Laman Webantu   KM2A1: 2588 File Size: 8.1 Kb *



MAHATHIR..! Ingat lagu CELINE DEON?.. "EVEN TITANIC CAN SINK"..DONG.
By Amin Sapiro

19/8/2000 10:06 pm Sat

MAHATHIR..! Ingat lagu CELINE DEON?.. ?EVEN TITANIC CAN SINK?..DONG.!


Sebilangkali saya menerima e-mail dari ?Kawan Lamo? saya (sdr. WebAntu), saya anggap tulisannya sebagai sebahagian khazanah.

Pertama, beliau bercakap dengan jujur dan amanah.

Kedua, bukan ramai anak-anak Melayu setinggi beliau ilmu teknis IT mereka.

Ketiga, pemikiran beliau sejajar dengan apa yg tersembunyi dalam ?kepala hotak? saya. Seolah-olah beliau gunakan komputer untuk menganalisis minda penulis!! Heheh? zaman canggih!

Ke-empat ini penting. ?Kawan Lamo? saya ini tidak banyak ragam.

Kalau jumpa tulisan di FGR atau dimana terus disunting dan dimuatkan ke Laman canggihnya.


Baru-baru ini saya menerima email dari beliau bertajuk ?Amin Sapiro Tiruan dll?.

Isk..isk.. berdegup kencang jantung jantung saya. Hihihih?.

Kata beliau. ?Eh Wak - ada orang dah mula nyamor kat FGR. Setakat ini saya check IP dan check gaya penulisannya aje. Kalau malas nak masuk KM2, email aje artikel kat saya, nanti saya pos ke KM2. Ini lebih baik supaya tak terPOS Amin Sapiro tiruan... ?

Hehehe?. WebAntu boleh setangkas seorang ?hacker?..!! Saya jawab disini saja. Biarkan mereka nyamor jadi ?amin sapiro?. Mereka tidak tahu ?amin sapiro? orang ?buruan?. Nanti kerana ghairah menyamar mahu jadi ?Amin Sapiro? konon, Mahathir tanggap langsung diISAkan, baru muka dia ?Padan?. Geng Rahim Nor (Musa Ha#san) belasah dia dalam lokap Bkt. Aman?hehehe? jangan salahkan saya kalau ?mata lebam?. KAH! KAH! KAH! Saya selamat, si penyamar habis ?kena telanjang bogelkan?. Silap haribulan kamu dituduh ?mens###mi? Azizan. Kena 6 tahun, dengan 4 sebatan? tahankah badan? Hehehe..

Kepada ?kawan lamo? saya sdr. WebAntu, saya cuma katakan..?Biarkan! Biarkan!! Apa si penyamar itu mahu lakukan. Bila SIAL dapat trace-back IP si Baruah itu..Fuhhhh? kita tepuk tangan!!?.

Sdr. WebAntu sempat bertanya kepada saya, katanya, ?Bila wak nak "datang" Selangor - saya rasa Selangor banyak kes menarik sebab tak ada calun UMNO yg layak jadi MB kerana semua ada kes SIAL. Mungkin boleh buat beberapa dialog2 menarik kerana ada banyak tempat dan episod menarik di Selangor:

1) Bukit Melawati - banyak meriam zaman dulu -apa sejarahnya? 2) Tradisi mendera rakyat warisan MB UMNO - rahsuah N jenayah seks 3) Rumah Abu Hasan yg tak siap2 walau direnovate - baik rumah yg berbatu, maupun rumah bermadu
4) Bala pecat mufti dan bela ratu serta pemabuk the Ship? 5) Dialog minum teh dan makan sup di Taman Melewar? 6) Dialog polis sekat jalan kat Taman Melewar?

Hhihihih?ketawa manjang saya membaca e-mail beliau.

Memang betul tu tuan. Meriam Bukit Melawati - memang banyak sejarahnya. Seingat saya, ada kubur Kesultanan Selangir berpagar besi. Sebelahnya banyak monyet-monyet bersidai-sidaian menunggu pelawat menabur kacang goreng. Analoginya, begitulah pemimpin UMNO Selangor zaman Mahathir?.?bagai monyet-monyet bersidai-sidaian menunggu Mahathir menabur kacang goreng..?!! Hihihih?

Yang kedua: ?Tradisi mendera rakyat warisan MB UMNO - rahsuah dan jenayah seks?. Opppsss? yahhhhh?. Selagi BA belum ambil-alih Selangor, pasti rakyat Selangor akan terus parah! Rahsuah dan jenayah seks itu sudah jadi budaya UMNO. Dari Perlis hingga ke Johor, termasuk Sarawak dan Sabah. kecuali Kelantan dan Ganu?. boleh kita tanya Shahidan Ka#sim yang acakp ke Hadyai, ?Siapa MB dan wakil rakyat UMNO yang ?membeli-belah? di sempadan Siam??. Hehehe?.

Masing-masing pasti singgah di Kangar atau Cangloon?atau Bkt Kayu Hitam. Pura-pura kunun jadi pelancung berpeleseran. Sebenarnya mereka sedang ?mengasah parang? untuk berjuang bila masuk ke sempadan Siam!

Sebut pasal ?Rumah Abu Hasan yg tak siap2 walau direnovate?, saya kira sebab tak siap kerana RM5,0 juta itu terlalu sedikit. Dibawah pemerintahan UMNO/BN RM10 juta itu sedikit. Komisyen sana, komisyen sini? sudah lebih 50% dari budget. Yang lain dipohon pula peruntukan tambahan di luarjangka. Tak cukup lagi, buat ?virement?. Begitu begini, renovation kesemua jadi RM10 million!!

Yang pasti, dengan RM15 juta boleh bina berapa puluh rumah murah untuk setenggan miskin? Ah?. Masakan rumah MB harus dibadningkan dengan setenggan. Mereka orang kerdil??not important?..!! Cuma mereka berguna waktu nak election. Itu kan Dasar UMNO dan BN?

WebAntu sentuh sikit pasal ?Bala pecat mufti dan bela ratu serta pemabuk the Ship..!?. Saya teringat nasib Abu Ha#san. Bala dari kedua kesilapan yang beliau lakukan itu telah terbayar serba sedikit. Cerita Abu Ha#san ?berasmara? dengan adik ipar telah terbongkar. Bukan BA yang bongkar. UMNO juga yang masukkan surat layang dalam tiap-tiap beg perwakilan yang menyertai Perhimpunan. Memang dalam UMNO banyak ?jembalang jadi-jadian?.

Mahathir pun dah kata sebagai peringatan, ?In politics, trust no one except yourself?. Di sini Tok Uban melakukan kesilapan. He seemed to trust so much si mualaf MCA Abu Ha#san ?Tan?. Tok Uban ingat kes boleh selesai dengan story ?Cina Buta?. Rupa-rupanya Tok Uban ?kalah tender..!? Hihihih?..!!

Memang seronok kalau saya membaca email ?kawan lamo? saya ini. Banyak gossip yang nampak macam rengan-rengan saja, tapi sebenarnya ?absolutely releven?. Baru-baru ini dia kata ?Dialog minum teh dan makan sup di Taman Melewar! Dialog polis sekat jalan kat Taman Melewar!?.

Ufffff? !! Saya kepingin sangat datang ke KL. Kalau boleh nak cuba makan sup di Taman Melewar sambil mendengar dialog polis sekat jalan kat Taman Melewar! Sup di Taman Melewar sudah terdengar keistimewaan harum aroma nya hingga ke Tenggara.

Satu soalan saya mau tanya kepada FRU yang sekat jalan kat Taman Melewar itu, ?Kalau anda sekat jalan ke sana hingga orang tidak datang, jika penjual sup itu ibu-bapak anda untuk menanggung ongkos belanja adik-adik yang ramai, adakah wang gaji anda sebagai FRU yang sekelumit cukup makan itu akan ditambah oleh Mahathir?

Kita harap penyokong UMNO tolong fikir dan fikir!! Jangan taksub sangat dengan Perdana Mahathir UMNO yang mirip karenah ?Pak Pandir?. Ibu-bapak anda menangis mengeluarkan air mata. Mahathir menangis? dibelakang Sri Pentas TV3, beliau KETAWA berdekah-dekah!!

Betul juga kata ?kawan lamo? saya, ?Nampaknya sasaran kita dah mengena. UMNO demam sekarang ni - Kes MB Selangor itu bergegar kerana puak2 UMNO sendiri dah sedar. Mungkin dah lompat pagar??.

Saya jawab sikit saja, ?Bukan pagar sebarang pagar, Pagar Berduri menyangkut hati??. Saya terus mendendangkan lagu Celine Deon?.. ?Even TITANIC can sink?..! semata-mata kerana ketulan airbatu yang mudah cair!

Hihihihih?!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)