Laman Webantu   KM2A1: 2585 File Size: 14.8 Kb *



Tersebak Saya
By Amin Sapiro

19/8/2000 8:54 am Sat

(sebagai respond email yang datang. Inilah jawapan jika ada email yg tidak terjawab sebelumnya).

TESEBAK saya (hehe? macam Mahathir jugak yek?) bila membaca e-mail sdr. Abang Long yg panjang dan paling berisi itu. Segala butirnya saya abadikan dalam satu warkah panjang yang saya salin semula dan perindahkan formatnya. Saya kira itulah e-mail paling bermakna kepada saya lebih2 lagi waktu saya benar2 terhimpit perasaan. Kini.

Saya terpinga2 membaca?

[[?Saudara mempunyai kewiraan sebagai seorang penulis yang mampu menggerakkan tangan untuk memikul senjata. Lakukan peranan itu dulu secara berkesan. Kita berdepan dengan seorang manusia berhati syaitan. Cuba perhatikan keliling kita. Berapa ramaikan penulis siber yang mampu membawa arus kesedaran kepada pembacanya. Yang menulis ramai sekali tetapi, yang menulis secara berkesan dan mampu mencuit minda serta menggerakkan tangan dan kaki untuk maju ke hadapan hanya sedikit cuma. Inilah kekuatan saudara?.]]

ADUH! Mengapa sehebat itu sangat Pak? Terima kasih sdr. Jika benar begitu, puji2an itu Allah yg empunya. Saya hanya melakukan sedaya tenaga anugerahNya. Memang itu tujuan saya sejak dari mula. Alhamdulillah paling kurang ada kawan2 yg menyedarinya. Bertambah semarak semangat saya untuk berjuang di alam siber. Kerana itu (sebagai fasa kedua) saya bergerak secara langsung ?turun padang? bawah tanah!

Saya turun padang penuh ranjau ini atas permintaan mereka yang tahu saya telah menjadi ?Bekas UMNO?. Dulu mereka tidak sedar siapa ?Amin Sapiro? tetapi sekarang ada beberapa pihak membayangkan mereka telah maklum. Itu yg mendebarkan saya. Sungguh.

Saya sedar bahayanya. Tetapi saya sudah hilang kesabaran setelah saya perhatikan laman pro-reformasi kita makin ?tawar?. Cuma belum ?hambar?. Saya sedih melihat FGR sendiri ?being infested by rats and mice UMNO. There is no other way except to let it go? Mustahil PW FGR boleh delete and pay absulute attention to those SHIT!

Saya berjuang bukan kerana Anwar semata2. Saya berhajat besar utk mencapai iltizam ?menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman? yg bersarang dlm dada saya. Ia adalah pegangan saya demi negara, bangsa dan agama kita. Saya sudah nampak dgn terang sekarang bahawa UMNO bukan lagi tempat org Melayu menumpang ?tuah?nya. Perjuangan UMNO sekarang terlalu sempit - cuma untuk diri sendiri saja.

Saya adalah anak masyarakat. By-product dari keadaan semasa. Saya tidak mengangotai mana-mana parti politik. Tapi saya akan curahkan upaya saya utk menegakkan yg itu. Saya tidak mahu apa-apa. Saya hidup tanpa ikatan parti. Saya mahu berjuang mengikut desakan hati saya. Sukar bagi saya menjelaskan. Tapi saya siapa yg akan pangkah ?PASTInya bukan UMNO/BN lagi.

Saya adalah BEKAS Umno. UMNO yg saya tahu sudah hilang keupayaannya mendaulatkan bangsa Melayu, kepentinagn Melayu, ketuanan Melayu ?.jauh sekali dari menegakkan Islam sebagai ugama. Islam bagi UMNO cuma sebagai ?vehicle? yang mentransportkan ?Ulamak Ular Sawa? seperti Dusuki, Nakhaie, Hamid Osman, The ?two Zainals? stooges Mahathir, ulama-ulama bangsat yang masih menjunjung serban besar bergelar Datuk dan Tan Sri?.!! Puk# M#k Ulamak macam nih!!

Saya cabar mereka (Ulamak macam nih!!), campakkan kopiah mu ke dalam jamban!! Kalian bukan lagi pewaris Nabi. Kamu sekongkol Abu Jahal kerana mengharap duniawi!! Kalau nak kaya, ikut macam Daim atau Lim Goh Tong!! Ulamak UMNO tak sedar di untung!!

Saya mendapat rezki melebihi keperluan seorang insan biasa. Alhamdulillahhhhhh?. Walaupun tidak mudah, tapi it gives me plenty of time utk beribadat dan berjihad spt ini. Saya mahu pulangkan rezki berlebih ini kpd bangsa dan ugama saya. Inilah caranya. Allah swt memeberi saya masa!!

Saya adalah terlalu kerdil dalam perjuangan ini. Tidak pula saya berhajat terlalu besar menandingi pejuangan nenek-moyang yang telah meMERDEKAkan kita. Saya terlalu jauh lebih kerdil bagai bintang dgn dunia kalau dibandingkan dgn sesispa. Tetapi saya amat takut jika ditanya di alam Barzakh nanti apa sumbangan saya dgn rezki kurniaan Allah utk menyekat bangsa kita tersingkir dari bumi tumpah darah kita. Paling sukar dijawab (pastinya) apakah urusan saya mencegah ?Islam disekularkan? oleh puak Taghut beramal seakan Yahudi ini.

Saya merasa sangat bersalah kepada DIRI SAYA, MASYARAKAT, BANGSA, TANAHAIR dan AGAMA saya jika saya TIDAK melakukan sesuatu yang diperakukan oleh Allah swt. Hampir 2 tahun saya menulis (dgn pelbagai nama samaran), hari ini saya lebih dikenali dgn ?Amin Sapiro?. Sengaja saya mencerminkan imej dan sikap seorang tua yg dewasa dalam tulisan saya.

Sebelum ini saya beberapa kali berlagak seperti ?samseng? hingga ada yg kenal nick ?S?seng Bando?. Pernah saya terfikirkan untuk memberi kesedaran kpd ulamak UMNO supaya insaf - maka saya gelarkan diri saya ?Haji Musa?. Dannnnnn?beberapa yg lain (?.hingga mengeluarkan pelbagai falsafah dan high thinking kayak seorang professor di menara gading).

Saya lakukan itu kerana saya kira saya tidak puas dgn KESAN perjuang yg saya curahkan yg tersembunyi dlm diri saya. Saya kecewa amat sangat dgn apa yg saya perjuangkan dlm UMNO. Kerana itu saya, sengaja saya gunakan ?ahli UMNO atas Pagar Berduri?.

Semasa saya di hospital, saya menadapat ilham paling banyak utk mengenal diri sendiri. Perbincangan saya dgn rakan-rakan yg melawat saya memberi saya satu ?jalan lurus? untuk merobah rentak perjuangan saya ? maka saya sekarang istiharkan diri saya sebagai ?BEKAS? (huruf besar). Nampaknya kesannya makin dalam dan meluas. Saya makin jauh menapak kedalam!

Berkata kawan ?lamo? saya sdr. WebAntu?(email)?

[[?..Saya ingat yg paling bagus sekali ungkapan "Bekas ahli UMNO" - memang sesuai kerana selama ni belum ada orang try menulis style ni. Mahath1r selalu tuduh org PAS taksub tok guru , org Keadilan taksub Anwar dll - jadi penulisan "bekas ahli UMNO" memang patut betul supaya kena kat muka mahath1r tu N sedarkan org2 umno sendiri. Lagipun ramai org umno takut - sebab dosa masing2 kerana malu paada rakyat - apatahlagi yg tak bersalah macam DSAI diaib sebegitu rupa - kalau mereka tentu lagi gile??. Untuk itu Amin Sapiro perlu muncul - N kalau boleh lagi ramai Amin Sapiro muncul kerana bermaharajalelanya mahth1r bukan sebab org PAS atau BA, tapi sebab org dalam UMNO sendiri ikut telunjuk.. ]]

Nampaknya beliau sudah membaca strategi saya. Memang beliau seorng ?mind-reader?. Beliau dapat membaca. Ekperimen saya itu (gunakan perkataan BEKAS) very effective. Tapi menyusahkan juga kadangkala. Saya telah menuntup email add saya ?aminsapiro?. Semua PW yang lazim saya hubungi menggunakan email addy yg lain. Tapi, bila saya buka tempoh dua minggu? saya menerima puluhan email. Itu tidak termasuk 3 - 4 yg lain yg kawan2 Umno yg kenal saya (nama sebenar saya). Mungkin dlm pada itu ada yg jadi spy penyangak UMNO. Saya rasa serba salah.

Selepas inilah saya sentiasa mendapat e-mail dan panggilan talipon dari kawan2 yang bersimpati dengan perjuangan dan iltizam kita (bersama) ?menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman? yg makin releven ini. Saya TURUN PADANG. Kesan forum kelompok ini memang mendalam. Baru saya ketahui sekarang bahawa UMNO/BN telah reput dari dalam. Saya sendiri kehairanan. Baru saya tahu bagaimana pandangan org Melayu sekarang?..[[?Rupanya, selama ini Mahathir dan jongos-jongosnya adalah ?penumpang? yang tidak berhak bersama2 org Melayu dalam satu kenderaan ?tanpa bayaran?.]]

Dannnn?. bermula dengan itu lah, kini saya TURUN PADANG. Terlalu banyak yg dapat saya timba dari perbincangan yang diadakan. Malangnya saya tidak boleh menyebut dan melaporkan di Laman siber kerana ?Amin Sapiro? adalah orang buruan. Jika saya tidak terlalu ghairah, saya akan dikesan!

Dialam siber saya banyak kawan. Tetapi saya membaca semua hati mereka?.(like Mahathir said.. ?I know who are our foes and friends..!!). Am evaluating them one by one. I look at their reactions. Bermakna: ?SAYA? yg berada dibelakang ?Amin Sapiro? itu perlu diselindungkan.

Saya telah menjelajah kubu kuat Hishamuddin Hussein di Tenggara. Kesan dari pertemuan saya (sebelum lawatan budak Hishamuddin itu, saya sudah gerakkan ?tentera berkuda? saya. Hasil lejangan mereka, Hishamuddin Hussein ?MENANGIS? (in real sense of the word) di Tenggara. Hidangan utk 500 orang cuma dihadiri 20 -40 org saja. Itu pun kabarnya, semasa Hishamuddin bercakap org bersembang seolah-olah budak Hishamuddin itu bercakap bersaksikan kerusi meja saja. Saya mahu tengok Tenggara jatuh kali ini ke tangan BA/Pembagkang.

Bermula dari peristiwa itulah, gerakan (bawah tanah?) BA sudah bermula di seluruh Johor. Ini pakatan bersama. Mahathir paling takut. Jika Johor jatuh, semtimen org UMNO akan parah, kerana Johor ada birth-place Umno!! Their spirit will be dead forever.

Lee Kuan Yew jumpa Mahathir. Dlm perbincangannya, LKY menawarkan sejumlah wang, ida dan strategi utk membantu Mahathir menyekat perkembangan PAS (khusunya) BA & Islam di Johor (vis a vis) di Malaysia. Ramai pemimpin PAS/KeADILan akan ditangkap. (Tengok saja tak lama lagi)!! YAHUDI sedang merancang dari sebebrang tambak. Should there be a ?racial chaos? to happen, it will kick-off somewhere in JB. Beware of ?Mahathir the Wolf??..!!

Mungkin kita ada masa menjelang th 2003/4 untuk memecah benteng UMNO/BN di Johor. Saya tahu banyak org keturunan Jawa membaca tulisan ?Amin Sapiro?. Org sebenar dibelakang?Amin Sapiro? mungkin bukan seorang Jawa? Pun tidak seusia boleh di panggil ?Pak atau Wak?.

Ada org di Forum2 kelompok yg bertanya soalan2 yang pernah dibincangkan oleh si ?amin sapiro?. Tersipu-sipu saya menjawab dgn berkata, ?Pada fikiran saya??.? (tanpa memberi sebarang ?clue? bahawa org yg tercegat dihadapan mereka ITULAH si ?pak / wak amin sapiro? sebenar). Lama kelamaan saya terdengar kabar bahawa ?amin sapiro? sedang diburu. Itu saya tidak runsing. Yang paling merunsingkan, ada orang lain yg mereka jangkakan / sangkakan / tuduh-tuduhkan sebagai ?amin sapiro?. Saya amat bersalah ?. Andainya orang itu di kenakan tindakan keras (spt Anwar?) kerana pihak yg marah itu menyangka itu dia ?amin sapiro?, alangkah berdosanya saya?

Inilah yg menyebabkan saya kurang menulis di laman pro-reformasi walaupun saya ada kesempatan masa hingga hanya tidor selama 3 jam saja sehari (antara lewat tengah malam - sebelum Subuh).

?Istikarah dan Tahjud? adalah amalan sandaran paling mujarab, berkat dan penyampai sebarang hajat. Allah swt PASTI akan mengurniakan hidayahNya kepada yg ingin perlindungan sebagai sahutan permohonan kita. Saya amat percaya tanpa berbelah lagi jua. Satu hari saya mendapat alamat yang terang. Saya batalkan perjumpaan yg dijadualkan. Rupanya ada 3 orang ?musuh? hendak memerangkap saya. Seorang darinya dari SB polis, Kempitai UMNO dan seorang lagi seorang jutawan yg berhajat mengumpan saya!! Alhamdulillah?. Tak jadi apa2. Baru saya tau, berapa harga ?kepala saya?. Setelah kejadian tu baru saya tahu, ada org sayangkan saya. Saya kata, saya tidak bertujuan mecampuri mana2 parti atau menerajui. Saya tidak hasrat langsung. Saya cuma seorang ?ombudsmen?.

``````````````````````````
Agenda Mahathir:

1) Dia mahu sebarang kesatuan berbau Islam; 2) Melagakan orang Melayu dgn org Cina dgn mengadu-domba dengan membangkitkan?

a) PM Cina;
b) Keistimewaan org Melayu (Tuntutan 17).

Saya ada dengar khabar dari sumber UMNO, Mahathir ada agenda iaitu:

i) Malaysiakini diberi keitimewaan mencerca Islam dan membesar2kan perkara2 yang membangkitkan pergaduhan kaum, (sekarang ada tanda2)

ii) Musa Hitam dgn SUHAKAM (ada udang sebalik batu - jangan percaya si bedebah pura2)

iii) Merancang satu pergaduhan kaum olok-olok (spt Ma?unah) hingga beberapa org Indon terbunuh,

iv) Ada puak dlm tentera yg dibeli murahan

v) Daim & anak2 Mahathir akan memiliki 40% Petronas

vi) Bank Negara - simpanan luar almost zero!

vii) Hutang negara meningkat RM200 bilion,

viii) Tg Pagar akan dibangunkan - tanah itu dimiliki Daim-Mahathir & sons (kongsi dgn Lee Kuan Yew/S?pore)

ix) Mahathir is one CBT all the while!!

Tapi saya tak boleh siarkan secara terbuka. Tak ada bukti yg nyata. Tujuan Mahathir utk ?memberi org Melayu dan menjual China?. Kes David Chua, deputy general secretary of the a#sociated Chinese Chambers of Commerce and Industry, adalah pakatan saja. MCA tau semua!!

````````````````

Mungkin sdr. tidak pernah menerima email dari Tok Penghulu Cekau. Saya berusaha memujuk beliau supaya menulis kpd saya. Lebih 10 kali saya bercakap melalui email kpd beliau. Tapi beliau tak jawap. Seminggu dulu beliau jawab. Khabarnya beliau sakit. Sejarahnya, beliau adalah bekas kerani besar pejabat. Sudah pencen. Beliau mendapat tawaran sambung tugas. Tetapi beliau reject. Sekarang beliau duduk kampung. Beliau jadi Penghulu di Pahang (bukan penghulu lantikan Kerajaan), tapi penghulu lantikan org kampung; sebagai penghubung (PR) antara org kg dgn pejabat kerajaan. Favourite past time nya ialah membantu org kampung. Dulu beliau adalah office boy asalnya. Tetapi kemudian diberi jawatan kerani biasa. Dekat nak pencen jadi kerani besar. Khidmatnya selama 32 tahun memberi beliau pengalaman sangat banyak.

Kpd Tok Ayah dan PW Feu, beliau pernah berkata kpd saya?mereka berterima kasih kerana menerima gurauannya. Katanya, beliau adalah peminat Jerry Lewis, Aman Belon, S. Shamsudin, Aziz Satar dan P.Ramlee. Beliau akan menulis lagi, katanya. Saya pujuk dia supaya menulis lagi. Saya menerima lawaknya, katanya, ?Kalau nak tumbangkan Mahathir - paling senang kasi si tua itu berenang di Sg Lembing. Kalau dia boleh berenang ke tebing, maknanya UMNO & BN boleh menang dlm pilihanraya nanti. Kalau tenggelam, maknanya UMNO akan kehilangan Pahang!!??

Maaf saya, saya ada tetamu yg sedang menanti. Saya akan sambung bila2 masa. Beberapa perenggan yg masih belum saya respon akan saya jawab sedikit masa nanti. Doakan saya. Saya tidak akan berpatah ke belakang!! Saya nampak, ?there is a small light at the end of the tunnel?.?. Kita menunju ke arahnya. Hilang gelap akan timbul terang. Jika hajat saya tidak kesampai?1000 ?aminsapiro? ada!!

Saya mendendangkan lagu ?JIKA? sambil mengingat keindahan liriknya!!

Salam takzim utk sdr.
Aminsapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)