Laman Webantu   KM2A1: 2572 File Size: 8.3 Kb *



Kebangkitan ulamak filosofi
By web aNtu

17/8/2000 9:16 pm Thu


[Artikel ini ditulis sempena penangkapan Ustaz Shamsuri.]

Pada awalnya saya tidak berhajat utk menggunakan forum ini utk memaparkan isu2 keilmuan ugama dan filosofi hidup yg sebenar, tetapi memandangkan ia mungkin kurang bergetar (dengan hit), terpaksa saya lakarkan beberapa siri2 penulisan untuk memecah kesunyian forum ini. Saya kira ini lebih bermenafaat daripada perbualan kosong yg buang "karen" sahaja.

Prolog:

Islam itu luas, dan merangkumi setiap aspek kehidupan. Ia laksana formula ubat-ubatan utk menyembuhkan setiap penyakit yg akan memusnahkan manusia, baik penyakit yg kelihatan maupun penyakit yg tidak kelihatan. Ia lengkap dengan segala pantang dan larang supaya luka tidak berdarah dan kembali parah. Ia juga mengandungi preskripsi yg ekstra untuk mengikat nafsu yg mudah tidak menyabar. Islam bukan perhiasan untuk kelihatan lawa, bukan mekap untuk membolot gelar, bukan pertunjukkan ubah dan suai, sebaliknya ia lembaian kod2 ideologi buat tunjuk dan ajar, faham dan amal, bukan setakat buat seorang manusia, malah seluruh masyarakat yg ada - baik jin atau manusia.

Filosofi:

Saya berani katakan ramai org Islam yg sebenarnya sudah mati sedangkan mereka masih bernyawa. Salah satu cara utk menghidupkan orang Islam yang mati ialah dengan menggerakkan simati itu. Proses ini dinamakan reformasi, islah atau suntikkan2 kesedaran. Maka oleh sebab itulah ramai ulamak2 mengarang dan memberi kuliah2 - malah Nabi (saw) tidak pernah ketinggalan memulakan episod2 penerangan dari beliau muncul hinggalah beliau dipanggil menemui Tuhan.

Antara ulamak2 dahulu kala yg menekankan bidang filosofi ialah Imam al Ghazali - sampai sekarang nama beliau menjadi sebutan. Pada abad ini filosofi muncul kembali - bukan dibumi Arab, sebaliknya di negeri Iran. Antara ulamak Iran yg banyak mengolah filosofi ialah Murtaza Mutahari dan Behesti. Kedua2 mereka adalah orang yang tersangat rapat [orang kanan] dengan Imam Khomeini. Kedua2nya telah dilenyapkan oleh peluru dan bomb puak2 kufar - tetapi hasil pena mereka tidak padam2 sehingga sekarang. Mengapa mereka dinyahkan oleh musuh2 Islam [prime target]? Sekarang cuba anda lihat di Malaysia, siapakah ulamak kita yang sudah dan baru ditangkap sekarang?? [Hint: Ustaz yang ada laman internet, ada kelas2 ugama, kaset2nya popular dll]


Kebaikan dan Islam punca kemajuan

Seperti yg kita maklum, barat memang tidak akan senang apabila org Islam hidup dan menjiwai Islam. Orang Islam akan menjadi lebih maju, lebih matang, dan seterusnya dapat melaksanakan keadilan dan keamanan yg sebenar. Apabila ini berlaku kekayaan bumi Islam tidak akan dapat dirompak oleh robot2 barat dengan sewenang-wenang. Malah banyak syarikat2 barat tidak akan dapat membilang keuntungan bila arak, judi, kondom dan dadah sudah tidak dikehendakki oleh pasaran secara spontan. Akhirnya akan lahirnya generasi pemikir ala ibnu Sinna, ibn Khaldun dll di negara Islam. Ia lahir kerana jiwa dan minda kita sudah bersih, kerana dunia ini sebenarnya mengandungi pelbagai ilmu2 dan bidang2 yg tidak akan dapat dicapai dan diterokai selagi minda tidak terang dan mata masih berselaput dengan kesamaran akibat limpahan budaya songsang. Sebab itulah kalau kita kaji hasil2 ciptaan dan rekaan sprt Da Vinci, Edison dll - mereka2 ini bukannya dari spesis manusia yg jahat - mengapa? Sebab kebaikan mengasah, menjernih dan menajamkan pemikiran. Tidak ramai orang jahat mencipta kemajuan, mereka cuma mencipta kemusnahan yang di sembunyikan dibalik tabir bernama "wawasan" !!

Sebab itu kita selalu dengar perkataan ibu kejahatan, cucu cicit kejahatan dan macam2 lagi istilah utk menggambarkan bahawa ibu yg mengandung satu kejahatan akan menghasilkan beribu2 anak2 kejahatan yg lain yg akan memusnahkan tamaddun dan maruah manusia. Akibatnya yg baik dikatakan jahat dan yg jahat dipandang baik. Minda kita sudah pun disongsangkan. Sumber2 ibu kejahatan ini tidak lain tidak bukan, bersarang di tampuk pemerintahan - baik negara maupun hati manusia. Akibatnya kita terpenjara - selagi kita tidak berusaha memusnahkankannya. Persoalannya bagaimana?

Dari latihan2 dan mendalami falsafah atau ilmu2 dlm Islam juga. Kesemua ibadat2 dlm Islam mempunyai ciri2 yg sama - iaitu untuk melatih diri menjadi hamba yang taat 100% kpd Tuhan, bukan kepada manusia dan bukan kpd kebendaan. Walaupun ada ganjaran yg tidak nampak seperti pahala - itu pun belum cukup untuk "lulus" ujian dalam dunia yg mencabar ini. Ada sesuatu yg akan membuat ganjaran tersebut menjadi sia2.

Sebab itulah saya kerap mengatakan gerakan Islam bukan mengejar markah kerana markah penuh pun belum cukup untuk masuk syurga. Tanpa keredhaan ilahi kita tak kemana2 - jangan harap mencium syurga.


Manusia dari kacamata al Quran:

Kisah Nabi Adam sprt yg tertera di dlm al Quran menunjukkan manusia yg dicipta Tuhan mengandungi dua unsur - material dan spiritual.

"The story of Adam as potrayed in the Quran shows that in the course of his material development and physiological changes (22:5), man reached a stage where he obtained a new birth (23:14) with the infusion of the Divine Spirit (32:9).

Then in the course of his normal development, he suddenly experienced a divine change as the result of which he was transformed into such a super being (17:70) that even the angels (malaikat) were asked to pay obeisance (38:72) and the world forces were made subservient to him.

The Forbidden tree of Paradise is not that knowledge which should not be approached, but it is atree of lust (nafsu) which should be controlled. It is a means by which man tests his will-power and the power of self control. Even man's disobedience is a symbol of the freedom granted to him by Allah.

To have access to "knowledge" is not forbidden to him. In fact, it is a gift with which he has been especially blessed. Allah taught him that which none else knew (96:5).

Knowledge is one of the factors by which man gained superirority over the angels. (2:31)

Even Adam's explulsion from Paradise was a forrunner of a sort of self sufficiency, the blooming of his talents and the beginning of his creative struggle (7:24). It was a stage preliminary to his self-making. Though "fal" came in the wake of disobedience, but it did not culminate in condemnation dan permanent contempt. As the result of seeking forgiveness and attaining self-counciousness, it become a matter of blessing (20:121-122).

Allah appointed man as His Kalifah on the earth (2:30), that is to say that He gave him authority and power. Not only that, whatever man could use and could control in the heavens, was also subdued to him (31:20).

Allah is not apprehensive of man. He urges him to settle on the earth (11:61) and make use of all the forces hidden in its mountains and plains (67:15),

Man is neither a predestined being (75:36) nor has he been given a free reign to pa#s an aimless life (23:115).

Man has been endowed with many capabilities (76:2) and innate guidance (97:7-8), which if not corrupted, lead him to truth, knowledge (30:30) and all stages of creative skills, including those of NEW DISCOVERIES based on previous experience.

Besides that man is also the bearer of the "Divine Trust" (33:72), representing conciousness, will and power of choice, which are the symbol of his humanity and make him a responsible being". - Philosophy of Islam

[Nombor dalam kurungan ialah sura:ayat]

Kesimpulan:

Kita muncul di dunia ini bukan untuk bermain senang2 atau enjoy sakan. Ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan. Kita sudah diberi sumber2 (resources) yg cukup oleh Tuhan untuk menghadapi cabaran2 kehidupan dan melaksanakan kewajipan kita di muka bumi ini. Jangan biarkan sumber2 ini dicemari - sebaliknya marilah kita sama2 mengasah sumber2 ini agar dapat memberi kita panduan yg mana Pokok yg kelihatan sedap buahnya tetapi sebenarnya dilarang. Kita memerlukan nasihat yg berpanjangan, tetapi hari ini kerajaan sudah mula menutup ruang2 kesedaran. Kita sudah dibisikkan oleh fantasi dewata2 - baik di tampuk pemerintahan. maupun di pentas nyanyian Ning dan Nang. Ulamak sebenar sudahpun dipenjarakan tapi kita masih berangan-angan.


-- bersambung Insya Allah.