Laman Webantu   KM2A1: 2595 File Size: 5.2 Kb *



Terjemahan: Akhlak Tidak Senonoh Yg Menggugat Pemimpin Negeri Lain Pul
By Marhain Tua

20/8/2000 9:34 am Sun

MGG56



AKHLAK TIDAK SENONOH YANG MENGGUGAT PEMIMPIN NEGERI LAIN PULA (MGG: Private Morals Threaten Yet Another State Leader)



Sikap membuka pintu gerbang yang mendedahkan akhlak songsang sedang menghantui Perdana Menteri kerana dia tidak akan mampu menutup balik pintu itu. Menteri Besar Selangor Dato' Seri Abu Ha#san Omar terpaksa meletakkan jawatannya disebabkan hubungannya dengan adik-ipar beliau yang menghasilkan seorang anak yang kini sudah pun berusia sebelas tahun. Tentu sekali perkara ini menjadi satu isu politik setelah jatuhnya hukuman ke atas Anwar Ibrahim. Cerita seperti yang berlaku ke atas Abu Ha#san memang merupakan makluman umum hampir dua dekad yang lalu. Tetapi, mereka berdiam diri sahaja kerana berpendirian bahawa hal peribadi seseorang itu adalah haknya semata-mata.

Satu ketika dulu seorang ketua menteri menjalinkan hubungan sulit dengan seorang gadis bawah umur. Musuh politiknya tidak mampu menggegarkannya, walaupun dia terpaksa melepaskan jawatan. Keadaan sudah berubah sekarang ini. Satu kempen fitnah yang terancang di mana beberapa artikel disiarkan di sebuah akhabar luar negara yang menyerupai surat layang telah menghenyak Abu Ha#san. Apatah lagi apabila perkara ini diperkokohkan oleh sokongan simbolik yang dilakukan oleh pemegang jawatan yang sama yang telah digantikannya. Yang digantikannya itu tersingkir disebabkan perbuatan membawa keluar wang secara tidak sah.


Inilah yang membuatkan Perdana Menteri gelabah sehinggakan beliau memilih seorang doktor gigi untuk menutup kelompongan yang dicetuskan oleh para penyokong politiknya. Dia terpaksa memilih seorang yang lembut, mudah dilentur dan masih baru dalam dunia politik. Dunia politik UMNO terlau mencelaru sekarang ini sehinggakan tidak seorang pun di antara 11 insan yang dicalonkan boleh dipertimbangkan tanpa mencetuskan masalah yang baru pula. Calon yang paling menonjol terpaksa digugurkan kerana dua orang ahli dewan negeri dan dan seorang ahli parlimen telah membuat ugutan untuk melepaskan kerusi mereka kalau beliau dilantik. Mesti diperingatkan, Dato Abu Ha#san Omar hanya melepaskan jawatan Menteri Besar dan bukannya derusi dewan undangan negeri. Dengan lain perkataan, kesalahannya itu hanya menyangkuti jawatannya sebagai seorang menteri besar dan bukannya sebagai seorang ahli dewan undangan negeri.


Kini, seorang ketua menteri terlibat dengan satu skandal pula. Satu surat layang sedang berkeliaran di negeri itu, membuat tuduhan bahawa si ketua menteri mejalinkan hubungan kelamin dengan seseorang yang berumur 16 tahun hingga menghasilakan seorang bayi. Si ibu muda dan anaknya di'simpan' di sebuah perkampungan yang jauh. Ayah kepada si ibu muda itu telah diberikan pampasan yang lumayan dan sudah tentu dilayan dengan sempurna. Dengan tercetusnya episod Abu Ha#san Omar, sudah timbul kini desakan agar si ketua menteri berkenaan membuat pendirian untuk meletakkan jawatannya. Besar kemungkinannya si ketua menteri ini akan melakukan perkara itu. Seorang pengunjung ke negeri itu telah memberitahu saya betapa beliau telah dimaklumkan akan isi surat layang itu setibanya di situ oleh seoang pegawai tinggi kerajaan. Orang yang tertuduh itu memang berada di pentas politik yang goyang. Dia mungkin mengalami tekanan hebat daripada partinya, seperti yang dialami oleh Abu Ha#san.

Perdana Menteri mesi membuat penilaian semula akan kaedah melantik menteri besar dan juga ketua menteri. Dia harus memberikan kuasa itu kepada majlis undangan negeri untuk melakukannya agar orang yang dilantik itu mendapat kepercayaan dan sokongan para ahli dewan. Perkara ini mungkin menggusarkannya kerana akan munculnya seroang pemimpin yang tidak disenanginya. Setidak-tidaknya pemimpin seperti itu boleh dihormatinya. Sekarang ini disebabkan kuasa memilih itu terletak di tangannya, majlis undangan negeri itu kehilangan wibawa kerana lagak para ketua menteri dan juga menteri besar yang bersikap seorang pengganti maharaja (wizurai). Setiap kali berlkaunya krisis yang melibatkan seorang menteri besar atau pun ketua menteri, ia berlaku disebabkan kuasa yang ada pada perdana menteri untuk membuat lantikan itu. Kaedah ini memang nampak licin selagi dominasi UMNO masih wujud. Tetapi, keadaan sudah berubah kini. Setiap lantikan Perdana Menteri yang tidak disenangi oleh dewan undangan negeri akan menghadapi tentangan. Tidak semestinya perkara ini disebabkan oleh kaum hawa. Kalaulah perkara itu disebabkan oleh seorang wanita, orang yang berkenaan tentu akan dipecat lebih cepat daripada masa yang diambil untuk memikirkan siapa pula yang akan menggantikannya. Apa yang telah berlaku di Selangor tidak semestinya sesuatu yang khusus dan luarbiasa kepada negeri itu sahaja.


Diterjemahkan oleh -MT-