Laman Webantu   KM2A1: 2554 File Size: 7.7 Kb *



Terjemahan: Rompakan Senjata Grik Yang Mencemarkan Kerajaan
By Marhain Tua

15/8/2000 11:08 am Tue

MGG53:


Rompakan Senjata Grik Yang Mencemarkan Kerajaan

(The Grik Arms Heist Continues to Roil The Government)



Kabinet masih tidak faham kenapa Episod Gerik masih tidak diyakini oleh rakyat. Kerana itu arahan sudah diberikan agarAngkatan Tentera Malaysia dan pihak polis melakonan semula episod rompakan itu dan merakamkannya dalam video. Rakaman itu mahu disiarkan kepada waktu perdana untuk disantapan rakyat jelata. Kemudian, kabinet mengarahkan pula Meneri Petahanan menerajui satu lakonan semula episod itu khas untuk para tetamu kehormat termasukalah secara di luar kelaziman, para anggota pembangkang pada Rabu 16 Ogos nanti. Pihak tentera dan polis telah merakamkan lakonan semula itu sejak tiga minggu yang lalu. Hasilnya telah dicemoh kerana tidak memuaskan. Kini, versi terakhir sudah pun siap. Ini adalah satu gambaran betapa kerajaan menghadapi masalah besar meyakinkan rakyatnya terutama sekali selepas episod Anwar yang diberikan tambahan hukuman dan juga kemelut yang menghantui Abu Ha#san Omar. Pihak kerajaan masih bertegas betapa segala senjata yang dirompak di kem tentera di Gerik itu dan kemudiannya dilarikan ke Bukit Jenalik yang jaraknya adalah 75 kilometer jauhnya daripada tapak kecurian. (Jarak sebenar telah diperbetulkan oleh penterjemah daripada jarak yang dinyatakan oleh penulis asal ).


Menteri Pertahanan membuat kenyataan betapa lakonan semula episod itu adalah bertujuan menolak dakwaan bahawa episod rompakan itu adalah satu sandiwara. "...bahawa para perompak tidak mampu melarikan jumlah rompakan mereka dengan menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda." Dia telah berjanji untuk mebuktikan bahawa 15 orang perompak berupaya mengisi hasil rompakan meraka yang berupa 80 raifel M-16, 2 Steyer AUG, 5 M-16/203 pelancar roket, 4 laras General Purpose Mesengan, 26 benet, 54 flare-trip wires and pouches, 5000 butir peluru untuk pelbagai kaliber, kelongsong peluru, dan 40 butir MMHE grened. Semuanya itu untuk dilarikan ke Sauk. Menteri berkenaan berkata episod itu memakan masa antara 20 hingga 30 minit sahaja. Tetapi dia silap dalam hal ini.


Terdapat dua rompakan pada subuh 3 Julai itu. Lima belas perompak telah melakukan rompakan pertama pada Jam 0230 di sebuah kem taktikal dan melarikan 16 laras M-16 dan beberapa jenis peluru bersama mereka. Dua jam kemudiannya di Kem Batalion Wataniah itu mereka telah merompak setor senjata sebuah kompeni tentera. Pada lazimnya, setiap kompeni mempunyai setor kelengkapan perangnya sendiri. Jumlah rompakan yang dibuat memberi kiasan bahawa hanya satu kompeni yang kecurian. Kini, timbul kesangsian apakah rompakan di kali pertama dan kedua itu dilaksanakan oleh perompak yang sama.


Memang, semua hasil rompakan itu boleh diangkut dalam tiga buah Pajero persis mengangkut barangan untuk dijual di pasar malam. Tetapi, mengangkutnya bersama 15 orang perompak tentulah memerlukan satu penyusunan yang menyendatkan. Kini, cara kelengkapan bersenjata itu diangkut bukannya menjadi satu issu. Cara rompakan itu selesai dalam masa 90 minit yang dipertikaikan. Para pegawai telah melakukan pelbagai usaha untuk membuktikan bahawa rompakan itu dapat diselesaikan denan mempamirkan segala alat bersenjata yagn dikatakan telah dicuri itu. Tetapi, inilah yang mencetuskan beberapa persoalan lagi. Ketika rompakan yang kedua dilaksanakan, berlaku beberapa insiden yang sungguh stail seperti adanya juruiring yang menemani para pegawai yang datan melawat di malam buta itu dan betapa kelengkapan bersenjata dimuatkan ke atas kenderaan yang sudah pun sarat dengan senjata yang lain. Inilah yang mencurigakan. Lagipun, bagaimanakah 15 orang perompak itu mampu melarikan diri mereka dalam masa 90minit sebelum fajar menyinsing di Sauk. Bagaimana pula dengan cara senjata itu diangkut ke Bukit Jenalik ( Sebenarnya jarak Bukit Jenalik daripada jalanraya Sauk-Lenggong hanya sekitar 400 meter dan bukannya tujuh kilometer yang disiarkan oleh banyak akhbar dan juga yang disangkakan oleh MGG Pillai). Sudah ada kini keraguan bahawa senjata yang dipamerkan itu bukannya senjata yagn dicuri daripada kem tentera berkenaan. Malahan sudah banyak suara sumbang yang menyoal kenapa pihak Angkatan Tenera Malaysia masih terlibat dalam usaha mendapatkan balik senjata yang kecurian itu selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan kes itu sebagai satu kes jenayah. Sebaliknya, Panglima Medan telah menyelar para pembangkang dan juga orang lain yang masih tidak percayakan versi rasmi pihak angkatan tentera itu.


Banyak lagi persoalan yagn tidak terjawab. Kenapakah Batalion 304 Wataniah menyerahkan senjata itu semua secara bermurah hati? Apakah pucuk kepimpinan tentera itu telah dirasuk oleh anasir luar sehinggakan batalion itu sudah menjangkakan kedatanang para perompak itu? Kalaulah satu batalion yang lengkap bersenjata mudah dirompak, apakah sudah jadi dengan keselamatan negara? Beberapa pegawai tentera, samada masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara merasa yakin bahawa tiga buah Pajero tidak mampu membawa beban senjata romapkan itu. Apatah lagi dengan memuatkan kenderaan itu dengan 15 orang berasamanya. Mengankut semua itu memerlukan tambahan dua hingga tiga trak muaan tiga tan. Bagaimana pula kelengkapan perang itu dibawa lari ke Bukit Jenalik? Jadi, kenapakan pihak kerajaan merasa tergugat untuk membuktikan semua senjata itu mampu dimuatkan dalam tiga Pajero? Memanglah perkara itu boleh dilakukan. Soalnya sekarang, dalam keadaan yang terserlah itu adalah mustahil melakukannya. Apakah kerajaan yakin, apabila perkara ini dapat dibuktikan, segala kisah yang bercanggah mengenai episod ini dapat dipercayai tanpa sebarang keraguan lagi?


Banyak lagi masalah yang perlu dibereskan. Pihak kerajaan masih bertegas bahawa Kumpulan al-Maunah yagn dituduh melakukan rompakan itu bertujuan menggulingkan kerajaan dan akan dikenakan tuduhan menderhaka. (Selalunya sesiapa yang menderhaka dan cuba mengisytihar perang terhadap raja boleh dikenakan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup. Sedangkan seseorang yang didapati memilikki peluru kepada satu senjata yang telah dijualnya boleh dikenakan hukuman mati mandatori seperti juga seseorang yang didapati memilikki 15 grms heroin)


Kerajaan terpaksa bertindak tegas. Kebanyakan mereka yang dituduh itu adalah ahli UMNO ataupun pernah menjadi ahli UMNO. Kalau mereka dituduh di bawah akta bersenjata mereka terpaksa menghadapi tuduhan hukuman mati. Tetapi, kesan politik dalam hal yang melibatkan 30 orang Melayu dihukum mati tentunya akan menggemparkan. Kerana itu mereka dituduh dengan tuduhan menderhaka yang membawa hukuman yang ringan sedikit. Cara pihak kerajaan mengenakan tuduhan ini menarik perhatian kita. Terutama sekali apabila Peguam Negara membuat kenyataan kenapa tindakan demikian dilakukannya. Begitulah juga halnya apabila pihak polis memberikan penjelasan mereka kepada ahli keluarag yang dituduh. Nampak sangat ciri-ciri berlembut dalam hal ini.

Nampaknya, lakonan semula episod rompakan senjata di Gerik itu yang akan dilakonkan pada hari Rabu ini sudah tentu akan menyerlahkan lebih banyak masalah kredibiliti daripada yang boleh dijangkakan oleh pihak kerajaan untuk mengakuinya secara terbuka.




Dierjemahkan oleh MT
15 Ogos, 2000.