Laman Webantu   KM2A1: 2576 File Size: 16.4 Kb *



Fwd: FGR - PRISTIWA SAUK : LAPORAN LEMBAGA SIASATAN TD
By web aNtu

18/8/2000 12:18 am Fri

PRISTIWA SAUK : LAPORAN LEMBAGA SIASATAN TD

PERISTIWA SAUK : SEBAHAGIAN LAPORAN/MAKLUMAT DARI LEMBAGA PENYIASATAN YANG DIKENDALIKAN OLEH PIHAK TENTERA DARAT

1. Merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berpendapat perlunya diadakan ‘Demonstrasi Lakonan Semula’ kejadian kecurian pelbagai senjata dan peluru dari Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah di Grik tempoh hari seperti mengiyakan bahawa kejadian sebenar peristiwa tersebut sememangnya sebuah sendiwara atau ‘LAKONAN’ oleh pihak kerajaan. Sekiranya bukan lakonan kenapa perlu dikatakan ‘Lakonan Semula’???

2. Sebelum terbawa-bawa dengan perkara ‘LAKONAN’, kembali kita kepada perkara tajuk asal iaitu ‘Laporan/Maklumat Dari Lembaga Penyiasatan Pihak Tentera Darat (TD)’. Maklumat yang diterima atau ter’BOCOR’ ini adalah diberi oleh salah seorang Pegawai Kanan TD yang terlibat dan ditugaskan menjadi salah seorang Ahli Lembaga Penyisatan peristiwa kecurian senjata dan peluru dari Kem Grik. Sebahagian laporan/maklumat daripada hasil penyiasatan oleh Lembaga Penyiasat TD yang diperolehi secara lisan dari Pegawai Kanan tersebut adalh seperti berikut:

LAPORAN/KETERANGAN

3. Dalam soalsiasat oleh Lembaga Penyiasat TD, salah seorang anggota tentera yang bertugas pada malam/pagi berlakunya kejadian tersebut bertugas sebagai pengawal di Balai Pengawal Kem Bn 304 Rej Askar Wataniah telah memberi kenyataan/keterangan kepada Lembaga Penyiasatan, menyatakan bahawa 3 buah kenderaan Pajero berwarna hijau sepertimana kenderaan milik TD bersertakan lebih kurang 15 orang berpakaian lengkap celoreng tentera memasuki kawasan Kem, seterusnya ringkasan keterangan oleh beliau apa yang berlaku dan disaksikan oleh anggota tentera tersebut adalah seperti berikut:

a. Balai Pengawal Kem dan anggota-anggota yang bertugas telah ditawan oleh’penjenayah’. Ketua Pengawal yang berpangkat Koperal telah dipaksa untuk menyerahkan kunci-kunci setor senjata dan gudang peluru dimana ‘penjenayah’ telah mengacu senjata ke kepala Koperal tersebut kerana berkeras tidak mahu menyerahkan kunci-kunci yang dikehendaki apabila menyedari kumpulan ‘penjenayah’ bukan dari Tim Pemeriksaan Senjata dari Kementerian Pertahanan (Mindef), tetapi Kpl tersebut terpaksa akur kehendak ‘penjenayah’ kerana ancaman terhadap beliau.

b. Seterusnya, apa yang diketahuidan disaksikan oleh anggota tersebut, 1 buah Pajero diarahkan pergi ke setor senjata. 1 buah Pajero ke gudang peluru dan 1 buah Pajero lagi berada (‘stand by’) di hadapan Balai Pengawal sehingga tamat misi/operasi mencuri senjata dan peluru oleh ‘penjenayah.

4. Hasil dari siasatan juga menyatakan bahawa pelbagai senjata dan peralatannya yang dicuri dari setor senjata hanya dimuatkan ke dalam 1 buah Pajero yang diketuai oleh seorang yang berpangkat Lt Kolonel atau sebagaimana laporan pihak media Lt Kol berkenaan dikenali sebagai Mej Jamal yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dari Kor Jurutera dan bukan pegawai TUDM seperti dilaporkan oleh media kerajaan.

5. Sementara apa yang terjadi di gudang peluru, ‘penjenayah’ terpaksa menggunakan alat pemotong besi (‘steel gutter’) untuk memotong mangga-manga kunci selain daripada menggunakan anak kunci yang ada untuk mengambil pelbagai jenis peluru, bom Mortar, Suar Jerat (‘Flares’), peluru M203 dll. Semua peluru/bom dimasukan ke dalam sebuah lagi Pajero yang di ketuai oleh ‘penjenayah’ bekas tentera yang berpangkat Pegawai Waran.

6. Sebagai maklumat, Pegawai Memerintah Bn 304 Rej Askar Wataniah semasa berlakunya kejadi tersebut kini telah ditukarkan dengan Pegawai Memerintah yang baru, Pegawai memerintah yang lama kini ditempatkan di Markas 6 Brigade bertempat di Sg Petani untuk siasatan dan tindakan tatatertib selanjutnya kerana e\semasa kejadian tersebut berlaku beliau tidak berada di Kem dan tinggal di Jitra, Kedah. Hanya selepas dihubungi beliau kembali ke Kem Grik seterusnya membuat Laporan Polis pada jam lebih kurang 0500 pagi Ahad.

PENDAPAT PENULIS

7. Berdasarkan sebahagiandaripada Laporan Lembaga Penyiasatan TD yang telah diperolehiseperti diterangkan di atas adalah sangat mustahil untuk diterima logiknya untukdimuakan pelbagai jenis senjata serta peralatanya seperti M16/M203, GPMG, Bayonet, Tripode GPMG, LMG, kampit alat tambahan GPMG, Magazine peluru Mi2 dll yangmana persenjataan yang dicuri berkekuatan untuk 1 buah Kompeni boleh dimuatkan ke dalam 1 buah Pajero.

8. Terlalu sukar untuk dipercayai rompakan di Kem tersebut hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit seperti yang dilaporkan oleh media kerajaan kerana persoalan yang mahu kita fikirkan bersama adalah seperti berikut: (Apakah ini semua boleh dilakukan dalam masa 30 minit?)

a. Masa yang diambil untuk menawan Balai Pengawal Kem Grik?

b. Masa yang diambil untuk 1 buah Pajero bergerak ke setor senjata dan 1 buah Pajero lagi bergerak ke Gudang Peluru?

c. Masa yang diambil untuk mengejut Penjaga setor senjata pada ketika itu sedang tidur berselimut serta sedang dibuai mimpi-mimpi indah untuk bangun dan membuka pintu setor senjata?

d. Masa yang diambil untuk membuka mangga-mangga kunci terdapat di rantai-rantai yang dimasukkan kepada setiap lobang picu (trigger) laras M16 dan lain-lain senjata di rak-rak senjata yang disediakan?

e. Masa yang diambil untuk menarik keluar rantai-rantai dari setiap lobang picu laras M16/M203, GPMG, LMG, membuka tempat khas/kotak khas menyimpan Bayonet, Magazine peluru, dll peralatan dalam setor senjata?

f. Masa yang diambil untuk membawa/memunggah semua jenis senjata dan lain-lain peralatan dari setor senjata ke 1 buah kenderaan Pajero serta memasukkan (‘loading’) ke dalam kenderaan tersebut dengan menggunakan tenaga kerja 5 orang ‘penjenayah’ disamping untuk mengawal Penjaga setor yang ditawan? MUSTAHIL semua senjata boleh dimuatkan dalam kenderaan tersebut dengan masa yang diambil.

g. Masa yang diambil untuk menawan Pengawal gudang peluru, seterusnya membuka pintu pagar gudang tersebut. Sebagai maklumat, sekeliling gudang peluru adalah berpagar, mempunyai hanya satu sahaja pintu pagar untuk masuk kedalam gudang peluru dan di kawal oleh Pengawal-pengawal. Gudang peluru mempunyai beberapa bahagian asing dengan pintu-pintu berlainan untuk setiap jenis peluru/bom untuk disimpan. Peluru/bom disimpan berasingan mengikut jenis-jenisnya dan tidak boleh disimpan campur aduk semua jenis peluru/bom dalam satu tempat. ‘Penjenayah’ juga terpaksa menggunakan pemotong besi untuk memotong mangga-mangga kunci sepertimana laporan Lembaga Penyiasatan seterusnya membawa/memunggah peluru/bom dari gudang peluru ke 1 buah kenderaan Pajero serta memasukkan (‘loading’) ke dalam kenderaan tersebut dengan menggunakan tenaga kerja 5 orang ‘penjenayah’ disamping untuk mengawal Pengawal-pengawal gudang peluru yang ditawan? MUSTAHIL semua senjata boleh dimuatkan dalam kenderaan tersebut dengan masa yang diambil. h. Bayangkan kenderaan-kenderaan yang terlibat kesetor senjata dan ke gudang peluru sudah pasti berada dijarat tertentu dan bukannya berada ‘door to door’. Oleh itu sudah pasti masa yang diambil untuk menggangkut dari setor senjata/gudang peluru dan memunggah kedalam kenderaan tersebut?

i. Adakah ‘penjenayah’ tahu lokasi setor senjata dan gudang peluru?. Sudah pasti jarak dari Balai Pengawal ke lokasi tersebut jua melibatkan masa.

j. Untuk maklumat, dimana-mana setor senjata TD sepertimana SOP (‘Standing Order Procedure’), di dalam setor tersebut hanya dibekalkan 20 butir/rounds peluru kepada Penjaga setor senjata untuk digunakan semasa kecemasan.

9. Adakah kita dimaklumkan oleh media kerajaan bahawa ‘penjenayah’ juga menawan dan memecah masuk ke gudang peluru?. TIDAK. Hanya diceritakan cuma setor senjata sahaja! Apakah boleh diterima segala perancangan ini dapat dilaksanakan dalam masa lebih kurang 30 minit?. Jawapannya sudah pasti ‘MUSTAHIL’. Ini adalah kerana’ penjenayah’ memerlukan:

a. Mempunyai Anggota-anggota yang benar-benar pakar dan ‘profesional’ untuk kerja-kerja ini. Ini tidak, seperti laporan media kerajaan, ‘penjenayah terpaksa melepas tembakan membuta tuli di Sauk untuk latihan atau membiasakan diri dengan senjata-senjata yang dirampas. Salah satu prinsip peperangan telah tidak dipatuhi disini iaitu KERAHSIAAN (Secrecy).

b. ‘Penjenayah’ perlu menjalani latihan raptai atau’rehearsal’ berulangkali sebelum melakukannya sepertimana yang telah dilakukan oleh sebuah unit TD yang dipilih iaitu dari Rejimen Renjer DiRaja (RRD) pada ketika ini telah berminggu-minggu membuat raptai bagi ‘Demonstrasi Lakonan Semula’ pihak kerajaan bagi memastikan ‘Malaysia Boleh’ dalam masa 30 minit itu pun untuk diisikan dalam 3 buah Pajero.

c. Mereka ‘penjenayah’ perlu mengetahui kedudukan lokasi penempatan jenis peluru dan bom yang disimpan di gudang peluru. Ini tidak, bom Mortar yang tidak berkenaan dengan senjata yang dicuri juga diangkut bersama, kerana tidak pun disebut menyatakan senjata pelancar Mortar juga dicuri. Tidak terdapat pelancar Mortar dicuri seperti laporan media kerajaan. Bayangkan bertapa’BODOH’ )seperti Mahathir jawap anak saya) ‘penjenayah’ tersebut turut menggangkut bersama bom Mortar. Tidak juga dilaporkan oleh media kerajaan jenis peluri yang dicuri, hanya menyatakan peluru jenis kaliber 5.56mm berjumlah 5,000 butir/rounds untuk M16 yang dicuri ‘penjenayah’ tetapi salah satu yang bertubi-tubi meletup di Sauk yang menyebabkan kecederaan pada seorang anggota TD berpangkat Sarjan dan dimasukan ke Hospital Taiping adalah dari berkokoknya senjata GPMG yang menggunakanpeluru kaliber 7.62mm yang mana senjata GPMG ini menggunakan peluru 7.62mm berangkaian, tidak pula kelihatan peluru rangkaian 7.62mm dalam mana-mana media kerajaan.

10. Mengenai’Demonstrasi Lakonan Semula’ pihak kerajaan anjuran Datuk Seri Najib yang dijadualkan pada Rabu ini, seolah-olah membuktikan kebenaran bahawa ‘Peristiwa di Grik dan Sauk’ memang benar sebuah ‘LAKONAN’ atau ‘GIMIK POLITIK’ dari pihak kerajaan dalam usaha terhadap isu untuk gugurkan perkataan ’ISLAM’ dari sebuah parti pembangkang milik dan ‘favorite’ rakyat dewasa ini di mana kerajaan telah menggunakan kumpulan Al’Maunah’ berkemungkinan telah diserapkan siput babi (SB) kedalam kumpulan tersebut untuk tujuan tertentu yang pastinya kumpulan Al’Maunah keseluruhan ahlinya berugama Islam untuk menakutkan kaum yang bukan berugama Islam di negara ini dengan peristiwa penbunuhan yang berlaku di Sauk. Politik Itu Kotor (‘Politic Is Dirty) walaupun terpaksa membunuh orang.

11. Lupakan soal Al’Maunah,kembali kepada Demonstrasi Lakonan Semuala yang akan dilakonkan oleh anggota RRD pada Rabu ini, di mana nanti semasa demonstrasi itu akan mempamirkan semua senjata, peralatan dan peluru/bom akan dimuatkan, diisi dan disusunkan kedalam 3 buah Pajero, ini tidak sama seperti kenyataan salah seorang anggota TD yang diberi kepada Lembaga Penyiasatan TD sebagaimana yang disebutkan di atas. Tolonglah Datuk Seri Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat jelata terutama kami bekas-bekas tentera dengan demostrasi ini, cukuplah sendiwara yang telahpun dilakonkan di Grik dan Sauk, janganlah untuk tegakkan benang yang basah (‘damage have being done by a stupid monkey’)(stupid monkey like Mahathir said my son) rakyat tahu dan Allah Maha Mengetahui. Janganlah diperalatkan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan TD serta RRD khususnya demi untuk mem’BODEK, KIPAS dan PAYUNG Mahathir laknat demi kepentingan kedudukan Datuk Seri yang boleh dikatakan tergugat ketika ini disebakan peristiwa di Grik dan Sauk, lebih lebih lagi dengan sokongan majoriti para perajurit Tanahair Ku menyokong Barisan Alternatif pada pilihanraya yang lepas amnya dan pilihanraya Telok Kemang Khususnya walaupun sebagai pengundi pos.

12. Bagi para pemerhati terutama 6 orang dari pihak pembangkang dari Barisan Alternatif sila kemukakan persoalan di atas semasa demonstrasi pada Rabu ini dan juga mohon dapatkan Laporan Penoh dari Lembaga Penyiasatan TD peristiwa pencerobohan/kecurian senjata/peluru di Kem Grik kerana apa yang saya perolehi hanya sebahagian daripadanya.

13. Sepatutnya demonstrasi tersebut patut diadakan semula di Kem Grik bukannya di Dataran Mindef, Kuala Lumpur. Apakan perlu diadakan latihan raptai berminggu-minggu oleh anggota RRD yang kita tahu kepakaran mereka pun masih memerlukan ‘rehearsal’, ini semua hanya untuk menggelabukan mata rakyat. Sekiranya pihak kerajaan berani menyahut CABARAN saya ini, saya mencacabar Datuk Seri Najib bagi pihak kerajaan supaya demonstrasi tersebut diadakan di Kem Grik dengan menggunakan orang awam atau anggota TD yanglainnya yang tidak terlibat dalam rehearsal ‘Lakonan Semula’ melaksanakan demonstrasi tersebut seperti yang diilhamkan ole Datuk Seri Najib.

PENUTUP

14. Adalah diharapkan wakil Barisan Alternatif yang dijemput hadir pada demonstrasi Rabu ini memaklumkan kepada pihak berkenaan seperti pendapat di atas. Perhatikan cara-cara senjata, peluru danlain-lain peralatan sudah pasti akan tersusun dengan rapi, maklumlah telah diraptaikan berkali-kali dan perhatikan setiap anggota TD yang terlibat tahu tugas masing-masing seperti diarahkan dan apa yang perlu dilakukan ‘drill’nya. Minta dari jawatankuasa demonstrasi tersebut atau daripada Datuk Seri Najib supaya menggunakan anggota TD yang lain yang tidak terlibat dalam raptai untuk demostrasi ini untuk membuat ‘Demonstrasi Semula Demonstrasi Lakonan Semula’, seratus peratus saya pasti semuanya akan berterabur dan senjata, peluru/bom serta lain-lain peralatan bersertakan 15 anggota akan berada dalam keadaan tunggang-langgang dalam kenderaan dan pastinya dengan 3 buah Pajero belum pasti boleh memuatkansemua senjata, peluru/bom, dan lain-lain peralatan bersertakan 15 orang. Sudah pasti lain dari standard yang dibuat oleh anggota RRD yang terpilih serta telah membuat raptai demi raptai terdahulu. Haru-biru jawabnya. Dan semestinya pasti Datuk Seri Najib sudah pasti tidak dapat lelapkan mata, silap-silap haribulan jadilah seperti bekas MB Selangor.

15. Sekali lagi kita akan saksikan pembohongan besar kerajaan!!!.



X-ARMY OFF



***Sila edarkan kepada sesiapa sahaja.