Laman Webantu   KM2A1: 2541 File Size: 1.8 Kb *



Kemelut AHO - betapa dia bodoh?
By Tok Misai

13/8/2000 10:52 am Sun

Kemelut AHO yang menunjukkan betapa dia bodoh.

Apa yang kecuh sangat dengan orang tua ini sampai nangis sana sini macam budak kecik mengadu nak cuba bagi tahu pada orang ramai yang dia kononnya tak bersalah?

Di zaman teknologi canggih ni sekarang, hampir semua masalah boleh diselesaikan dengan mudah. Kalau betul dia tak bersalah, dia tidak sepatutnya letak jawatan. Sebaliknya, dia sepatutnya mempertahankan maruah dirinya dengan mengambil ujian DNA untuk membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dia bukanlah bapak kepada anak yang dilahirkan oleh adik iparnya. Kalau dia yakin dia tak bersalah, dia tak perlu takut dan nangis macam budak kecik. Jika keputusan DNA itu berpihak kepadanya, dia boleh saman malu semua pihak yang telah memfitnahnya.

Saya difahamkan bahawa hukum bagi menggunakan keputusan DNA yang dikira 99% tepat sebagai bukti utama dari segi syarak dalam kes2 sebegini rupa adalah harus. Islam bukannya sempit hingga menolak sains dan teknologi.

Kalau AHO tak sanggup ambil ujian DNA ini untuk mempertahankan dakwaannya yang dia tidak bersalah dan telah difitnah, maka saya tidak dapat tidak membuat kesimpulan bahawa segala tuduhan terhadap AHO itu benar. Oleh itu, AHO tunggu apa lagi? Ambil sajalah ujian DNA itu!

-Tok Misai-