Laman Webantu   KM2A1: 2565 File Size: 3.2 Kb *



Peranan media internet & refomis senyap
By web aNtu

16/8/2000 5:51 pm Wed


Beberapa penganalisa berpendapat Mahath1r sekarang sudah panik. Ini berdasarkan
beberapa rancangan yang tidak menjadi kerana disebabkan beberapa faktor
seperti:

1- skrip tidak professional dan banyak kecacatan yang tidak masuk aqal.

Hujah2 boleh didapati dengan banyaknya dilaman2 web. Semua isu dikupas oleh penulis2 laman web.

2- polis sentiasa terlibat dalam semua skrip.

Semua kematian2 dan pengakuan2 melibatkan simangsa yang pernah berada dalam perhatian/pemeriksaan polis. Kes terakhir - Jaafar Puteh. Manakala kes dera yang terakhir - Tian Chua.

3- kemudahan internet dan kehadiran penulis2 sukarela di dunia siber berjaya membongkar kepalsuan2 dan jenayah umno.

4- kejatuhan MB Selangor dalam waktu yg singkat dikala kes JAIS masih panas menandakan zaman untuk pemimpin umno berlagak2 kebal sudah tiba kepenghujungnya. Sekali lagi media internet memainkan peranan.

5- Pengguna internet sekarang bukan golongan terpelajar sahaja. Golongan tua dan berpangkat rendah seperti "jaga pintu" sudah tahu menggunakan email, chat, mailing list dll. Golongan tua dan "rendah" ini dipercayai lebih banyak menyebar maklumat - berbanding golongan muda kerana mereka kerap kekedai2 kopi, borak2 dll.

6- Penangkapan:
Sebaik sahaja p/raya berakhir, beberapa siri tangkapan dibuat. Anjing2 nampaknya begitu aktif sejak akhir2 ini - ia berkeliaran atas jalan, atas kuda, dan atas udara (helikopter) membayangkan mahath1r cukup takut maka ia cuba menakutkan rakyat supaya tidak turun padang.

7- Isu2 ciptaan: Tahun ini sahaja macam isu2 dicipta - Kes Sauk , penciptaan letupan di Kelang, penciptaan isu persoal keistimewaan melayu dll dengan tujuan untuk umno menjadi jagoannya. Isu2 ini juga akan dijadikan alasan utk agenda kotor umno yg seterusnya.

8- Kebangkitan ulamak: Salah satu resepi kejayaan reformasi atau revolusi ialah kebangkitan ulamak dan kesedaran rakyat. Umno menanganinya dengan menutup masjid, menutup ruang media cetak dan melakukan penangkapan atau pengaiban terhadap ulamak.

9- Reformis "senyap": Ini adalah satu kumpulan pejuang yg tidak dapat dikenali, baik oleh pejuang sendiri maupun oleh polis speSIAL mahath1r. Mereka memainkan peranan yang amat penting dan berada di mana2, termasuk dalam umno, utusan meloya, harian metro, RTM, dll. Ada banyak kes (tapi tak boleh didedahkan di laman ini) dimana pejuang2 "senyap" ini membongkar rahsia dan kecacatan skrip2 rekaan mahath1r. Kes terakhir - Sauk dan kes MB Selangor.

10- Polis Reformasi: Golongan ini adalah antara reformis senyap juga - tetapi mereka amat berhati2 dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Siapa yang membongkarkan kehadiran Petai di Bukit Aman pada malam AI dilebamkan? Siapa yang menyebarkan berita AI dilebamkan, AI cuba diracunkan, kes Memali, kecacatan drama Sauk, dll? Polis ini adalah antara pejuang yang amat ditakuti oleh mahath1r - sebab itulah dalam banyak kes, mahath1r menggunakan gang pemakai topeng.

Sekian untuk renungan....