Laman Webantu   KM2A1: 2582 File Size: 5.0 Kb *



Mahathir menanggung bahana kesilapan sendiri
By Marhain Tua

19/8/2000 4:36 am Sat

Fokus Khas:

Terjemahan Rencana:

MAHATHIR MENANGGUNG BAHANA KESILAPAN SENDIRI (Mahathir paid heavy price for 'error judgement', says Lee)

- oleh Kevin Tan



9.15 Khamis: Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad kini menanggung beban kesilapan pertimbangannya yang melibatkan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, demikian kata Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew.


Mr. Lee menganggap episod itu sebagai satu bencana yang berat dan merasa kasihan dengan Mahathir lebih lagi dengan Anwar Ibrahim.

"Saya ulangi apa yang pernah saya katakan sebelum episod in berlaku dan sebelum tercetusnya suka dan duka yang muncul daripada pendedahan semua itu, betapa Dr. Mahathir terpaksa menanggung bahana yang berat dan saya amat kasihan kepadanya.


"Dia telah tersilap langkah dan berbuat terlalu banyak kesilapan, yang saya fikir amat merugikan." Lee menyebut semua itu dalam satu sidang akhbar yang sandat di Mandarin Oriental Hotel di Kuala Lumpur tengah hari tadi.


Beliau telah mengulangi satu periwtiwa ketaika berlangsungnya '1999 World Economic Forum' di Davos Switzerland, sebaik sahaja Anwar ditangkap. Mr. Lee telah mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa soalan penting kepada Mahathir.


"Kenapakah anda tangkap dia (Anwar) dan kenakan tindakan ISA ? Bagaimanakah dia boleh ditafsirkan sebagai mengancam keselamatan negara sedangkan tiga hingga emapt minggu sebelum itu dia menjadi timbalan anda selama lima tahun?'" demikian Lee menyoal Mahathir.

Lee berkata betapa dia merasa "flabbergasted" (tercengang kebingunan/terkejut beruk) apabila Mahathir mendedahkan rahsia yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Anwar 'akan' ditahan di bawah akta ISA. Mngikut Mahathir kononnya, adalah menjadi pilihan (prerogative) ketua polis negara (Rahim Nor ketika itu) untuk menahan Anwar di bawah Akta ISA itu.


"Selepas itu saya fikir itulah permulaaan kepada beberapa kesilapan besar yang menyauk maruah Mahathir." Demikian Lee menjelaskan.


Mengikut Lee, mantan timbalan perdana menteri itu sepatutnya dibawa ke mahkamah sebaik sahaja dia ditahan dan dikenakan tuduhan di bawah Penal Code kerana jenayah yang disebutkan itu.


"Ketua Polis Negara telah menangkapnya di bawah ISA, dan bencana seterusnya ialah melebamkan matanya," Lee mengeluh lagi.

Lee pernah menyoal Mahathir kenapa tidak ditubuhkan satu suruhanjaya penyiasat serta merta untuk menyiasat punca mata lebam itu. Dia (Lee) berpendapat, walaupun siasatan itu tidak akan membebaskan perdana menteri daripada menanggung tuduhan dalam hal itu, hasil siasatan mampu menolak sebarang keraguan bahawa beliau (Mahathir) adalah terlibat dalam membaham mata Anwar. Sebaliknya Mahathir menyoal beliau pula, apa faedahnya kalau dia terlepas daripada beban tohmahan serupa itu?


Lee merasa kasihan dengan Anwar kerana mantan perdana menteri itu memang mempunyai masadepan yang besar. Dia merasa kesal dengan episod yang berlaku yang merosakkan imej Mahathir dan juga Anwar.

"Memang malang sekali," jelas beliau.


Kawan ataupun Lawan


Sebelum itu Lee telah disoal samada Singapura sebuah negara kawan ataupun lawan, dalam hal yang menyangkuti keputusan mahkamah terhadap Anwar.

Pada hari Isnin, Mahathir telah dilaporkan berkata bahawa Malaysia kini sedar siapakah kawan dan siapakah lawan. Kenyataan Mahathir itu memang merujuk kepada pelbagai kritik yang menghentam sistem perundangan negara dalam menangani kes Anwar.

"Singapura bukanlah sebuah negara musuh Malaysia," jawab menteri kanan itu.

Kemudian dia menambah, " Kami adalah sahabat anda."

Lee menerangkan betapa Singapura mempunyai jalinan yang akrab dengan pemimpin Malaysia termasuk Anwar ketika beliau masih menjadi timbalan perdana menteri. "Kami mengenali satu sama lain dengan akrab sekali. Dan sebagaimana yang saya katakan apa yang berlaku adalah satu bencan berat."

Menteri Kanan itu telah ditanya apakah hukuman yang dikenakan terhadap Anwar itu sesuatu yang terlalu berat.

"Apakah relevannya? Mestikah saya mengulasnya?" soal Lee pula.


Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun yang terpaksa ditanggunginya di akhir hukuman enam tahun yang sedia ada kerana cuba mempengaruhi siasatan pikhak polis. Kini keputusan mahkamah dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya sedang menerima kritikan hangat daripada msyarakat antarabangsa.


Wartawan yang mengemukakan soalan kepada Lee telah menyatakan betapa Amerika Syarikat, New Zealand dan European Union telah menyatakan pendapat mereka terhadap kes itu.


"Semoga Tuhan memberkati mereka," demikian jawab Lee.