Laman Webantu   KM2A1: 2562 File Size: 8.3 Kb *



Mahathir & Umno/BN Sudah tiba di penghujung jalan
By Amin Sapiro

16/8/2000 7:40 am Wed

MAHATHIR & UMNO/BN SUDAH TIBA DI PENGHUJUNG JALAN!


HUKUMAN paling tidak adil keatas DS Anwar Ibrahim seperti yang arahkan Dr. Mahathir kepada Hakim Arifin Jaka melalui pelbagai ugutan dan ancaman; berakhir dengan situasi paling malang kepada seluruh sistem perundangan rakyat. Sekaligus, keadaan yang timbul menyebabkan seluruh kestabilan politik, sosial, pentadbiran rakyat sudah jadi kucar-kacir.

Rakyat negara ini dan masyarakat dunia sejagat sudah melihat keseluruhan perbicaraan terhadap Anwar (lebih 100 hari) itu sebagai suatu ?wayang? yang memaparkan adegan-adegan panjang. Bukan saja ia tidak senonoh bagi semua penonton yang rasional dan berminda sehat, malah ia menjerumuskan negara ke dalam satu episod paling memalukan dalam sejarah.

Kita melihat ciri drama ?horror, violent and sex? paling aib diselit dan dibincang-dedahkan. Walaupun Anwar dijadikan ?pelakun utama? yang sengaja ditonjolkan, namun satu dunia dapat melihat bahawa Dr. Mahathirlah (Presiden UMNO dan PM Malaysia - bergelar ?Wira Dunia Ke-3) yang terus-menerus dibogelkan. Dunia melihat bagaimana Mahathir hilang maruah. Beliau sudah kehilangan rakan-rakan. Mahathir keseorangan sekarang!

Buat pertama kali, seluruh sistem perundangan negara ini dilihat sebagai sebuah ?panggung wayang? paling kotor dalam sebuah negara bermasyarakat penganut agama Islam. Jutaan ulamak seluruh dunia dan cendekiawana Islam membaca bagaimana sebuah masyarakat Islam begitu mudah dianiaya, diaib dan diperkutak-katikkan oleh sekelompok manusia yang kununnya mengaku diri penganut Islam. Tetapi, sebaliknya mereka lebih buruk dan busuk dari manusia Jahiliyah yang tidak mempunyai pegangan ketuhanan!

Soalan yang timbul: Siapakah yang bersalah - Anwar yang dituduh dan dihukum sebelum dibicarakan, Mahathir yang rakus kuasa dan beragenda dengan KONSPIRATOR upahannya, atau RAKYAT (khusunya orang Melayu Islam) yang turut diaibkan begitu rupa?

Soalan ini belum lagi terjawab. Setakat ini Dr. Mahathir masih lagi ?menggesek biolanya? semenetara si ?Nero tua? ini memerhatikan orang Melayu Islam terkejar-kejar berdemo menuntut keadilan sebenar.

Apakah ada Keadilan ?sebenar? sekarang?

Di Markaz PAS Taman Melewar diberitakan se gerombolan ratusan pengawal dari anggota Polis Khas yang diberi hak selaku ?mafia? telah berbaris dengan puluhan trak. Mereka bersiap sedia dengan senjata api yang boleh membunuh (dibeli dengan wang rakyat) telah menyekat pemimpin rakyat marhain dari membincangkan ?ketidakadilan dan pencerobohan? hak asasi mereka.

Di Kementerian Pertahanan, satu pasukan terlatih telah melakunkan sebuah ?Drama? guna menyakin rakyat bahawa ?Drama Palsu? yang diarah dan dilakun oleh Al Ma?unah di Sauk adalah benar. Kerana keyakinan rakyat masih kecundang, rakyat dipaksa mempercayainya dengan ugutan Akta-akta yang memberi Regim Mahathir kuasa mutlak memenjarakan sesiapa juga (waima membelasah didalam tahanan).

SUHAKAM yang kununnya mempertahan Hak Asasi Manusia masih diam membisu seribu bahasa walaupun seorang pejuang rakyat telah dibelasah tulang belakang.

Musa Hitam, bekas seorang TPM regim ini tidak nampak berbuat apa-apa. Seolah-olah apa yang rintihkan oleh rakyat hanya bagai tangisan anak-anak hingusan. Mungkin beliau juga beliau sedang menostalgiakan kesah bagaimana beliau terlibat secara langsung pembunuhan 14 orang umat Islam tanpa bersalah apa-apa (atas arahan beliau) di Memali - sebuah kawan pendalaman.

Dr. Mahathir, bagai orang yang hilang panduan seorang pemimpin sebuah negara yang dulunya aman dan makmur, kini bersikap paling jijik dengan membangkitkan isu-isu yang tidak seharusnya diperdengarkan kepada rakyat majumuk seperti Malaysia.

Mahathir yang nampak angkuh, telah mengeluarkan pelbagai tohmahan ke atas sesiapa juag, menuduh mereka menjadi punca perpecahan kaum dan agama. Walhal dari apa yang dilihat, Dr. Mahathir inilah satu-satunya manusia yang memulakan agenda-agenda paling buruk dengan berKONSPIRASI dengan bantuan sekelompok ?think-tank? yang mengaku pakar dalam kerja-kerja ?MEMFITNAH, MERASUAH, MENGUGUT-MEMAKSA, MELACUR MINDA, memperkosa undang-undang dan menggunakan KEKERASAN terhadap Rakyat dan Kakitangan Awam?.

Perkara busuk itu sudah dibongkar satu demi satu. Kini, rakyat telah mengetahuinya. Khusunya orang Melayu Islam. Mereka menyimpan cerita kotor itu umpama ?api dalam sekam?. Mungkin ini budaya umat Islam - sanggup menerima, selagi kesabaran boleh dipertahankan.

Mahathir sudah mengistiharkan ?perang? ke atas rakyat jelata. Saban hari Mahathir merancang pelbagai agenda supaya rakyat negara ini bermusuhan. Kerana orang Melayu Islam masih sabar dan tahan karenah ragam beliau, Mahathir kini mencuit lubuk hati orang Melayu dengan menyentuh isu ?ketuanan? mereka.

Mahathir bersungguh-sungguh mahu orang Melayu bertelagah dan bermusuhan dengan kaum lain. Dibesar-besarkannya isu ?Perdana Menteri bukan Melayu? (yang tidak pernah timbul). Namun, semua kaum tidak mempedulikannya.

Sehari dua ini timbul pula isu kedua yang benada lebih mengancam. Diharap oleh puak Mahathir & UMNO supaya ia membesar. Kunun seorang (ulang: seorang) korporat dari kaum Cina mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah dipersetujui secara bersama.

Dengan segala bijaksana Abdullah Bedawi telah mengeluarkan kenyataan seolah beliau berlagak sebagai ?hero? yang mempertahan dan menyelematkan hak keistimewaan orang Melayu itu.

Tetapi, disebabkan masalah politik negara berpunca dari ?Mahathir dan sekongkolnya? - kaum Cina diperingkat rakyat jelatan memutuskan bahawa ?This is NOT their war?. Jika Mahathir memulakan, biarkan Mahathir sendiri menyudahkan.

Orang Cina dan orang Melayu saling bersefahaman. Bagi mereka Mahathir dan sekongkolnya dalam UMNO yang beragenda ?mega? sengaja mengupah beberapa pihak untuk menimbulkan salah faham. Justeru itu, akan berlakukan kekacauan kaum yang memungkinkan Mahathir akan berkuasa terus.

Keadaan sudah tiba. Mahathir semacam dikejar oleh keadaan yang dimulakannya. Keputusan ke atas Anwar telah memerangkap beliau dan UMNO/BN. Beliau terlah terkepung. Mahathir sedang berperang dan bermusuhan dengan rakyat. Keadaan menjelaskan bahawa Mahathir dan UMNO/BNnya sudah hilang upaya.

Mahathir, UMNO/BN dan seluruh pepimpin yang sekongkolnya dilihat saling ancam-mengancam sesama mereka. Makin nampak secara simbolik, sejarah Firaun sedang dialami oleh Regim ini!!

Mahathir merancang, tetapi Allah swt. merancang juga. Allah menjatuhkan hukuman ke atas mereka setimpal dengan dosa-dosa yang mereka lakukan bersama!

PS: Jangan bertindak melulu tanpa perancangan awal.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)