Laman Webantu   KM2A1: 2593 File Size: 5.8 Kb *



Terjemahan - Rompakan Senjata Yg Semakin Pelik
By Marhain Tua

20/8/2000 7:06 am Sun

MGG55




ROMPAKAN SENJATA DI GERIK YANG SEMAKIN PELIK (MGG: The Grik Arms Heist: Curiouser And Curiouser It Becomes)




Rompakan senjata di Gerik semakin pelik, kini. Kementah (Kementerian Pertahanan) telah pun selesai melakukan satu sessi pengiklanan untuk memuatkan 97 laras raifel, 13,000 butir peluru pelbagai kaliber, 180 kotak megesin M016, 5 batang pelancar grened M203, senjata GPMG (General Purpose Mechine Guns), tripod, kotak peluru dan beberapa alata ketenteraan yang laain telah dimuatkan ke atas 3 buah Pajero berkuasa 4 roda. Semuanya itu dilakukan dalam masa 4 minit sahaja. Demikianlah berjayanya usaha pengiklanan itu sehinggakan Dato Najib Tun Razak mampu mempersona Mr. Lee Kuan Yew dengan berita itu seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam satu sidang akhbar pada hari Rabu yang lalu. Empat minit, demikian bangganya beliau mengulanginya. Tetapi, aksi itu dilakukan dis siaang hari setelah menjalani latihan bertubi. Kalaulah Kementah mahu melakukan sesuatu yang meyakinkan ia sepatutunya dilakukan di subuh pagi secara senyap-senyap dan penuh ketangkasannya. Empat minit memang tidak mencukupi. Lainlah kalau 'penjenayah' itu telah melakukan latihan tubi berminggu-minggu seperti yang telah dijalani oleh para anggota tentera yang melakonkan aksi itu di hadapan para wartawan dan juga pegawai Mitsubishi. Apatah lagi dengan keadaan terang benderang di tengahari dan bukannya dengan kecerahan subuh waktu 0530 pagi.


Sessi lakon semula itu adalah sesuatu yang dianggap 'sub-judice'. 29 orang yagn terbabit dalam kes itu sedang menghadapi tuduhan menderhaka terhadap negara. Seaptutnya hanya hakim yang boleh mengarahkan lakonan semula itu secara 'in-situ' (di tempat kejadian). Itupun apabila kes itu sedang dilansungkan. Kes pendakwaan belum pun bermula. Kenapakah kabinet mengarahkan lakonan semula rompakan itu, yang sudah tentu memperlekehkan instituti ketenteraan sahaja? Apakah semua itu untuk menolak pelbagai versi yang akan disebut oleh setiap tertuduh di mahkamah nanti? Pihak berkuasa telah pun merampas sepucuk surat yang telah ditulis oleh salah seorang tertuduh kepada bapanya yang telah memberi kiasan betapa adanya pembabitan pihak yang berkuasa dalam kes ini. Nampaknya, bekas pegawai tentera itu telah diberi arahan untuk melakukan rompakan kepada kem tentera dan juga ibupejabatnya untuk menguji keupayaan keselamatan dan pertahanannya . Segala kelengkapan senjata yang dirompak itu adalah untuk menguji kesedian perang. Gamaknya, itulah yang dilakukan oleh mereka di Bukit Jenalik itu apabila mereka ditahan dan ditangkap dan kemudiannya dituduh kerana menderhaka.


Belum diketahui lagi siapakah (jembalang? -MT-) yang membuat semua itu. Versi pihak kerajaan semakin tipis saban hari. Pada mulanya pihak kerajaan telah mempalitkan isu kumpulan fundamentalis Islam dalam perkara ini. Di waktu yang sama kerajaan menolak satu perdebatan dalam hal ini. Malahan kerajaan tidak berasa senang dengan pendapat yagn bercanggah daripada keputusannya. Apa yang dimahukannya ialah segala yang dinyatakan oleh kerajaan itu adalah semuanya benar. Tetapi, era di mana kerajaan mampu meraih kesetian membuta-tuli daripada rakyat di mana yang hitam itu sebenarnya putih disebabkan itulah yang dikatakan oleh seorang perdana menteri, sudah pun berlalu. Pelbagai soalan telah dikemukan, tetapi tidak ada jawapannya. Menteri berkenaan, tidak membenarkan para jemputan daripada parti pembangkang yang dijemput menyaksikan lakonan semula itu untuk berdebat mengenainya. Kerana itu mereka telah melakukan satu tindakan yang betul untuk tidak menghadirkan diri, walaupun sudah menerima jemputan itu. Inilah yang memelikkan. Seeprti betapa peliknya seorang pemerintah medan tentera yang menuduh pihak pembangkang sebagai golongan yang tidak jujur.

Satu kertas putih kerajaan telah dijanjikan. Tetapi, kabinet dan juga menteri pertahanan berada dalam keadaan kebingungan. Apakah mungkin kertas putih yang akan dibentangkan kepada parlimen itu mampu memberikan penjelasan yang meyakinkan? Tidak mungkin.


Seeprti yang saya tulis pada dua hari yang lalu, Khamis 17 Ogos 00: " Kerajaan semakin gelabah dengan kes itu: Peguam Negara, Tan Sri Mokhar Abdullah, selalunya mewajarkan kenapa dia bertindak untuk mengenakan tuduhan derhaka ke atas yang tertuduh. Di waktu yang sama kita dapat lihat betapa anggota polis bersentuhan tangan dengan para keluarga yang tertuduh, sehingga mencuit hati orang luar betapa mesranya pihak polis dengan kumpulan yang sedang memerangi raja-raja. Impak negatif kalaulah mereka itu (29 kesemuanya)dituduh di bawah Akta Senjatapi, tentu tidak dapat diterima ramai, kerana berkemungkinan ada yang akan dijatuhkan hukuman bunuh. Betapa pun kita melihatnya, pihak kerajaan memang tertekan kini. Yang tertuduh tidak boleh dibebaskan dan tidak pula boleh dihukum gantung. Setiap opsyen akan meminggiri satu bahagian besar masyarakat. Kerana itu ramai pegawai yang gelisah kalau-kalu Mr. Karpal Singh betindak membela beberapa insan yang tertuduh itu." Inilah keadaannya yang memerlukan disiarkan satu kenyataan rasmi kerajaan. Hanya segelintir manusia sahaja yang tidak percayakan rompakan itu pernah berlaku. Memang jelas rompakan itu pernah berlaku, tetapi bukanlah mengikut kaedah yang dibayangkan oleh pihak kerajaan itu.




Diterjemahkan oleh: -MT-

19.8.00