Laman Webantu   KM2A1: 2587 File Size: 8.5 Kb *



"Terima Kasih Dr M!!? - Ucapan UMNO S'gor! Hehehehe?!
By Amin Sapiro

19/8/2000 7:40 pm Sat

?TERIMA KASIH DR. MAHATHIR!!? - UCAPAN UMNO SELANGOR! Hehehehe?!


TELEFON di atas dash-board kereta saya berdengit!! Saya kirakan satu lagi ?jemputan majlis kenduri kawin?. Dalam perjalan pulang pun ada jemputan?

Memang sudah jadi fesyen orang sekarang. Zaman serba canggih, jemput kenduri pun dengan telefon. Udah itu disusul dengan E-Mail. Kemudian baru kartu warna merah datang. Itu pun lepas balik dari kenduri kawin berkenaan. Ini semua disebabkan ketidakcekapan Pejabat Pos setelah diswastakan!! Alahai..Mahathir! Mahathir!! Angan-angan mu cuma bayangan!

Suara dihujung sana memberi salam. Salam bersambut - kata bersahutan. Berkata rakan yang saya kenal disana?..

?Telahan Wak, kurang tepat, sih..dong!? kata si Mamat dihujung sana. Bila distressnya perkataan ?sih..dong?, saya tahu siapa dianya.

Lantas saya jawap, ?Nopo..!!? sahut saya dalam loghat asal saya (Jowo Mantaram, keturunan Ponorogo, yo. Samseng banget, toh! Pantang dicabar. KAH! KAH!).

?Dr. Mohamad Khir Toyo - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, Tanjung Karang?? jawapnya tenang.

?OH! Ya? Jarangkali terdengar nama itu, yo?? Sahut saya. ?Hihihihih?!? si Mamat dihujung sana ketawa.

Belum sempat dia habis ketawa, saya mencelah, ?Nggak apa-apa. Gimana performancenya ?99?? sampuk saya.

Pantas beliau menjawab, ?Mampu menewaskan calon Pas, Mohd. Fadzin Taslimin dengan kemenangan tipis 165 undi cuma. Dia mendapat 4,243 undi berbanding pencabarnya, 4,078 undi?.? jawapnya bagai hafal semua butir-butir. Suaranya geli-geman. Mendengar beliau terkikih-kikih, saya tanya?

?Habis, nama-nama yang disebut-sebut yang kalian usulkan gimana? Tuh.. kawan-kawan lama kita Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, Exco Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Dahlan, Datuk Mohd. Shariff Jajang dan Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, tak layakkah?? saya tanya lagi.

?Eh?..Wak!! Kalau Wak jadi PM tentu itulah pilihan. Silapnya, PM itu Mahathir, kan?!!? jawapnya ketawa.

?Cuba Wak fikir! Selain itu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga disebut-sebut pada saat-saat akhir ?. seperti Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Ahmad Kuris Mohd. Nor (Beranang), Datuk Mohd. Satim Diman (Puchong) dan Datuk Salamon Selamat (Batu Tiga). Nampaknya semua tak layak?? sambungnya.

?Eh! Kalau itu pun nggak layak jugak, habis Exco berjawatan itu ?biawak liar? kaaa..?? serius saya. Kawan dihujung sana ketawa. Terbahak-bahak saya dengar. Ketawanya memanjang, hingga perlu saya ?stop? dengan ?mendehem??!!

?Sorry Wak. Biadap saya?. Ketawanya terhenti.

?Kan bagus tuh? Makna kata, tahun 2003/4 Selangor akan jadi milik BA. Alhamdulillah?syukurkan saja. Allah sudah menggerakkan hati Mahathir untuk memberi peluang kepada kita ?meggasak-gempur? Selangor habis-habisan! Jangan lupa, gerakkan UMNO di peringkat Bahagian? Ikut Plan ?A?. Bertemu cepat dgn Ha#san Ali, Ismail Kamus, Ezam, Azmin Ali? dan..dan? Olah tindakan seperti di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan!!? saya anjurkan seperti biasa.

?Minggu depan Wak. Kami akan hantar rombongan ke Taman Melewar. Tarikh dan masa belum tetap. Tapi pasti Wak?!? jawapnya. Kemudian dia letak gagang setelah memberi salam.

Termenung saya keseorangan. Masih dalam perjalanan. Nampak betul sekarang Mahathir cukup takut dengan Mohd. Taib. Team Wawasan Anwar mahu dibunuh terus. Kalau Mohamad Khir pilihan Mahathir, bermakna beliau mahu mengangkat ?barisan pelapis?. Strategi itu dikira baik. Malangnya, yang dipiih itu salah orang.

Saya berhenti disebuah warung. Saya hubungi kawan lain di Selangor. Isterinya menjawab, suaminya pergi mesyuarat tergempar. Saya hubungi beliau. Mujur! Beliau baru selesai.

Kata beliau, ?WAK! Kami baru selesai Mesyuarat tergempar, Wak.?

Saya sahut..?Bikin apa mesyuarat ?tergempar?? Lebih baik ?Mesyuarat MENGGEMPUR?, kan??.

Dia ketawa. Katanya, ?UMNO Selangor udah rusak, Wak..!! Macam tongkang dirompak lanun-lanun banyak!? katanya.

Spontan saya menjawab, ?Kenapa??

?Mahathir udah menunjukkan kelemahannya. Kesinambungan kepimpinan UMNO Selangor patah kandar.. Mahathir menafikan suara ramai. Demokrasi dalam UMNO Selangor udah hancur berkecai?..? jawabnya.

?Habis, mau bikin macamana? Kan kalian jugak yang bagi Mahathir prerogatif dulunya. Kalau Mahathir jadi ?komunis? pun, kalian sanggup terima sebagai Presiden UMNO!!? jawab saya marah sedikit. Kesal.

?Ini semua Tok Uban punya angkara, Wak! Mahathir dimaklumkannya, nama-nama bertiga yang kami submit itu kununnya adalah penyokong Mohd Taib. Musuhnya..! Kalau diberi peluang salah seorang dari mereka, sampai masa Mahathir kena guling pastinya..!!? ujar beliau. Sengkat aja bebelnya. Saya geleng kepala.

?Yang ke-2? katanya, ?Mahathir tidak mahu orang yang ada otak seperti Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, Exco Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Dahlan. Mereka adalah bekas kakitangan awam. Bijak. Tambahan pula mereka naik pun atas jasa ?Team Wawasan?. Musuh ketat Tok Uban. Mereka sedikit bersih bandingkan dgn Abu Ha#san?.? Jawabnya mengulas panjang.

?Kan elok orang bersih? saya jawab pantas.

?Ehhh?.Wak!! Mahathir mana mau lantik orang. Tak dapat ?grip? jawabnya macam bersedih.

Saya bilang kembali??Heheheh? kalu macam tuh, habis UMNO Selangor kena serang dek Ha#san Ali, Ismail Kamus, Ezam, Azmin Ali? (Hihihihih?!!) ? Saya ketawa dalam hati. Kami berbicara perkara-perkara yang sedikit rahsia. Nampaklah bahawa Mahathir tidak ada sokongan di Selangor.

Setelah meneguk kopi panas dan mengisi perut dengan Mee Jawa sepinggan, saya terus ke rumah tumpangan saya. Saya buka ?Lap-top?, lalu saya draf satu salinan surat pendek mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir.

Saya katakan, ?Bagi phak diri saya, dengan tulus dan ikhlas mengucapkan ribuan ?terima kasih? kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri kerana memilih Mohamad Khir Toyo mengganti Tok Uban jadi MB Slangor. Ini akan memberi kesempatan dan peluang lumayan banget kepada Pembangkang (BA) untuk bermudah-mudah menawan Selangor in the next election.?

Saya akan poskan esuk melalui ?express mail pos laju?. Mujur sampul surat UMNO dan letter-head masih ada 5 rim dalam simpanan. Hehehe?.!! Esok saya akan ke Batu Pahat.

Sambil berehat di Coffee House, Celine Deon berkumandangan di telinga saya dari dari CD ?Sony Walkamen? yang terpasang!! Teringat saya seseorang yang sangat saya sayang?.!!

Petang ini pula saya berancana akan menonton ?Di Antara Dua Pilihan? di ASTRO, Channel 2. Saya mahu lihat apa kesudahannya? apakah Ayu Azhari (Lela) akan menerima ?kinjal? (buah pinggang) si Guntur (Gomez). Atau Lela masih mau berkeras tidak mahu menerimanya walaupun itu bermakna ?maut? akan meragut nyawanya?.!! (simbolik ya?..Hahahahha..!!).

Terima kasih Mahathir. Saya sedikit ?LEGA?..!

Amin Sapiro
BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)