Laman Webantu   KM2A1: 2556 File Size: 7.1 Kb *



Terjemahan: Siapakah Dia Abu Ha#san bin Tan Abdullah?
By Marhain Tua

15/8/2000 5:48 pm Tue

MGG 52



Siapakah Dia Abu Ha#san bin Tan Abdullah? (And Who is Abu Ha#san bin Tan Abdullah)



Apabila perayaan sambuan Merdeka dimulakan pada 31 Ogos di Satadium Syah Alam, ia akan merupakan temasya yang mencerminakan satu trend di mana masyarakat kita menjadi semakin berkecamuk. Duli Yang Dipertuan Agong ialah Sultan Selangor, sedangkan mantan Menteri Besar, Dato Seri Abu Ha#san Omar telah disingkirkan kerana sabit kesalahan yang termaktub di bawah hukum syariah. Inilah satu kisah yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka mengikut kehendak Perdana Menteri yang mahu melupakan sahaja perkara ini sebagai satu kisah peribadi. Perdana Menteri memang tidak ikhlas dalam hal ini. Dalam satu kes yang melibatkan kisah homeoseks dia telah menunjukkan minatnya dengan menentukan agar pihak pendakwaraya dan juga hakim kes itu menghukum seorang insan yang sememengnya mahu dikusnahkan karier politiknya walaupun tanpa bukti yang sahih dalam hal itu.


Di majlis ulangtahun kemerdekaan itu nanti, Mahathir akan merasa sesuatu yang mencekik tekaknya, kerana perayaan itu adalah satu gambaran yang jelas betapa pincang pemerintahannya. Inilah ketikanya di mana seorang menteri kebudayaan dan pelancongan telah berjaya mendesak kerajaan agar merestui pelancaran satu karnival memberli-belah yang memakan masa satu bulan. Dia tidak sedar bahawa rencananya itu dianggap oleh golongan Anawaristas persis seekor lembu yang ditayangkan secebis kain merah di hadapannya. Tentu sekali mereka memperlekehkan sahaja karnival itu. Tentu sekali Perdana Menteri akan merasakan keadaan kucar kkacir ketika temasaya itu nanti. Pihak musuhnya tentu tidak akan melepaskan peluang untuk terus memperlekehkannya.


Kemelut yang menghantui dan memaksa Dato Seri Abu Ha#san Omar bersara itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Pertama kali munculnya satu artikel di Jawa Pos yang menceritakan skandal seksual pada bulan Julai yang lalu, Timbalan Perdana Menteri , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah memerintahkan Dato Seri Abu Ha#san dan juga suami kepada adik iparnya untuk menjalani satu ujian DNA bagi tujuan membuat kepastian siapakah sebenarnya bapa kepada anak yang sudah berumur 11 tahun itu. Sebaik sahaja hasil ujian itu diterima, beliau telah mengarahkan menteri besar meletakkan jawatannya dalam masa 24 jam. Ketika itu, Perdana Menteri enggan menemui Abu Ha#san. Terpaksalah beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya itu kepada seorang pembantu. Bertentangan dengan apa yagn dikatakan oleh Pedana Menteri, Timbalan Perdana Metneri dan juga Abu Ha#san, persaraannya itu sebenarnya berasaskan satu tuduhan moral di mana beliau bersekedudukan dengan adik iparnya yang menghasilan seorang anak di laur nikah. Salahlakunya itu telah ditutupnya dengan cara mendapatkan bantuan seorang pegewai MCA yang kemudiannya menganut agama Islam untuk mengahwini wanita itu.


Perkara semacam ini bukanlah satu perkara yang pelik. Ia menjadi anih hanya apabila orang luar mengetahui akan hal itu. Apabila berita itu muncul di Jawa Pos dan kisahnya diungkit oleh pihak pembangkang tetapi diketepikan sahaja oleh Speaker Majlis Dewan Negeri Selangor, ia memberi tanda awal betapa zaman kegemilangan Abu Ha#san sudah pun berakhir. Abu Ha#san tidak punya pilihan lain selain daripada meletakkan jawatannya. Tetapi, Perdana Menteri tidak mahu menjatuhkan air mukanya sewenangnya seperti mana yang diperlakukannya terhadap bekas anak emasnya dan juga bakal Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.


Sememangnya UMNO sudah gawat. Setiap pemegang jawatan mempunyai musuh yang amat mudah menghunus pisau untuk menikamnya. Kisah yang melanda Abu Ha#san telah diberikan oleh seorang pegawai UMNO kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti Keadilan agar beliau mencetuskan isu itu di persidangan dewan.


Perdana Menteri, seperti kelazimannya mengarahkan perkara itu di sembunyikan. Tetapi bukannya mudah melakukan perkara itu. Krisis moral persendirian tidak sepatutnya menyanggah kerjaya politik sesiapa. Kerana itu separuh (sepatutnya keseluruhan -penerjemah) daripada ahli kabinet memang sudah tergugat. Apabila Perdana Menteri bertindak mengganyang Dato Seri Anwar Ibrahim berasaskan tuduhan yang tidak dapat dibuktikannya, kepincangan seperti itu (di kalangan ahli kabinet beliau ) sepatutnya menerima deraan yang sepadan. Perdana Menteri dan juga timbalannya mesti membuat penjelasan kenapakah mereka mahukan perkara ini dipengapkan sahaja; selepas ujian DNA itu menyerlahkan bahawa Abu Ha#san Omar adalah bapa yang sah kepada anak yang dilahirkan oleh adik iparnya. Di waktu yang sama mereka melaungkan kepada seluruh dunia akan satu krisis moral yang masih tidak dapat dibuktikan dan membabitkan insan yang dimangsakan itu kepda tujuh hukuman yang rasmi.


Mahkamah Syariah Selangor yang telah menonjolkan diri dalam penangkapan ratu cantik dan penyanyi karaoke di beberapa bar (pub) atas kesalahan melanggari etika moral harus bertindak terhadap menteri besar ini bukan sahaja berasaskan pebuatan berzina malahan atas perbuatan sumbang yagn membabitkan dirinya dengan adik kepada isterinya sendiri. Kalau perkara ini dilakukan bererti barulah ada keadilan dalam tindakan.


Siapakah pegawai MCA yang mengahwini adik ipar Dato Seri Abu Ha#san dengan tujuan melepaskan jerat yang menjebaknya? Beliau ialah Mr. Tan Hoon @ Jefri Tan Hoon @ Abu Ha#san bin Tan Abdullah, Pengerusi MCA Bahagian Ampang jaya yang termaktub dalam kawasan parlimen Tmibalan Speakar Parlimen Dato Ong Tee Keat. Beliau memang tidak ngam dengan Dato Ong. Mungkin kerana itu para pemimpin MCA tidak merapatkan diri mereka dalam krisis ini. Sekaranglah masanya Abu Ha#san bin Tan Abdullah ini muncul ke depan untuk memberikan ceritanya pula. Beliau telah banyak meraih keuntungan daripada pelbagai projek yang pernah diunjurkan oleh Abu Ha#san dan juga pentadbiran Menteri Besar terhadapnya. Malah, beliau harus didakwa kerana membabitkan dirinya bersekongkol dengan Abu Ha#san melanggar hukum ajaran Islam. Pihak kerajaan mempunyai kes yang lebeh berat terhadap Abu Ha#san Tan daripada apa yang telah dilaksanakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.


Kalaulah kerajaan Mahathir mahu mencanang kepada seluruh dunia akan sistem penghakiman negara yang lebih adil, pihak pemerintahannya harus menentukan satu hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seperti ini. Bukankah dalam kes yang tidak mempunyai sebarang bukti ia telah menghukum seorang pengkritiknya kepada satu hukuman yang pada keseluruhannya melibatkan 33 tahun?



Diterjemahkan oleh -MT-
14 Ogos, 2000.