langsung kerana bidang perniagaan pada umumnya dimonopoli oleh orang China. Cara perniagaan disusun di Malaysia berasaskan monopoli dan rangkaian orang cina. Sejak tahun 1960-an lagi saya menjalankan menjalankan kajian dan mendapati perniagaan di Malaysia dibahagi-bahagikan mengikut suku kaum dan dialek Cina. Dalam susunan ekonomi ini, sesiapa yang tidak mengikut rentak yang telah disrdiakan oleh monopoli cina akan tersingkir atau mengalami tekanan.

Kerana rangkaian ini telah begitu tersusun di dalam monopoli masyarakat Cina, tidak ada ruang untuk orang Melayu masuk berniaga dalam bidang-bidang yang secara tradisi dikuasai oleh peniaga Cina. Apa yang berlaku ini sama seperti tiada persaingan langsung.



MM: Ada setengah orang Melayu berkata berapa lama orang Melayu hendak dibantu. Kata mereka, kalau persaingan dibuat secara terbuka, kedudukan orang Melayu akan lebih baik lagi?

This is bullshit, taik lembu. Saya tak begitu yakin. Secara jujur saya hairan mengapa orang Melayu sendiri hendak merosakkan bangsa Melayu. Semasa saya menyiasat pada tahun 1950-an dan 60-an, keadaan kampung orang Melayu begitu dhaif. Sampai sekarang ia masih berlaku.

Hari ini kalau saudara baca kajian, anak-anak Melayu lebih lemah fizikal mereka berbanding anak-anak bukan Melayu. Ukuran kepala mereka lebih kecil daripada kepala anak Cina, anak-anak Melayu lebih rendah dari segi berat dan ketinggian. Apabila fizikal mereka lebih kecil, apakah yang boleh kita bayangkan. Ia menunjukkan kemiskinan dan kekurangan wang. Kerana kemiskinan banyak orang Melayu tidak dapat memberi makanan berkhasiat kepada anak-anak mereka seperti yang dilakukan oleh orang cina. Apabila saudara tidak dapat memberi makanan berkhasiat kepada anak-anak, bagaimanakah otak mereka hendak berkembang?



MM: Adakah ini menggambarkan bahawa kemewahan dan kekayaan mempengaruhi pencapaian sesebuah kaum?

Pak Ungku: Kemiskinan orang Melayu merupakan kecacatan terbesar mereka. Kerana kemiskinanlah, seluruh kehidupan mereka menjadi cacat. Yang penting ialah apa yang orang Melayu boleh berikan kepada anak-anak semasa anak mereka kecil. Bila seseorang budah sudah berusia 15 tahun, kalau mereka makan 10 biji telur sehari pun itu tidak akan mengubah sangat orang Melayu. Nasib ini bertimpa-timpa. Bila budak Melayu sampai ke universiti, mereka mempunyai beban yang sangat berat kerana kecacatan yang berpunca daripada kemiskinan. Bagaimanakah anda mahu mereka bersaing secara adil?


MM: Apakah (rakyat) memahami pentingnya apa yang Pak Ungku temui?


Pak Ungku: Saya fikir mereka akan faham kerana mereka rasional kecualilah mereka mengambil pendirian di sebaliknya. Faktanya ialah orang Melayu masih ketinggalan jauh walaupun terdapat pengecualian. Pengecualiannya ialah sudah ada orang Melayu tinggal di bandar-banda dan keadaan fizikal mreka telah berubah, sudah besar-besar, sudah tinggi-tinggi, sudah menikmati kehidupan yang lebih baik, mereka hebat, tetapi kumpulan ini adalah minoriti. Untuk membolehkan majoriti orang Melayu memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat, mereka perlu mancapai kedudukan ekonomi yang lebih baik.


MM: Sejauh mana Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai keistimewaan orang Melayu diterjemahkan dalam dasar kerajaan?


Pak Ungku: Dasar-dasar itu merangkumi Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilaksanakan pada tahun 190-an dan 1980-an. Pada pendapat saya sejak tahun 1990-an terjemahan artikel 153 telah kelam kabut dan kabur.


MM: Siapakah yang kaburkan terjemahan dasar itu?


Pak Ungku: Pertama ialah ahli-ahli politik Melayu, dan gejala politik wang yang berlaku menyebabkan mereka lebih memikirkan berapa banyak wang yang mereka dapat daripada memikirkan nasib orang Melayu. Yang kedua ialah ada perubahan dari segi falsafah politik dan dalam soal agama. Masalah pelaksanaan dasar-dasar kekhususnya DEB adalah titik kelemahan utama, ia bukan kelemahan perlembagaan negara.


MM: DEB kelihatan goyah sekarang. Mengapa?


Pak Ungku: Ia goyah kerana dua sebab. Pertama, serangan orang bukan Melayu yang kata cukuplah dengan apa yang telah dilakukan. Kedua, intelektual Melayu yang berperangai seperti kacang lupakan kulit. Cerdik pandai Melayu sendiri yang sudah mula kata bahawa tidak payah lagilah ada dasar membantu orang Melayu Inilah yang terjadi.

Orang in mereka hanya ingat diri sendiri. Mereka tinggal di Bukit Tunku, ada anak yang semua 'overweight', mereka okeylah. Tetapi hidup orang Melayu lain tidak macam mereka ini. Saya minta mereka fikirlah tentang peluang yang kita perlu berikan kepada orang Melayu. Kita cuma perlu berikan mereka peluang secara merata untuk mendapat makanan yang cukup, kesihatan yang baik, pendidikan yang bermutu, dan selepas lima atau 10 tahun kemudian baru kita boleh bercakap tentang persaingan.



MM: Mengikut Pak Ungku, golongan intelektual, orang bijak pandai dan pegawai kerajaan Melayu yang sudah menjadi hebat ini merasakan dasar ekonomi yang membantu orang Melayu tidak perlu sangat lagi. Berapa besar pengaruh mereka dalam pembentukan dasar kerajaan?


Pak Ungku: Mereka berpengaruh kerana mereka berada dalam kerajaan dan berkuasa dalam parti politik. Malangnya jika mereka dalam parti politik, kepala mereka hanya ingat hendap dapat kontrak, hendak dapat jadi orang kenamaan. Dalam tahun-tahun sebelum kegawatan, mereka risau tentang bagaimana hendak mendapat pink form, mereka tidak bimbang tentang latar keterbelakangan orang Melayu. Pada mereka, apa yang saya kata ini teori semata-mata.


MM: Apabila dasar ekonomi yang pro Melayu ini menjadi longgar, kelam kabut dan kabur, siapa yang kita perlu persalahkan?


Pak Ungku: Orang politiklah yang bersalah. Saya tiada keraguan tentang perkara ini.


MM: Pak Ungku tidak takut nayatakan ini?

Paak Ungku: Tidak....Kerana itulah kerja mereka sebagai pemimpin. Mereka ialah orang Melayu yang berkuasa tidak ada orang lain lagi. Kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar semuanya berada di bawah orang politik. Orang politik inilah ang mempunyai kuasa, tidak kira siapa mereka.

Dalam sistem kita orang yang berkuasa dari segi politik yang dilantik menjadi menteri. Mereka bertanggungjawab macam kapten kapal. Jadi apabila berlaku kegoyahan dalam dasar, mereka kena bertanggungjawab.



BAHAGIAN DUA:




MM: Gambaran yang diberikan sekarang ialah orang Melayu sudah boleh berdiri atas kaki sendiri. Adakah ini benar?


Pak Ungku: Itu semua hanya imej. Ia hanya gembar-gembur, ia hanya satu psikologi untuk kata kepada bangsa sendiri bahawa kita O.K. Fakta yang sebenar ialah kalau kita orang Melayu betul-betul okey, mengapakah kita semua bimbang fasal semua ini. Kita ada macam cakap berlapik, dari satu segi kita kata telah okey. Tetapi dalam perlumbaan yang sebenar kita tidak okey kita kalah. Saya seorang nasionalis cara lama. Saya mungkin turun dari kapal angkasa yang salah, tetapi apa yang saya lihat ialah orang Melayu masih keterbelakang dalam peperiksaan baik di sekolah, baik di universiti. Saya sensitif. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku.



MM: Seorang nasionalis seperti Pak Ungku memperjuangkan soal Melayu, pendidikan untuk orang Melayu dan ekonomi orang Melayu yang kerajaan perlu bantu. Kepada orang seperti Pak Ungku apa yang terkandung dalam semangat Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan perlu terjemahkan dalam dasar dan dikuatkuasakan, tetapi saya ada jumpa ramai orang melayu yang menganggap perjuangan ini tidak lagi fashionable?



Pak Ungku: Saya jawab begini. Bila saya jumpa dengan orang yang bertaraf rendah - kerani, setiausaha, ahli koperasii, kaum petani, semuanya bila mereka baca laporan Utusan mengenai isu hak istimewa Malayu, mereka kata mereka sokong Utusan. Orang yang berpangkat besar pula, mereka mungkin sokong secara diam-diam tetapi secara terbuka mereka tidak mahu sokong. Saya tidak pernah paksa orang supaya bersetuju dengan saya. Saya tidak kejar undi, saya tidak kejar kekayaaan, dan ini mungkin satu kebodohan saya sendiri. Dalam memperkatakan mengenai nasib orang Melayu ini, saya kejar apa yang saya fikir benar dan betul untuk membangunkan orang Melayu.


MM: Ada sesetengah pemimpin politik Melayu merasa malu memperjuangkan isu Melayu ini?


Pak Ungku: Itulah sikap mereka. Mereka malu hendak cakap bahawa orang melayu ada banyak cacing kerana kemiskinan. Saya tak malu. Sepupu saya arwah Tun Husein Onn - dia kata saya professor cacing.


Bila dikaji sampel najis anak Melayu di sekolah, bandingkan dengan sampel najis anak India dan anak Cina, yang banyak cacing ialah anak Melayu. Itu kajian pada tahun 60-an. Anak Melayu banyak cacing kerana mereka tidak pakai kasut dan guna tandas atas tanah. Jadi cacing masuk dalam badan, melemahkan mereka dan menyebabkan mereka dapat macam-macam penyakit. Inilah maslaah orang Melayu. Mengapa perlu malu memperkatakannya?


MM: Adakah nanti orang akan kata apa yang Pak Ungku bangkitkan, apayang Utusan timbulkan sebagai fanatik dan penuh dengan sentimen perkauman?


Pak Ungku: Saya ingin bertanya; Sebagai warganegara Malaysia yang taat setia, apakah karakteristik kaum kita akan hilang jika kita menjadi orang yang lebih jujur, bersimpati dan memahami kelemahan kaum lain.


MM: Adakah Pak Ungku menemui bentuk keikhlasan di kalangan pemimpin dalam isu keistimewaan dan usaha mempertingkatkan kehidupan orang Melayu?


Pak Ungku: Saya banyak kawan Cina yang rapat dengan saya. Kalau dengan saya mereka 'tolerate'. Saya bercakap, saya buat 'joke' mereka ketawa, saya pun ketawa. Itu di luar, di dalam hati saya hanya mereka yang tahu. Saya rasa apa yang orang Melayu hendak amat praktikal. Kita bukan hendak mengurangkan apa yang orang cina ada, kita cuma mahu menambah apa yang orang melayu boleh dapat.




MM: Saya bercakap dengan Datuk David Chua. Dia menyatakan kekesalannya kerana dia belajar di Universiti Malaya pada awal tahun 70-an, ambil jurusan Pengajian Melayu, jiwa dia dekat dengan orang Melayu. Bila tiba dalam isu ini, dia kata orang surat khabar silap tafsir pandangannya. Adakah pak Ungku fikir dalam isu ini, orang melayu dan akhbar Melayu silap mentafsir apa yang David Chua cuba sampaikan?


Pak Ungku: Saya ingat tidak silap sebab apabila kenyataan David Chua dalam majalah FEER (Far Eastern Economic Review) keluar, ada seorang pekberita agensi beria a#sociated Press telefon saya. Pemberita itu kata, David Chua buat kenyataan macam ini dalam FEER, apa yang saya fikirkan.

Saya kata saya tidak akan fikir apa-apa sampai saya membaca laporan itu. Saya minta anak menantu saya belikan FEER dan fakskan artikel berkenaan kepada saya. Bila saya dapat baca laporan itu, saya kata pada diri saya, wah 'this man is in trouble'. Walaupun ia pendapat David Chua, saya fikir ia menggambarkan hasrat orang Cina. Semua pemimpin berjuang untuk mencerminkan hasrat para pengikut. Inilah kebenarannya.



MM: Tetapi, parti politik Cina cuba menjauhkan diri daripada kenyataan David Chua?



Pak Ungku: Masyarakat Cina ini saudara kena faham. Apa yang mereka buat adalah simbolik. Kalau saudara tengok opera Cina, apabila seseorang pelakon itu memegang sebatang kayu, ia bukan kayu. Simboliknya ialah dia menaiki kuda. Budaya orang Cina penuh dengan ciri-ciri simbolik dan bagaimana mereka memanipulasikan simbolik itu memberikan mereka fleksibiliti. Dalam kes orang Cina, dalam isu yang positif MCA akan bercakap bagi orang Cina. Tetapi apabila ada isu yang tidak sedap 2,000 persatuan Cina akan bercakap bagi pihak orang Cina. Saya tidak tahu, yang mana satu kontrol yang mana?



MM: Ada orang yang berpendapat bahawa kontrak sosial keistimewaan orang Melayu sudah terlalu lama dan tidak patut diteruskan?


Pak Ungku: Terlalu lama saudara kata? Masa 20 tahun, 40 tahun tidak terlalu lama dalam sejarah. Saudara patut bercakap tentang satu kurun, barulah ia boleh dikatakan terlalu lama. Kontrak yang kita ada di negara ini ialah tertakluk kepada hasil dasar-dasar kita. Keputusan yang kita mahu-mahukan tidak tercapai di bawah dasar-dasar yang dilaksanakan selama ini.


MM: Isu ini jadi sensitif dan ada implikasi politik. Saya fikir kerajaan juga dalam keadaan yang sukar untuk menentukan sikap mereka. Dalam keadaan ini, apakah yang para pemimpin Melayu perlu buat?


Pak Ungku: Perkara pertama yang pemimpin Melayu perlu buat ialah mereka perlu faham dengan jelas masalah orang Melayu. Mereka tidak boleh ada penyelesaian secara superficial bagi menangani masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah monopoli kaum lain dalam perniagaan. Yang paling penting ialah kta mesti faham perbezaan antara imej orang Melayu dan realiti pencapaian orang melayu. Kita jangan buat satu gambar dan kata semua dalam gambar itu hebat-hebat belaka. Tahun 2005 tidak ada kemiskinan lagi. Ini semua 'nonsense'.

Cuba dapatkan gambaran yang sebenar dan kemudian cari jalan yang lebih efektif untuk menyelesaikan masalah orang Melayu. Dalam falsafah Cina, mereka kata di tepi laut ada kerang dan tiram. Kedua-duanya berlawan dan mengepit kerang masing-masing. Tetapi, seorang nelayan yang berjalan dekat situ, dia tengok keang dan tiram itu saling berkepitan dia ambil kedua-duanya balik ke rumah. Dia makan kedua-duanya. Kalau kita orang Melayu bergaduh sesama sendiri, nasib kita akan jadi seperti kerang dan tiram. Lama-lama kedua-duanya mati. Cerita ini adalah simbolik.


MM: Pak Ungku pernah menulis mengenai nasionalisme. Adakah wujud perubahan dalam semangat cintakan bangsa di kalangan orang Melayu?


Pak Ungku: Saya fikir orang Melayu sekarang mereka telah malu untuk mengaku mereka adalah nasionalis. Ini berlaku dalam kumpulan orang yang berpendidikan Barat dan juga dalam kumpulan orang yang berpendidikan Islam. Nasionalisme pada mereka kononnya tidak bagus. Kalau kita lihat hari ini di seluruh dunia orang Jepun sangat kuat dengan nasionalisme mereka, orang di China sangat serius dengan nasionalisme mereka. Mereka sungguh nasionalistik. Di Malaysia apa salahnya kita berpegang dengan semangat ini. Sebagai seorang nasionalis, saya mahu bangsa saya menjadi semakin baik, dan sekurang-kurangnya tidak kurang daripaa pencapaian kaum lain yang termaji di Malaysia.




MM: Perbincangan kita antara lain membawa kepada satu kesimpulan bahawa pendirian pemimpin politik Melayu dalam isu membela nasib Melayu ini telah sedikit goyang. Apa cabaran Pak Ungku kepada mereka?



Pak Ungku: Orang Melayu mesti jelas. Jangan cuba berfikir bahawa masalah kita sudah tidak ada. Masalah orang Melayu sebenarnya banyak dari segi pendidikan, kesihatan dan peluang-peluang ekonomi. Pada umumnya sudah ada bangsa Melayu yang jadi jutawan dan 'bilionaire' . Pencapaian mereka itu bagus, saya tidak menentangnya. Tetapi saya berasa itu satu kumpulan kecil yang cepat lupakan kulit mereka. Masalah orang Melayu sekarang ialah kumpulan ini ingat oleh kerana di sekeliling mereka dia tengok orang Melayu main golf, orang Melayu ada jawatan dalam pejabat, orang Melayu dapat saham, maka orang Melayu sudah berdikari.


Imej ini cuba sebahagian kecil daripada realiti bangsa Melayu. Malangnya, imej inilah yang difikirkan oleh ahli-ahli politik Melayu. Dan kalau pemimpin Melayu membuat ucapan dalam satu-satu majlis, orang Melayu yang duduk bersandar di bawah itu terdiri daripada kumpulan kecil ini. Pemimpin Melayu bercakap, tetapi mereka tidak dengar dengan apa yang orang bawah cakap. 'Feedback' ialah satu benda yang jarang berlaku dalam masyarakat kita.


MM: apa yang Pak Ungku mahu masyarakat Cina fahami?


Pak Ungku: Saya fikir masyarakt Cina perlu memahami bahawa mereka perlu membuka ruang supaya orang melayu, orang cina, orang India dan kaum lain bleh berniaga bersama-sama, dengan orang cina tolong mereka. Sebab itulah yang kita hendak capai menerusi DEB iaitu tidak ada satu kaum yang mnopolikan satu ruang ekonomi. Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, fikirlah sikit keperluan bangsa-bangsa lain seperti Melayu dan India. Pertolongan ini bukan dalam bentuk beri sedekah kepada orang miskin atau orang buta Melayu, tetapi memberi mereka peluang untuk mempertingkatkan ekonomi mereka.



MM: Adakah perlu wujud satu institusi dan perubahan struktur ekonomi baru untuk membantu orang Melayu?


Pak Ungku: Harapan saya sudah sampai masanya untuk kita menghadapi masalah lama dengan cara baru. Masalah orang melayu pada hari ini adalah masalah lama, bukan masalah baru. Saya rasa kalu kita balik semula kepada Dasar Ekonomi baru ubat itu cukup mujarab. Ia telah dibuktikan dengan pencapaian orang melayu pada tahun 70-an dan 80-an dari segi pendidikan, penglibatan dalam bidang ekonomi dan pelajaran.




-TAMAT-