Laman Webantu   KM2A1: 2568 File Size: 2.8 Kb *



Perniagaan maklumat reformasi
By web aNtu

16/8/2000 11:45 pm Wed


Teringat saya akan satu hadis semasa mendengar ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man:


"Ulamak hendaklah menzahirkan pendiriannya.."

Masalah hari ini ulama2 perlu tampil kedepan. Teringat saya satu ceramah di Taman Sri Keramat, KL di mana rakyat yg datang melimpah2 sampai padang bola pun tak muat kerana nak mendengar hujah Prof Dato Harun Din dan lain2 penceramah. Yang menarik Azmin Ali dan Ust Ismail Khamus menang di kawasan2 ini.

Saya berpendapat strategi ini amat berkesan. Kita akui Umno sekarang sudah mula menutup ruang utk berceramah - baik dalam masjid maupun diluar masjid. Sekarang apa kita nak buat?

Saya mencadangkan agar siapa2 yg ada kedai (seperti kedai runcit atau kedai buku) memulakan satu perniagaan baru - iaitu menyewa kaset2 ceramah dan menyewa buku ugama. Kalau kita perhatikan di Malaysia (terutamanya di KL) ada banyak kedai2 yg menjalankan aktiviti sewa buku cerita - terutamanya buku cerita atau komik2 cina. Mengapa kita tak turut serta berniaga sewa menyewa macam ni? Entah2 dapat pahala ?? Ini lebih baik dari perniagaan sewa cerita mat salleh [video] yg isi kandungannya kadang2 merbahaya.

Harga kaset2 ini tidak mahal - kalau beli cuma RM3 ke RM4 sahaja. Kalau kita perhatikan kaset2 ini - ada ceramah tertentu yang sesuai untuk golongan2 tertentu (levels of understanding, age etc). Strategi ini adalah antara strategi yg dibuat oleh pejuang2 di Mesir, Iran dsb. Dengan menyewa pita2 ini atau membuat CD MP3 ceramah, saya rasa maklumat akan dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan bersemangat daripada penulisan2 di dunia cyber ini.

Selain itu sepatutnya kita mepunyai satu sistem forum yg dikendalikan oleh ulamak (webmaster org biasa tapi "berkerja" dengan ulama). Melalui forum ini, ulama tersebut akan mengulas setiap isu - sekurang2nya satu artikel sehari. Forum ini hendaklah menitik beratkan atau bercorak isu semasa - termasuk hal ehwal ugama (seperti kes2 JAIS) dsbnya. Laman seperti ini boleh berniaga dengan menjual ceramah atau video dlm bentuk MP3 dan VCD secara e-commerce. [bayar gaji webmaster, ulama, bill internet, dan yg lebihnya sedeqah kpd perjuangan].

Kita juga adakan satu konsep hadiah bulanan kpd artikel2 sumbangan pembaca yang terbaik. Hadiah tersebut berupa kaset, VCD, atau buku2 ugama.

Tujuan utama sistem ini ialah utk merapatkan ulama dgn rakyat - kerana ulama adalah pelita umat. Selain itu kita mahu menghidupkan budaya ilmu dikalangan rakyat. Saya bersedia memberi pertolongan sekadar yg terdaya.... - misalnya sebagai penolong webmaster.

Sekian - sila fikirkan....