Laman Webantu   KM2A1: 2566 File Size: 7.0 Kb *



Siapa yang harus sedar?
By Tok Misai

16/8/2000 7:19 pm Wed


Saya tertarik dengan satu posting di FGR pagi ini dari seorang netter (yang
saya percaya adalah dari kalangan penyokon Umno) yang meminta penyokong BA
supaya menyedari bahawa perjuangan mereka selama ini sia2. Dengan kata lain,
penyokong2 BA diajak memberikan sokongan kepada Umno jika mahu selamat.


Saya berpendapat bahawa nasihat yang mengajak dan menyuruh agar manusia sedar diri ini dalam kontek "sedar diri" yang sebenar, bukan hanya patut ditujukan pada BA saja. Malah mesej ini mesti ditujukan kepada semua umat manusia, lebih2 lagi kepada mereka yang mengaku beragama Islam.

Di sebabkan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua orang yang membaca posting ini supaya tilik kembali dalam diri sendiri agar kita semua akan sedar samada landasan aqidah dalam diri kita adalah dalam keadaan yang betul atau tidak - tak kiralah kalau kita ini orang Pas ke, Umno ke, Keadilan ke, atau sesiapa saja yang mengaku beragama Islam baik yang terlibat dalam politik atau tidak.

Kalau kita semua faham apakah tuntutan disebalik kalimah suci tauhid yang berbunyi "Laa ilaha illallah" dengan betul, saya yakin semua masalah akan selesai Insya-Allah. Tapi oleh kerana kita tak faham dan sengaja tak mahu faham tuntutan Tauhid, maka porak perandalah jadinya kita. Bila diri kita porak peranda, keluarga kita pun pasti kecuh. Dan bila keluarga kita kecuh, maka masyarakat pula pasti ribut. Dan bila masyarakat jadi ribut, negara kita pula pasti tunggang langgang.

Apa yang pasti ialah kita lihat Umno tak habis2 dengan mempertahankan dasar sekular Taghutnya yang berwalikan syaitan, yang Pas pulak tak reti nak jaga akhlak diri dan sombong dengan ilmu agamanya yang hanya ada sekelumit itu, manakala KeAdilan pulak taksub kepada seseorang pemimpin hingga tanggungjawab diri sendiri kepada Allah dan Rasul pun sampai terlupa. Masing2 kita tak boleh kena tegur. Bila kena tegur, semua melenting sebab masing2 ingat dia betul. Tapi tak sedar diri yang dia itu mungkin sedang berada hanya setapak dari jurang neraka.

Jangan lupa yang esok bila dah mati, semua orang akan kena soal dengan Allah. Jangan fikir bila kita jadi ahli Umno ke, ahli Pas ke, ahli Keadilan ke, kita akan gerenti selamat. Ini semua tipudaya syaitan yang buat kita fikir begini. Jangan ingat kita ini kebal dari hasutan dan godaan syaitan. Oleh itu kalau kita mengaku kita orang Islam, sila ambil tahu apa maknanya kita jadi orang Islam. Kembalikan hak Allah dan Rasul balik kepada tempatnya yang sesuai, dan ketahuilah apa peranan kita selaku hamba yang hanya sekadar menumpang di atas bumi milik Allah ini. Yang tak habis2 tunjuk sombong sangat ni, kenapa? Yang tunjuk samseng tak bertempat sangat ni pada Allah, apasal?

Bagi yang menyokong Umno dan Keadilan tu, tolong betulkan niat perjuangan masing2 dan gunakan kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah untuk berjuang. Kalau Islam bukan dalam agenda perjuangan kamu, bersiap sedia untuk ke neraka jahannam kerana kamu tidak layak mengaku sebagai orang Islam dan tidak layak mendapatkan Rahmat Allah serta syafaat Rasulullah SAW. Orang yang mengaku Islam adalah orang yang cinta kepada Islam dan dia akan berusaha untuk memertabatkan Islam. Orang yang mengaku Islam pasti akan mencintai Allah dan RasulNya dan akan mengikut segala tunjuk ajar baginda Rasul SAW. Mustahil kita mengaku menganut agama Islam tapi pada masa yang sama kita tolak Islam atau tak mahu ikut ajaran Rasulullah kerana merasakan bahawa ada sistem atau kaedah lain yang lebih sesuai untuk digunakan dan perlu didaulatkan dalam segala aspek yang terlibat dengan urusan agama (ibadat) dan keduniaan (muamalat) kita.

Dan bagi yang menyokong Pas pula, jangan ingat bila kamu ghairah sangat nak tumbangkan Umno dan dirikan negara Islam di Malaysia maka kamu sudah pasti akan selamat dari ancaman siksaan neraka. Ingat2 sikit bahawa manusia itu masuk syurga hanya kerana Rahmat Allah, bukan kerana amal ibadatnya yang dia kira sudah banyak dan bertimbun itu. Sedarlah bahawa amal ibadat dan segala kebaikan yang kita kerjakan dalam kehidupan kita seharian sikit pun tak akan bagi apa2 menafaat pada Allah kerana Dia Maha Kaya dan tak memerlukan apa2 dari hamba2Nya. Sebaliknya, segala amal ibadat yang kita disuruh lakukan oleh Allah dan RasulNya hanyalah untuk melatih diri kita agar jadi hamba Allah yang tawadhuk dan kenal hakikat siapa diri kita selaku hamba kepada Allah. Tak guna kita beramal tapi hakikat kenapa kita beramal ibadat kita tak tahu pulak. Hanya orang2 yang faham apa makna syukur sahaja yang akan mampu memahami hakikat ini kerana orang2 yang bersyukur akan sentiasa berusaha untuk mendapatakan keredhaan dan rahmat Allah.

Jadi, kalau kita tak reti bersyukur dan tak mahu latih diri kita bersyukur, maka sia2 sajalah semua amalan kita kerana orang yang tak bersyukur sudah tentu tidak akan ikhlas dalam mengerjakan amal ibadatnya. Disebabkan ini, sila betulkan sikap dalam diri sendiri dan buat apa yang patut untuk melayakkan diri untuk mendapatkan Rahmat Allah. Sia2 saja terpekik dan terlolong ke sana ke mari nak tegakkan Islam tapi dalam hati kita sendiri bergelumang dengan sifat2 tercela seperti ujub, riak, sombong, takabbur dan segala2nya yang termasuk dalam sifat2 mazmunah. Janganlah kita jadi munafiq dan gunakan Islam untuk memenuhi agenda kepentingan peribadi kita kerana tempat kembali bagi orang munafiq itu juga sama seperti orang kafir - NERAKA JAHANAM!

Kenyataan saya ini dibuat di sini adalah dilakukan secara am yang boleh kita semua nampak dengan jelas. Ia bukannya ditujukan kepada mana2 pihak secara peribadi. Jadi, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Saya percaya orang Umno, Pas dan Keadilan semua memang tahu apa rasa cili.

Oleh itu, tolong sedar diri sikit tentang hakikat siapakah kita selaku hamba Allah dan siapakah Allah pula selaku Maha Pencipta dan yang Maha Memiliki segala-galanya dalam alam semesta. Sedarlah bahawa sesungguhnya maut itu akan datang dengan tiba2, dan janganlah kita mati melainkan dalam iman. Samada kita suka atau tidak dan bersedia atau tidak, kita pasti akan menghadap Allah pada satu hari nanti. Tak tertanggung azab Allah nanti jika kita tak buat apa2 persediaan semasa kita masih hidup untuk mengelakkan diri dari dihumban ke dalam neraka. Esok bila kita mati dan menempuh alam akhirat, ada dua saja tempat untuk kita kembali iaitu samada ke syurga atau neraka. Tak ada apa2 di antaranya. Kalau kita mahu syurga, ayuh sedarkan diri kita dari kelalaian dan kelekaan yang sedang sentiasa membuai kita sekarang. Perbetulkanlah agenda hidup kita dan berperangailah sebagaimana orang Islam sepatutnya berperangai. Letakkanlah kepentingan Islam lebih tinggi dari segala-gala yang lain.

Inna lillah hi wa inna ilaihi roji uun...
(Daripada Allah kita datang, dan daripada Allah jugalah tempat kita akan kembali).

Salam kasih sesama Islam,
Tok Misai
16/8/00 (Rabu)
10:10 pagi