Laman Webantu   KM2A1: 2553 File Size: 5.1 Kb *



Najib demo robot hijau?
By web aNtu

15/8/2000 9:02 am Tue


Angkatan tentera merupakan satu2 nya insitusi yang lebih bersih berbanding
dengan polis, peguam negara atau pun hakim kerana kerana mereka bukan satu
golongan yang terlibat dalam proses hukuman seperti denda, kompaun, saman,
dll.

Kita jarang mendengar kes2 jenayah seperti pembunuhan, rompakkan atau kecurian oleh bekas2 askar. Kes2 "jenayah" melibatkan askar - walaupun jarang, tetapi mendapat publisiti yang besar - sprt kes Prebet Adam satu masa dulu, dan sekarang kes bekas askar - Amin dlm al Maunah. Mengapa?

Pada pandangan saya Mahath1r cukup berminat dengan askar. Untuk itu askar2 perlu di letakkan sebelah menyebelah dlm beberapa operasi supaya askar2 terlibat sama dan berjaya dikotori - atau ikut cerita pak abu ha#san yang tengah sakit ni - biar askar kena berjangkit penyakit anjing kurap dari polis.

Memali dan Sauk adalah antara rancangan ini - begitu juga rancangan2 yg ramai tidak sedar, seperti gugurnya helikopter2 yg sepatutnya membawa VIP. Penggunaan arak untuk merosakkan askar adalah antara strategi terawal proses ini - dan ia dibuktikan di Memali. Hanif Omar cukup berjasa kepada Mahath1r - kerana zaman beliau lah bermulanya pembunuhan2 ngeri seperti Memali dan lain2 pembunuhan atau jenayah seks yg tidak disiarkan kerana melibatkan umno. Zaman ini jugalah tradisi melanggani pelacur2 first cla#s menjadi2.... tetapi kes ditutup sebegitu rapi oleh Hanif. [Hanif Omar mula sebagai pegawai polis tahun 1959 dan jadi KPN dari 1974 hingga January 1994].

[Tahun dalam kurungan ialah tahun buku lapuran oleh DAP]

-The BMF Scandal (1983)
-The North-South Highway Scandal (1987)
-Operation Lalang ISA Arrests Oct 27, 1987 (1988)
-Vijandran Pornographic Videotape Scandal II (1992)
-The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal (1994)
-The Highland Towers Tragedy (1994)
-Pendedahan Skandal Kewangan : Siapa Petualang FELCRA (1994)

Hanif Omar mengatakan polis tidak berkonspirasi tetapi rahsia kronologi Memali membuktikan polis memainkan peranan menipu askar2 untuk melaksanakan agenda seorang perdana menteri. Mari kita senaraikan tajuk2 tragedi dan "lesen rompak" (akta) yg dibuat oleh mahath1r yang sama tempoh masa Hanif Omar memegang jawatan IGP/KPN:


1- Memali (18-19 Nov 1985)
2- Highland Tower (11 Dec 1993) - antara mayat yg dijumpai pelacur first class
tetapi doktor yg mendedahkannya sudah di buang "negeri"
3- Kilang Bright Sparklers meletup (May 7, 1991)
4- Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (1991)
5- Dasar penswastaan negara (mula dilaksanakan pada 1993)
6- Umno diharamkan pada (tahun 1987)
7- Tun Salleh Abas (salah seorg hakim terbaik dlm negara Komanwel) dipecat. (1987)
8- Pemecatan hakim Tan Sri Wan Sulaiman dan Dato George Seah. (1987)
9- Rahim Thamby Chik skandal Sykt Dayamik (rasuah tahun 1989-1991)


Dalam jangkamasa 20 tahun ini banyak kes2 jenayah polis berlaku tetapi hanya satu dua sahaja kes yang masuk mahkamah. Yang lain senyap sepi, tetapi hanya di mata rakyat sahaja - ia rupa2 nya dijadikan 'ugutan' supaya polis2 yg nakal ini menjadi anjing2 super suruhan Mahath1r - kalau tidak mereka akan dikenakan tindakkan. Cuba anda periksa akbar lama2 - berapa banyak kes2 kejadian2 polis rasuah yg keluar? Rasuah sebenarnya dibiarkan supaya polis yg rasuah tadi dapat dianjingkan (robotkan) kemudian - inilah taktik kotor Mahath1r dan rakan2 nya.

Mahath1r mencari2 kelemahan askar terutamanya sejak dipukul oleh undi2 askar di Teluk Kemang dan undi protes rakyat kaum cina di sana maka Sauk adalah satu batu untuk membunuh dua burung .....

Lakunan tajaan Najib nanti akan mendedahkan bahawa askar kini sudah boleh diarah apa sahaja - termasuk menjadi pelakun murahan senang2 aje....!

Nampaknya mahath1r akan mendapat robot yg serba lengkap - robot polis, robot bank, robot AG, robot hakim, dan robot askar! Sekarang sapa mahu lawan saya? ... agaknya inilah kata2 mahath1r - kerana spesis baru anjingnya boleh mengejar sampai kehutan!

Sebenarnya tentera sudah banyak menjadi mangsa permainan skandal rasuah pemimpin umno - dan dalam kebanyakkan kes, mereka menjadi pemandu keranda terbang. Daripada menghabiskan wang menunjukkan demo sebegini, lebih baik buat pertunjukkan untuk kutip derma bagi balu2 dan tentera yg malang dan cacat akibat perang. Penderitaan mereka inilah yg sepatutnya didramakan dan diulang2, kerana sampai hari ini rakyat lebih kenal Amin dari keluarga tentera2 yang kehilangan orang tersayang. Kalau gian sangat drama kenapa tak buat drama juruterbang2 yg terkorban dalam pesawat permainan yg Najib sendiri belikan.??
Ada banyak drama boleh buat - untuk mengangkat dan menyanjung tentera, tetapi Najib lebih berminat dengan drama untuk mempersendakan tentera. Drama keinsafan perjuangan tentera akan mengangkat maruah tentera tetapi drama Najib akan meruntuh serta memalukan imej semua tentera - dan inilah yg mahath1r suka.

Sekian N Selamat Berjuang!!