Laman Webantu   KM2A1: 2578 File Size: 22.8 Kb *



Fwd: Buat Amin Sapiro - Doaku untukmu
By web aNtu

18/8/2000 6:46 pm Fri

Dipetik dari
mindarakyat

- dengan sedikit perubahan - pembetulan ejaan, format dll.

Penulis: Abang Long.

[Jika anda membaca sampai habis - Abang Long menceritakan bahawa beliau pernah menulis di laman kita ni (webantu) - tetapi menggunakan nick yang berbeda2. Adakah ini Pak Haji? atau Tukang Jurong Ikan? atau suku sakat wali sogo? Atau Sahabat? Atau Wak Cantuk/Wak Pawang? atau Along?

Penggunaan nama berbeda membuktikan satu keikhlasan kepada perjuangan - dimana penulisan dilakar mengikut corak dan erti yg tersirat di sebalik nama.

Tetapi saya rasa Abang Long ini pernah menulis di Forum Keadilan Malaysia I di discserver.com - cuma artikel beliau tidaklah sepanjang ini...

Saya terlalu gembira membaca surat ini - kerana nampaknya kita ni semua adalah KAWAN-KAWAN LAMO yang kembali BERSAMA membawa ARUS KESEDARAN.]


--ooOoo--

Saudara Aminsapiro

a#salamu 'alaikum wbth :

Saya akan merasa bersalah kalau tidak menjawab emel saudara yang menyatakan jihad saudara menjelajahi negeri kelahiran saudara itu. Namun, saya akan merasa berdosa kalau jawapan yang saya tuliskan itu semata-mata memberi tahniah, syabas dan diiringi sepotong dua doa' sebagai perangsang usaha itu. Sebenarnya saudara memberikan saya satu kesempatan untuk menyambung apa yang saya tulis satu ketika dulu di mana saya menulis betapa jauhnya perjuangan kita ini.

Izinkan saya menulis secara ringkas kali ini kerana terlalu banyak yang mahu dilakarkan sebagai pesanan daripada seorang abang yang tua kepada adik sibernya.

a. Dalam masyarakat Jawa, apabila seseorang insan mahu pergi berjuang ada beberapa perkara yang mesti ada padanya:

Satu:
Iman yang kental agar ketaqwaan adalah pedomannya.

Kedua:
Ketahanan diri yang pejal agar tidak mudah dirasuk hantu, syaitan dan jembalang baik yang secara lahiriah mahupun yang datang melalui angin.

Ketiga: Amalan yang 'cakep' (itu bahasa Jawa mungkin seperti jempolan) agar tidak mudah diperkotak-katikan oleh orang luar agar berubah pedoman.

Keempat:
Pembantu yang Setia: Setiap perjuangan mengabui minda rakyat perlu ada seorang dua pembantu yang setia, yang sanggup mati direbus oleh pihak musuh kalau perlu.

Kelima:
Pantang berpatah balik kerana musibahnya terlalu berat. Lantas, ganjarannya adalah nyawa diri dan maruah serta martabat keluarga.

b. Perjuangan adalah satu kata keramat hanya difahami sedalam-nya oleh segelintir kecil insan yang dikenali sebagai orang Melayu.

Ramai orang Melayu yang suka menggunakan perkataan perjuangan, tidak sampai satu peratus yang mampu melakukan perjuangan itu sebenarnya.

c. Risiko satu perjuangan adalah besar. Apabila seorang penulis yang popular sanggup bertukar wajah dan cara untuk membawa satu arus kesedaran kepada bangsanya daripada menulis kepada terus berinteraksi secara bersemuka, insan itu sudah tentu bukan calan-calang orangnya. Seorang pejuang Latin Amerika Che Guiverra adalah seorang doktor perubatan. Dia sanggup melepaskan kerakyatan negaranya untuk membebaskan Cuba daripada kerajaan feudal dan menegakkan satu kerajaan rakyat. Dia berjaya dengan perjuangannya tetapi hasil perjuangan itu akhirnya menjadikan rakyat Cuba menjadi hamba abdi kepada apa yang telah diperjuangkannya.

Di Timur Tengah, seorang jurutera telah meninggalkan kerusi ampuk untuk menggembeling bangsanya menentang Zionisme. Adiknya (seorang jurutera juga) mengikut sama dan bekerja di klinik perubatan untuk mencipta segala alat perubatan yang diperlukan untuk merawat kaumnya yang tercedera dalam peperangan. Anak-anak lelakinya terpaksa diberikan nama lain agar tidak dapat dikesan oleh musuh dan dianiayai. Inilah pengorbanan Ya#sir Arafat dan Palestin.

Ketika Kerajaan Komunis diwujudkan oleh Russia di Afghanistan, seorang teman baik saya yang pernah belajar dan bertugas sama di Amerika, telah mengambil satu tindakan yang sungguh berani. Beliau telah mengatur satu rencana untuk membolehkan isteri dan anak-anaknya lari ke Amerika melalui negara ketiga yang lainnya. Beberapa bulan kemudiannya beliau pergi ke India untuk 'menghadiri satu kursus anjuran Bank Dunia' dan lari keluar daripada negara itu. Khazanah di bank Negara Afghanistan ketika itu berjumlah lebih Tiga Ratus Juta Dollar Amerika. Kini, Afghanistan muflis laksana sebuah negara anjing kurap. Banyak lagi nama yang boleh ditonjolkan untuk membakar semangat kita. Cukuplah dengan tiga contoh itu.


Saya mengucapkan syabas kepada kegigihan saudara. Tetapi, saya ingin sampaikan satu pesanan seorang pejuang Melayu yang sudah lama berjuang menegakkan yang Haq di negara ini:

1. Dalam perjuangan, 'element of secrecy', adalah ciri yang paling unggul. Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kerana itu, kurangkan berkomunikasi secara tulisan dengan ramai makhluk yang saudara belum kenal akan isi perutnya. Di alam siber, saya pernah berkata betapa saya hanya percaya tiga orang Pengendali Web sahaja:

a) Boikot_mm
b) Mindarakyat dan juga
c) Webantu.

Yang tidak tersebut namanya di sini, tunggu dulu. Bukan kerana saya mengsyakki sesuatu, tetapi saya tidak mahu keliru. Sebab musababnya yang jelas memang diketahui oleh PW Boikot dan jua Mindarakyat.

2. Satu ketika dulu PW Boikot ada menonjolkan Seri Bainun. Saya beri ingatan kepadanya kerana saya mengsyaki sesuatu. Kini, penulis itu sudah lama tenggelam tak tahu bila akan timbul lagi. Dua faktor di atas memberi satu ingatan kepada kita. Kalau mahu berjuang kurangkan bunyi langkah kita dan pendamkan degup jantung kita. Orang yang pintar bertarung tidak perlu membawa keris panjang ataupun menyelitkan keris pendek di pinggang. Tenaga dan senjata lawan adalah alat pertahanan dirinya. Persekitarannya adalah teman karibnya.

3. Ketika Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir, anak-anak angkat saya (sekitar empat puluh orang professional Melayu) telah datang ke rumah. Kami bersolat sunat dan memohon doa ke hadrat Ilahi. Saya berkata: pada hari ini akan bermulalah era kejatuhan Mahathir. Kini, dua tahun akan berlalu, ramalan itu amat tepat sekali. Sejak itu saya tidak berhenti menulis dan menjelajah seluruh negara. Di mana adanya pesta rakyat tajaan Mahathir, di situ saya akan pergi. Sauk meletup, saya mendahuluinya dengan mengatakan itu adalah satu lakonan dan sandiwara panjang. Minggu yang lalu, Mahathir berada di Langkawi menyambut ulangtahun perjalanan Azhar Mansur. Saya turut berada sama. Cuma saya tidak menulis akan upacara itu kerana tidak mahu memberi ruang kepada orang Melayu menyedari betapa bodohnya kita, selama ini.

Bayangkan dulu, jalur Gemilang dibikin dengan keringat rakyat tetapi kini ia berlabuh di Porto Malai (Bahasa apa itu?) yang dikawal oleh Hotel Awana (kepunyaan Lim Goh Tong) Hanya orang yang menginap di Awana yang dibenarkan mendekati jalur Gemilang itu. Alangkah aibnya perkara ini.

Gunakanlah maklumat ini dalam penulisan saudara. Saya izinkan dengan sukarela. Kalau saudara pernah ke Langkawi tentu saudara tahu akan tempat yang dinamakan Telaga Tujuh. Kini Mahathir sedang merancang membikin satu pusat pelancungan di puncak Bukit itu dengan membina 'cable car' daripada puncak Telaga Tujuh hingga ke Kuah. Siapakah yang akan menaikki cable car itu nanti kalau bukan hantu dan jembalang?

Hari ini jumlah pelancung ke Langkawi sudah menurun. Orang Langkawi sudah resah gelisah. Satu kaki persegi tanah di langkawi berharga antar empat hingga lapan ringgit. Satu relong ada lebih kurang 35,000+ kaki persegi.

Seorang petani Langkawi mempunyai antara satu hingga sepuluh relong. Tetapi tanah di Langkawi adalah tanah beradat turun temurun. Apabila si penama mati, tanah perlu diagihkan kepada yang berhak sehinggakan sepuluh orang anak-pinak. Jadinya apabila dijual tanah itu kepada Mahathir & Co., orang Langkawi kehilangan tanah. Mereka tidak boleh membantah kerana undang-undang tanah sudah digubal semula untuk membolehkan negara membeli tanah rezab Melayu.

Tanah yang dibeli dijual kepada Ting, Ling dan Zing. Mampukah orang Langkawi berharta lagi? Itu sebabnya Sanusi Joned mulakan tanaman padi di bumbung rumah kerana mahu beri keyakinan pada orang Melayu, kalau mereka jual bendang pun sekarang ini, mereka masih mampu menanam padi satu hari nanti. Nasib baik Sanusi sudah lingkup. Bayangkan kalau dia masih menjadi Menteri Besar Kedah. Entah-entah dia cuba tanam padi atas reban ayam dan kereta orang Melayu. Inilah semangat Malaysia Boleh. Tidak jauh daripada lapangan terbang Langkawi akan kelihatan satu jambatan yang panjang terentang di lautan. Inilah raksasa yang dikatakan untuk menahan ombak kuat daripada menghakiskan tebing tanah yang terdekat dengan landasan kapal terbang.

Sebenarnya ketika jambatan panjang ini dibina dulu, Mahathir berura-ura mengangkut tanah ke pertengahan laut untuk membikin pulau buatan. Mengikut yang empunya cerita dengan terbikinnya pulau itu dia mahu berikan lesen kasino khas kepada 'siapa lagi" agar pelancung Star Cruise yang menghimpit Langkawi mampu berseronok di pulau buatan syaitan itu. Nasib baik ekonomi merudum kalau tidak anak-anak muda Langkawi pun turut dirasuk juga.

Setiap kali saya menjelajah negara ini saya terus merapati cyber kafe untuk mengirimkan tulisan saya ke Mindarakyat dan Boikot. Itu sahaja yang saya lakukan. Terpulang kepada sesiapa yang menerajui laman web untuk mengutip tulisan itu. Kini, tulisan itu dikirim juga kepada Webantu setelah beliau menulis kepada saya. Tetapi, saya lama menulis di Webantu itu seperti juga saudara cuma 'nicknya' yang selalu berbeza-beza. Dengan lain perkataan, perjuangan saya menegakkan semangat keadilan seprti yang saudara lakukan itu adalah satu perjuangan yang panjang.

Kos internet bulanan saya melebehi satu ribu setiap bulan. Inilah yang saya tanggung sendiri dengan wang persaraan. Tetapi yang lebih besar kos belanja saya ialah menjelajah ke tempat di mana berlakunya peristiwa hangat yang perlu disampaikan kepada orang kita. Adakalanya saya bersenda gurau dengan orang politik dan pemimpin kerajaan kerana saya pernah berada di sebelah sana. Tetapi mereka tidak mengenali saya siapa. Tidak juga anak-anak saya. Namun, pihak Mahathir memang seolah-olah menaruh syak yang besar terhadap saya. Kerana itu, rumah saya pernah diselongkar.

Walaupun ada alat penggera dan bermacam 'security features' saya masih terus berwaspada. Sebagai seorang yang terlatih dalam banyak bidang keselamatan negara, saya tahu nyawa saya laksana berada di hujung pedang. Tetapi saya pasrah menghadapinya bukan kerana Anwar Ibrahim. Tetapi kerana bangsa saya dan agama saya. Setiap kali bersolat saya nyatakan nawaitu ini ke hadrat Illahi dan setiap kali itu juga saya meminta barakohnya.

Demikianlah perjalanan hidup saya setiap hari. Tidak ada yang pasti selagi saya menulis di ruang siber. Sejak berjuang ini saya menolak sebarang jemputan di wawancara di TV dan berhenti menulis di akhbar-akhbar baik dalam Bahasa Ibunda mahupun dalam Bahasa Inggeris. Malahan ketika mula menulis di internet saya terpaksa membuat latihan menukar stail penulisan saya agar tidak serupa dengan apa yang pernah saya tulis dalam buku, satu ketika dulu. Begitu juga dengan aturcara kehidupan saya. Kami tidak lagi pergi ke lobi dan hotel besar. Kami lebih menumpukan makan di rumah dengan membeli lauk di kedai sekali sekala. Dengan lain perkataan, sejak menulis secara prolifik di web reformasi, kami (saya dan isteri) mula-mula sekali menukar cara hidup kami sehinggakan status ningrat itu ditinggalkan jauh-jauh untuk menjadi seorang marhaen tua. Dulu kami mempunyai tiga buah kereta, Kini tinggal hanya satu. Yang lagi dua kami sedekahkan kepada keluarga Melayu yang memerlukannya.

Kini sambil menulis di alam siber saya mundar mandir menjelajah negara sambil menziarahi anak-anak angkat yang kami biayai di IPTA dan IPTS. Mereka adalah anak-anak Melayu yang pintar tetapi tidak mampu mendapatkan biasiswa untuk belajar. Kami bantu secara termampu dan inilah yang membawa kebahagian kepada kami. Sekali sekala kami ziarahi pula ibu bapa asal mereka untuk menyebarkan berita gembira.

Akhirkata; Setelah bercerita secar berkias akan pengalaman saya dan membandingkan cara saudara berjuang sekarang ini saya hanya mempunyai satu pesanan.

Berjagalah! Kalau saya diberikan pilihan untuk menasehati saudara, saya akan berkata:

Kurangkan majlis berinteraksi itu sebelum musibah datang menghambat. Seorang pejuang yang berjaya adalah si dia yang mampu untuk terus bernafas dengan bebas. Suadara mempunyai kewiraan sebagai seorang penulis yang mampu menggerakkan tangan untuk memikul senjata. Lakukan peranan itu dulu secara berkesan. Kita berdepan dengan seorang manusia berhati syaitan.

Cuba perhatikan keliling kita. Berapa ramaikan penulis siber yang mampu membawa arus kesedaran kepada pembacanya. Yang menulis ramai sekali tetapi, yang menulis secara berkesan dan mampu mencuit minda serta menggerakkan tangan dan kaki untuk maju ke hadapan hanya sedikit cuma. Inilah kekuatan saudara.

Teruskan menulis tanpa berhijrah ke sana-sini untuk menyampaikan apa yang tersemat di hati. Saya tidak fikir saudara mempunyai satu pasukan ketahanan yang mampu mempertahankan keselamatan saudara. Contohnya, ketika saudara masuk hospital hampir seluruh dunia mengetahuinya. Tetapi, saya dimasukkan ke hospital dan hampir diserang angin ahmar sebanyak dua kali hanya PW Boikot dan Minda Rakyat yang mengetahuinya. Namun, saya terus menulis tanpa mengkucarkacirkan jadual pengiriman tulisan saya. Ini adalah ciri-ciri perjuangan kita. Lagi sedikit orang luar mengetahui perjuangan kita, lagi baik.

JANGAN PERLEKEHKAN KEMAMPUAN RISIKAN NEGARA.

Saya pernah menganggotai risikan tentera negara, saya tahu kekuatan mereka. Saudara harus bersyukur kerana pihak angkatan tentera adalah di sebelah kita. Tetapi tidak pula dengan pasukan polis. Inilah masalahnya. Sekarang ini pihak polis berat menyebelahi Mahathir kerana apa?

Setiap pegawai kanan polis apabila bersara sudah mampu menjadi jutawan kerana diberikan lesen empat nombor ekor dan sebagainya; Ada pegawai tinggi polis yang mengendalikan mesin lumba secara komputer dan jackpot. Malahan, setiap balai polis di'izinkan' mengendalikan mesin kuda di kedai kopi atau tempat yang tertentu. Mengikut maklumat risikan, setiap mesin lumba kuda memberi keuntungan bersih setiap hari sekurang-kurangnya Rm600 setiap hari. Kalau satu kedai mempunyai lima mesin pendapatan termurah ialah 3000 setiap hari. Kalau pengusaha meraih 30% dan pengurus meraih 70%, bererti setiap balai polis menerima pendapatan mesin lumba kuda sekurang-kurangnya RM2100 x 5= 10,500 setiap hari. Bayangkan kalau di balai polis itu hanya ada tiga puluh orang anggota polis, berapakah pendapatan setiap ahli polis itu sebulan hanya melalui mesin lumba kuda berkomputer? Tidak kurang daripada 10,000 setiap bulan.

Siapakah yang menjadi mangsa kalau bukan anak-anak Melayu? Adakah perkara ini ditimbulkan oleh Ling Liong Shit? Kenapa dia hanya cungkil pill ecstasy dan tidak mesin haram ini ?

Sebabnya, kebanyakan perusahaan pill ecstasy adalah dikendalikan oleh Cina parti Pergerakan dan DAP sahaja dengan kerjasama pihak polis.

Kita kerap lihat Cafe Cyber di seluruh Malaysia. Cuba masuk sepuluh kafe cyber di Johor dan perhatikan siapakah yang memonopoli komputer itu pada hujung minggu dan sebelah petang? Anak-anak sekolah adalah pelanggannya. Apakah yang mereka lakukan sekarang ini? Mereka main 'tembak-tembak'. Sembilan puluh sembilan peratus anak-anak sekolah menghabiskan masa mereka bermain tembak-tembak. Tetapi di kalangan anak-Melayu yang sedang belajar di Tingkat Lima dan juga maktab dan IPT, mereka menghabiskan masa 'chitchatting'. Adakah Ling Liong Shit tonjolkan perkara ini. Tidak, kerana kebanyakan Cyber cafe adalah dikendalikan oleh orang BN.

Semua ini adalah perilaku manusia yang menyanggah rukun hidup musliman. Industri seperti ini dikendalikan oleh kumpulan Mafia di Itali, Mossad di London dan Amerika, Yakuza di Jepun. Tetapi di Malaysia industri begini dikendalikan oleh orang BN dan UMNO. Apabila saudara bergerak cergas di pelusuk Johor untuk mendedahkan kelemahan UMNO saya khuatir saudara akan membuka pekong di dada untuk mudah ditusuk oleh musuh. Sikap UMNO yang semakin kecundang sekarang ialah menghapuskan sesiapa yang cuba menyanggah kuasa yang ada di tangan. Mahaathir dan UMNO sanggup mengorbankan nyawa seorang iban dan jua seorang detektif India semata-mata kerana Mahathir mahu terus berkuasa. Kejijikan ini hanya dapat saudara rasakan kalaulah saudara mempunyai saudara mara di Sauk. Saya mempunyai ramai 'saudara' di sana melalui seorang adik angakat. Kerana itu saya semakin sedar betapa Mahathir sanggup membunuh sesiapa sahaja.

Lupakah saudara bagaimana seorang anak muda Johor yang baru lulus sebagai doktor dan mati ditembak di terminal LRT? Percayakah saudara bahawa kematian itu ada kena mengena dengan episod Anwar diberikan racun Arsenik? Cukuplah dulu tulisan penuh kiasan ini. Untuk mengetahui betapa daifnya pemikiran seorang manusia berhati syaitan, saudara harus membaca 'ERA' hasil Idris Tulis, BEBAS hasil Yahya Ismail, kerana mereka mencerminkan rencana Mahathir seperti yang dilakar oleh Aziz Shamsuddin. Kemudian saudara harus baca selalu tulisan Abdullah Ahmad di Straits Times, Utusan dan Berita harian. Inilah tulisan yang mendahului skim penglaksanaan Mahathir.

Dengan tulus ikhlas, kalau saudara semakin 'kerasan' dengan perjuangan secara kelompok kecil, teruskan tetapi berwaspada selalu. Musuh sentiasa ada di sebalik bahu. Jika tidak, hentikan dan ambil cuti sambil merancang menulis lebih bersemangat lagi.

Keadaan Negara yang Semakin Getir

Sedarkah saudara ramai tauke China sudah mula menjual saham mereka di pasaran dan melarikan duit itu ke Singapura? Pergolakan di Indonesia sudah menjadi pertanda. Mereka takut. Bayangkan, saham Telekom yang berada di tahap 13.00 dua minggu dulu kini sudah mencecah 10.70 sen? Kenapakah UMNO dan BN mencetuskan masalah ketuanan Melayu, Perdana Menteri Cina dan hak keistimewaan Melayu sedangkan perkaa itu amat sensitif kepada orang Melayu? Ingatkah saudara bagaimana pelajar Indonesia mula merusuh untuk menggulingkan Soharto dulu? Bukankah masalah yang sama yang diungkitkan oleh puak Soharto dan Gereja Kristian di sana?

Mahathir sudah begitu terdesak sehingga dia sanggup berkata kejayaannya memimpin negara banyak didorong oleh pengalamannya berniaga di Pekan Rabu. Bayangkan saudaraku, alangkah jijiknya kata-kata ini. Bukankah dia memperlekehkan kewibawaan orang Melayu yang berkelulusan tinggi selama ini? Sebenarnya inilah masanya saudara harus menulis setiap hari, menganalisa gerak geri Mahathir, Aziz Shamsuddin dan jongos mereka. Rakyat perlu diberikan suntikan ilmu yang spontan setiap kali maklumat songsang disampaikan kepada mereka. Masih ingatkan saudara peranan kita bersama PW Mindrakyat dan Boikot menghalang anak-anak Melayu daripada berdemo sebaik sahaja saya mengesan perancangan Mahathir untuk memerangkap mereka.

Dengan lain perkataan, saudara akan lebih berkesan sebagai seorang penulis dan tidak sebagai pendakwah dan pembakar semangat jalanan. Saya menulis setiap hari tetapi tulisan saya tersebar seluruh negara dan beberapa tempat di dunia dalam masa enam jam selepas tulisan itu dikirim di alam siber. Itulah perjuangan saya kini. Walaupun ramai yang mengundang saya berceramah di jalanan, saya tolak itu semua dengan hormat kerana saya katakan saya tidak pandai bercakap. Ketika saya berkhidmat di luar negara dulu ada seorang guru saya yang berkata:

"Presidents (or kings) rule men BUT wise men rule presidents."

Inilah falsafah hidup saya selama ini. Alhamdullilah.....

Salam Hormat

Abang Long