Laman Webantu   KM2A1: 2558 File Size: 10.7 Kb *



Terjemahan: Ketibaan Lee Kuan Yew di Malaysia
By Marhain Tua

15/8/2000 10:41 pm Tue

MGG54




Ketibaan Lee Kuan Yew di Malaysia
(Mr. Lee Kuan Yew Comes to Malaysia Like a Greek Bearing Gifts)



Ketibaan Lee Kuan Yew, Menteri kanan Singapura boleh dikiaskan sebagai membesi-wajakan tulang belakang seorang Perdana Menteri Tua (Dikatator Tua? - Penterjemah). Kiasan ini adalah satu gambaran betapa republik yang berjiran itu sedang ketakutan kemungkinan berlakunya apa yang pernah ditakutkan oleh beberapa diplomat kanan seperti yang mereka bayangkan kepada saya beberapa tahun dulu. Mereka takut akan munculnya "pemerintahan mullah" di negara ini. Pandangan Mr. Lee Kuan Yew terhadap Malaysia dan juga orang Melayu, seperti yang telah diperakuinya sendiri, telah didorong oleh penyingkiran Singapura daripada gagasan Malaysia pada tahun 1965. Penyingkiran inilah yang telah mendominasikan pemikiran orang Singpura dan bukannya berasaskan analitika impirikal yang berintikan fakta dan tidak kepada kesan budaya semata-mata. Kesannya mereka secara tidak sedar melupakan kemungkinan pihak pembangkang meraih kuasa di Malaysia. Mereka terlalu yakin betapa kuasa tidak akan diperolehi oleh pembangkang tanpa satu persekongkolan yang multikaum. PAS dan DAP mungkin mampu bersatu, tetapi perbezaan fundamental yang mereka anuti sudah tentu menjadi penghalang kepada penggabungan pihak pembangkang itu. Inilah yang menjadi amalan Barisan Nasional sehinggakan ketenaganan gagasan itu bergoncang disebabkan usaha untuk merobah pendapat yagn lapuk itu. Kepada mereka selagi PAS berada di pinggir gelanggang politik ketenangan yang mereka taksir itu tidak akan berubah.


Semua itu berubah disebabkan kerakusan seorang insan yang melahap kuasa sejak dua puluh tahun yang lalu. Segala dasar pemerintahan telah diolah dan dirangka serta dilaksanakan untuk memperkuatkan kedudukan adik-beradik, anak-anak, kroni dan para juak pemerintahannya. Cetusan api yang menyerlahkan segala salah laku itu muncul dengan tertangkpanya dan diikuti pula oleh kisah penderaan (mata lebam) dan pendakwaan yang tidak berasas ke atas mantan timbalan perdana menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Sekaligus Pas, samada dengan pembabitan DAP ataupun tidak, telah menyanggah UMNO dan kewibawaanya.



Malaysia sudah mengalami banyak perubahan yang tidak dapat dikesan dengan mudah. Begitu juga yang terjadi kepada orang Melayu. Perubahan ini memang kerap disalurkan ke Singapura secara perlahan dan berdikit, sehinggalah kira-kira tiga tahun yang lalu apabila kisah perubahan itu mengejutkan mereka. Kumpulan profesional Melayu masakini, adalah satu kumpulan yang terdidik dengan usaha sendiri. Mereka inilah yang menuntut hak untuk diambil-kira dan telah menggerakkan arus semangat reformasi yang tiba-tiba meledak dengan gagahnya selepas tercetusnya episod Anwar. Inilah yang menggoncang tulang sumsum si diktator tua dan juga Mr. Lee Kuan Yew, sehingga membabitkan parti politik pimpinan mereka ke kancah yang bergoncang jua.

Tiga tahun yang lalu apabila seorang diplomat bersara daripada Malaysia memberitahu rakannya seorang diplomat Singapura yang sudah pun bersara, akan ramalan mengenai masalah yang akan menghantui Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Rmalan itu tidak pun diendahkan. Orang tua itu sebenarnya tidak pun tahu apa yang menyebabkan dia membuat ramalan itu tetapi dia sudah nampak akan pertanda yang akan menyebabkannya.


Pandangan Sinapura mengenai duna, seperti yang telah diasaskan oleh Mr.Lee Kuan Yew adalah berasaskan statistik, komputer, segala peralatan yang canggih-canggih, tetapi memandang pergolakan budaya itu sebagai satu unsur yang boleh diperkecilkan sahaja. Inilah sebabnya setiap ramalan mengenai ketahanan Perdana Menteri itu merupakan ramalan yang tidak tepat. Walupun Mr. Lee amat faham akan pemikiran orang Melayu, terutama sekali dengan keengganan mereka melakukan perbuatan yang dianggap menderhaka sehinggalah mereka digugat. Seorang ketua feudal (dalam hal ini ialah si perdana menteri) boleh membunuh pemimpinnya, tetapi dia tidak boleh menagaibkan mereka. Inilah yang dilakukanbya terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan telah menyemarakkan penentangan orang Melayu terhadapnya. Tidak ada jalan lain lagi untuk menyelesaikan perkara ini melainkan beliau melepaskan kuasanya.


Natijah inilah yang tidak difahami oleh Singapura. Inilah juga yang telah menyebabkan mereka terus menyokong Presiden Suharto sebelum beliau melepaskan jawatannya. Di sana, dunia sudah pun membayangkan keruntuhan satu dinasti. Tetapi, Saingapura masih menyalah tafrikan keadaan yang berlaku kini. Indonesia suah pasti menghadapi kemunculan seorang presiden yang baru, samada melalui satu pemilu ataupun cara lainnya. Presiden Abdurrahman Wahid telah melakonkan satu peranan yang pernah dilaksanakan oleh Leftenan Jeneral Rakshasmudra yang telah dilantik oleh Presiden Sukarno sebagai gantiannya sebaik sahaja episod rampasan kuasa1965 'Gestapu', gagal.


Seperti juga Australia, Singapura tidak memahami apa sebenarnya yang menggerakan masyarakat Indonesia. Kielemahan inilah juga yang menyebabkan negara itu campur tangan dalam beberapa insiden menyerlah di Filipina satu ketika dulu. Kunjungan Lee Kuan Yew untuk membantu menyokong Perdana Menteri (yang semakin rebah ? -MT) dan juga pentadbirannya tidak akan membawa sebarang kesan yang efektif seperti juga pembabitannya untuk memperbaikki keadaan di negara jirannya yang lain. Sememangnya, Perdana Menteri memerlukan segala sokongan yang diperlukannya. Tetapi, tidaklah berasaskan pandangan ekonomik ataupun duniawi. Sokongan kepadanya mesti berbentuk kebudayaan. Oleh kerana masyarakat bukan melayu tidak berapa mahu campurtangan dalam hal ini seperti yang kelazimannya, seluruh generasi orang Melyu sedang marah dengan apa yang berlaku. Mereka tidak berkeliaran di jalan raya.Tetapi mereka menggunakan akal untuk menarik sokongan mereka kepada UMNO dan telah sanggup berkecuali dan bertindak lebih lagi daripada sikap perkecualian itu. Dengan lain perkataan, masyarakat Melayu sedang memberontak, walaupun kelakuan itu tidak terserlah di jalanraya (ataupun secara terbuka ? -MT-). Kemungkinan gejala itu akan menonjol tidak harus diperkecilkan. Seeprti yang pernah diberitahu oleh seseorang, apabila perubahan secara aman tidak berkemungkinan, perubahan melalui kekerasan adalah satu kemestian.


Sebagai negara jiran yang terdekat, dan dihubungi oleh satu tambak sepanjang tiga suku batu, dan juga satu jambatan panjang yang bertol tetapi jarang digunakan; apa yang berlaku di negara jiran itu tentu akan menjalar juga ke negara yang lagi satu. Majorti kaum China di Singapura dan majoriti orang Melayu di malaysia, di samping kumpulan minoriti yang penting di setiap pihak, sebenarnya membuat penentuan yang tidak diiktiraf dalam bentuk cara perhubungan kenegaraan itu dijalin. Kedua-dua negara ini tgelah mengambil loraong yang berbeza dalam mencapai kedewasaannya, sekali lagi disebabkan pengalaman yang berbeza. Namun, mereka terpaksa hidup beriringan secara bersama.

Sudah menjadi satu kepercayaan, masa depan Singapura adalah laksana rakan kongsi kepada dunia yang berindustri. Kerana itu Singapura memilih kewujudan satu masyarakat multikaum yang mampu memperbetulkan sebarang perbalahan kaum itu mengikut cara yang diamalkan oleh ajaran Konfusius. Malaysia pula sentiasa mengungguli ajaan masyarakat multikaum di mana ketuanan Melayu menjadi asas pemerintahannya. Jelas, di mana sebuah negara memberi keutamaan kepada penonjolan ekonomi sedangkan yang lagi satu memberi kepentingan kepada keunggulan politiknya. Sebarang masalah bilateral ditangani dengan penekanan kepada nisbah politik sehinggakan masalah yang berbangkit terus menimbun walaupun hubungan kenegaraan yang mesra terus terjalin secara formal.


Hubungan keakraban di antara PAP dengan DAP sudah lama pupus. Kini, hubungan itu dilaksanakan dengan Gerakan Rakyat Malaysia yang menjadi rakan perkongsian Barisan Nasional. Pandangan UMNO terhadap Singapura mudah dikalutkan oleh pandangan satu kumpulan pembangkang Melayu yang merupakan saki-baki UMNO di repablik itu.


Ketibaan Mr. Lee Kuan Yew selepas menghilang selama satu dekad telah diperhatikan oleh orang melayu Smenanjung sebagai kemunculan seoang Yunani yang membawa hadiah buah tangan. Sebahagian besar msyarakat Melayu beranggapan, beliau datang dengan satu missi untuk memberi sokongan kepada masyarakat multikaum terutamanya orang Cina agar terus menyokong Perdana Menteri yang menghadapi masalah tulang belakangnya yang semakin rapoh. Sebenarnya, kedua pemimpin ini memang tidak mudah berkawan rapat. Perkara ini memang lazim kerana mereka mempunyai perwatakan yang hampir serupa.

Di dalam wawancara dengan The New Straits Times, Lee Kuan Yew telah memberitahu dengan jelasnya betapa beliau senang bekerjasama dengan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Malahan, ada satu jadual kedatangan Mer Lee yang terdahulu yang terpaksa dibatalkan apabila Perdana Meneri Mahathir membuat satu komen mengenai masalah dalaman yang sedang menghantui Lee ketika itu.


Singapura mempunyai satu dasar negara yang tidak mengingini PAS, bukan disebabkan kewibawaan PAS itu sebenarnya. Tetapi disebabkan persepsi negara itu terhadap PAS pada asalnya. Mr. Lee pernah membuat komen menghina PAS apablia seorang jurugambar wanita akhbar itu membuat penggambaran majlis wawancara itu. Sikap memeprlekehkah PAS mungkin berkesan selagi PAS menjadi satu parti wilayah sahaja. Perkara ini sudah pun berubah. Apabila kumpulan yang anti-Mahathir dan juga anti-UMNO tidak diberi tempat dalam pertubuhan parti Keadilan, yang telah berjaya merobek pergerakan UMNO itu, mereka telah meloncat menganggotai PAS. Sekaligus gejala itu menarik minat Singapura dan juga Perdana Menteri secara bertaut. Kerana itu Mr. Lee Kuan Yew terpaksa melakukan lawatan itu, tidak kiralah apa yang akan terjadi nanti. Tetapi, Mr. Lee Kuan Yew amat pintar melenggokkan tarian yang direntakkan oleh si perdana menteri; baik tarian berbentuk budaya ataupun berbentuk politik. Sememangnya, Perdana Menteri amat ghairah menyambut baik lawatan Mr. Lee Kuan Yew. Inilah keghairahan yang di luar jangkaan Mr Lee sendiri dan juga kerajaan Singapura.



Diterjemahkan oleh -MT-
15.8.00