Laman Webantu   KM2A1: 2563 File Size: 2.9 Kb *



Demo Sauk: Bukti akbar gagal
By web aNtu

16/8/2000 7:32 am Wed


Berikut adalah liputan permainan bola pasukan PJ [pejuang] melawan pasukan
MM [Media Mahath1r].

Pendedahan kes Sauk secara besar-besaran dan kejanggalan beberapa fakta menyebabkan hakim memberi markah kepada pasukan PJ.
[Score PJ 1 MM 0].

Penggunaan orang2 awam sebagai perisai amat memalukan.
[Score: PJ 2 MM 0]

Memasang lagu ditengah2 malam buta mencemar profesionalisma permainan.
[Score: PJ 3 MM 0]

Mayat dikatakan busuk walaupun baru kena tembakkan.
[Score: PJ 4 MM 0]

Tali gantung terlalu rendah.
[Score: PJ 5 MM 0]

Kemunculan Mahath1r di kaca TV dalam sesi wawancara tidak menambahkan apa-apa markah, malah menyebabkan 3 markah ditolak kerana mengada2 benda yang tak ada. Minah2 kilang masih berkerja di kilang yang dikatakan ada letupan manakala pendita2 kuil heran bagaimana ilmu apa mahath1r pakai kerana "tuhan" mereka segar bugar dan tidak "cedera" walaupun di "bom".
[Score PJ 5 MM -3]

Beberapa hari selepas wawancara satu letupan di pusat membeli belah di Kelang kedengaran tapi kini ia tiba2 senyap dan hilang dari pemberitaan. Gangster speSIAL agaknya tersilap baca peta - tiang gol permainan bukan di Kelang. Keputusan hakim rakyat: Tolak satu markah.
[Score PJ 5 MM -4]

Foto Jaafar puteh di akbar harian menunjukkan beliau menjadi pelakun serba serbi - beliaulah pengganas dan beliaulah tebusan. Tiba2 pelakun ini meninggal dengan doktor gagal mengesan punca sebenar kematian. Hakim Rakyat memutuskan 100 markah terpaksa ditolak tapi disebab rasa kesian, hakim rakyat memutuskan untuk menolak 50 markah dari pasukan MM dan permainan serta-merta ditamatkan.
[Score PJ 5 MM -54]

Penolong ketua pasukan MM tidak berpuas hati dan mahu mengadakan satu permainan tayang-tayangan untuk membuktikan pasukan MM sepatutnya menang. Hakim rakyat menggeleng kepale - askar dilatih untuk berperang - bukannya untuk berlakun ikut arahan. Apatah lagi lakunan ini mesti ada sesi latihan. Keputusan Hakim: boleh dibuat demo tapi markah tidak akan bertambah - tapi akan semakin berkurang!

Kesimpulan:

Tercetusnya satu idea untuk mementas semula aksi memunggah senjata ke tiga buah pajero menunjukkan penulis2 dan wartawan2 upahan umno sudah gagal atau tewas berperang! Sia2 aje bagi gaji mahal - penulis2 sukarela internet lagi cekap dan lagi tajam mengupas semua persoalan. Ikut cakap orang negeri - "menghabihkan bogheh aje". Keputusan muktamad permainan PJ diistiharkan menang dengan
[Score PJ 5 MM -100].

Hakim memutuskan pasukan MM mesti berlari keliling padang sebanyak 100 kali dan ketuk ketampi 100 kali sebagai denda kerana bersandiwara bukan2.

Sekian N Selamat Berjuang!!